11.00 pagi, 14 Januari 2010
Alhamdulillah....
Segala puji dan rasa syukur kupanjatkan kepadaMu Yang Maha Esa. Begitulah yang terdetik di dalam hatiku ketika mendapat panggilan daripada ibuku di kampung, yang membawa perkhabaran tentang kesihatan tok wan. Lega hatiku bila mendapat tahu tok wan sudah sedar macam biasa, cuma masih belum boleh makan seperti biasa lagi. Dia hanya diberi makan melalui tiub sahaja...
11.40 malam, 9 Januari 2010
Naimi mendapat panggilan telefon daripada ayah,petang tu...tanya samada berkesempatan untuk pulang menjenguk tokwan yang sedang sakit.Tok wan ku merupakan bapa kepada ayahku. Berumur 75 tahun, tahun ni...Masih kuat melakukan kerja2 seharian sebelum diserang strok baru2 ini. Selepas merasakan kakinya tak dapat bergerak pada 2 Januari lepas, ayahku segera membawa tok wn ke Hospital. Namun, doktor tak dapat nak memastikan penyakitnya. Akhirnya ayahku membawa tokwan berjumpa dengan Doktor Pakar pada 4 Januari dan dia disahkan terkena serangan strok. Ketika itu, kaki kanan dan tangan kanan tok wan sudah tak dapat digerakkan lagi. Boleh dikatakan lumpuh separuh badan. Hancur luluh hati setiap ahli keluarga. Sedih sangat mengenangkan nasib tok wan yang begitu. Namun dikuatkan juga semangat masing2, belum berputus asa..Menurut cerita dari emak naimi dan adik2, tokwan asik mengeluarkan airmata je sejak kejadian itu.Sebak barangkali dengan keadaan yang menimpanya..
Pada mulanya hati naimi memang terasa ingin balik menziarah tok wan, namun dek kerana sedikit kekangan yang dihadapi membuatkan naimi berfikir berkali2..Tetapi, selepas jer mendapat panggilan telefon dari ayah petang tu, naimi dan hubby terus wat keputusan untuk balik malam tu jugak. Kami bertolak balik malam tu lebih kurang jam 1140 malam, bersama sepupu naimi yang belajar di UPM. Akhirnya kami selamat sampai di rumah naimi di Kampung Santan pagi tersebut setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam.
7.00 pagi, 10 januari 2010
Pagi itu, kami mendapat berita bahawa tok sedara naimi (Tok Lang El) yang tinggal di seberang jalan nak masuk ke rumahku telah kembali ke Rahmatullah malam semalam. Innalillahiwainnalillah hirraji'un...Pagi itu, naimi dan suami bersiap2 untuk menziarahnya buat kali terakhir. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah di tanganNya. Seesungguhnya setiap manusia yang bernyawa itu akan menemuiNya suatu hari nanti. Arwah Tok sedara naimi itulah satu2nya yang selalu menjadi pengubat rindu naimi bila naimi rindukan arwah "ciat" (datuk). Wajah mereka lebih kurang sahaja... Kini, dia pun sudah dijemputNya. Al-Fatihah..
10.00 pagi, 12 Januari 2010
Naimi dan hubby bersiap2 dari umah mertua untuk bertolak pulang ke Putrajaya. Akan tetapi, kami singgah ke klinik terlebih dahulu disebabkan keadaanku yang tak berapa sihat sejak semalam. Rancangnya nak gi amik sepupuku di rumah tok wan, akan tetapi segala2nya menjadi lain setelah mendapat panggilan daripada ayahku yang mengatakan bahawa tok wan sedang dalam perjalanan ke hospital dengan ambulans. Tok wan diserang oleh satu penyakit yang dipanggil 'tarik' (kekejangan hingga boleh mengakibatkan kancing gigi) dan tidak sedarkan diri. Naimi dan hubby segera bergegas ke Wad Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar, Perlis. Sesampai sahaja di sana, tok wan sudah dimasukkan ke dalam emergency room. Kami terpaksa menundakan niat untuk bertolak ke Putrajaya hari tu...apabila melihatkan keadaan tok wan yang masih tak berapa stabil.
8.30 pagi, 13 JAnuari 2010
Setelah bersarapan nasi lemak (my favourite) yang dibeli oleh emakku, kami bersalam-salaman. Kami akan bertolak ke Putrajaya. Walaupun hatiku risau memikirkan keadaan tok wan, namun hanya kepadaNya aku berserah..kata hubby segar kembali di ingatan. Ada seperkara lagi yang membuatkan hatiku sebak ketika hendak bertolak pagi tu..tok (nenek) pesan supaya aku sentiasa ingat padanya yang memang tengah tak berapa sihat...sakit2 orang tua..aku meninggalkan rumah dengan linangan air mata.....
FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 4
7 years ago
0 comments:
Post a Comment