Tuesday, January 19, 2010

panggilan itu

tengahari semalam naimi dapat phone call dari emak, bagitau tok wan dimasukkan semula ke wad sebab kena serangan tarik lagi...sebelah petangnya naimi menghubungi ayah, bertanyakan keadaan terkini tok wan. ayah cakap tok wan tarik lama kali ni, tapi dalam keadaan dia masih sedar. cuma masih ada satu berita lain yang menggangu-gugat hati naimi. doktor sudah pun mengesahkan ketumbuhan di kepala tok wan. kata ayah, doktor nasihatkan untuk tidak melakukan operation apabila mengambil kira faktor usia tok wan. sebarang kemungkinan boleh terjadi. mereka hanya boleh berikan ubat tahan sakit sahaja..ketumbuhan itu tetap aktif..



Ya Allah permudahkanlah semuanya... Kau berilah kekuatan dan ketabahan untuk kami sekeluarga dalam menghadapi situasi genting dan mencabar ini...

0 comments:

Post a Comment