Wednesday, December 08, 2010

suatu kisah buat naimy..

8 April 2010


hm..wallahuwa'lam..anis pun tak nampak apa yang tak kena ngan msg2 naimy, saidi etc tu..
naimi janganla ambil hati.. org mcmni kalau naimi tegur, nasihat, bagitau pun.. insya-Allah mrk tak makan saman nye.sbb dia rsa dia yg betul, dia yang bagus... mcmlah dia bagus sgt... nasihat anis, naimy jgn kisah apa dia ckp..

dia tak tau pun naimi mcmn, tak kenal, xrapat, xpernah sembang sm2, tak tau latar belakang etc.. jadi apa yg dia ckp tu, sikit pun takder kena mengena ngan naimi.. because she doesn't know you.. dia yg bermasalah dgn diri dia sndiri.. its nothing wrong with you..
naimi xyah balas paper, sbb dia org tua. anggap jer la dia duk merapu..nonsense talk org puteh kata. heheh...

soal anak, jgn kita pertikaikan kenapa Alalh xbagi lagi, kenapa lambat, knp etc...it is just sebab Allah ada sebabnya..dan Allah sedang merancang hidup kita... masa nila kita nak kena berbaik sangka dengan Allah.. percaya dan yakin hundered percent that Allah has HIS plan.. yg terbaik itu bukanla dr kita naimi..tapi dari Allah...

anis nak ceritakan kat nmy, satu kisah betapa byk Allah beri kita nikmat, kita perlu bersyukur, xleh takwil kenapa Allah tak bagi lagi kita rezeki anak sbb disana, ada org yg jauh lagi menderita...

dua hari lepas, anis tmn imi jumpa kwn dia..kwn dia ni sgt periang orgnya imi kata. dlm hidup dia, dia sll menggembirakan org, xprnh sedih. dia sebaya imi.. dia baru kawin..mrk bahagia sgt. kemudian isteri dia pregnant..imi tanya, mcmn skrg...dia kata,baby dh tak ada..isteri dia dh takleh mengandung lagi...naimy tahu, masa pregnant..doktor scan..tgk anak dia sihat saja..bila masuk 6 bulan..isteri dia sll sakit perut..bila scan doktor kata anak dia kurg gerak and doktor mcm suspect something kat bby tu..2weeks later, doktor scan perut baby, tgk usus baby dh masuk dlm paru2 dia..the baby is died. dia kena penyakit uluran. angin pasang surut or known as hernia. terpaksa keluarkan bayi..masa baby tu lahir, dia dh takda..unfortunately, isteri dia bleeding..darah xberhenti keluar sbb rahim dia xmengecut.doktor dh bagi ubat kecut rahim tahap maksimum, tapi still xde perubahan. isteri dia dh tinggal 50-50 ..dia kata..berat hati dia terpaksa sign agreement untuk buang rahim isteri dia.. Doktor kata, terpaksa buang rahim tu sebab darah xberhenti2 keluar sbb rahim xmengecut..

see naimy, the wife has got nothing skrg. benda yang paling berharga dan teristimewa yg Allah beri pd wanita iaitu rahim, tempat menyimpan anak, menganudngkan, dah xde..bayangkan betapa remuk dan hancurnya hati suami isteri tu. Perkahwinan mereka xsampai setahun lagi masa tu naimi..mrk dh ditimpa ujian yg sgt berat ni... naimy skurang2nya masih ada peluang utk mencuba..tapi mereka...? they loss the hopes.. semua harapan dan impian utk miliki anak sendiri..dh xde..

naimi tahu, anis n imi sndiri rasa insaf sgt dgr kisah dia. masa jumpa umar hari tu, sungguh2 dia cium umar..betapa anugerah miliki anak itu suatu anugerah yg xternilai. choosen people shj yg boleh memilikinya..sbb tu kalau kata lambat sket pun utk memilikinya, nmy sabarlah.. sekurg2nya nmy masih muda, masih boleh berharap dan mencuba..

lagi satu, naimy kena yakin sgt2... Allah ada perancanganNya... nmy n fz, klu lapang2 di waktu mlm, solat hajat berjamaah..mintak ngn Allah sungguh2.. dulu, anis dn imi pun buat mcmtu.. ckp kat Allah yg naimy n fz dh bersedia nk terima amanah dia.. Insya-Allah.. Dia Maha Mendengar...

ok?..jgn sedih2 tau.. naimy adalah shbt yg sgt anis sayangi..

P/S : Tens Anis atas nasihat dan kasih syg Anis selama ini. Semoga ikatan antara kita kekal slamanya..

Salam Maal Hijrah 1432


Assalamualaikum…

Salam Maal Hijrah 1432H. Harap2 Naimi masih belum terlambat ek. Alhamdulillah, dengan bertambahnya tahun, semakin bertambahlah usia Naimi. Semoga dengan bertambahnya usia ini, segala amal kebajikan dan kebaikan Naimi juga akan sentiasa bertambah dan meningkat.Ameen…. Semoga hari2 yang mendatang dilalui dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan kepadaNya.

Bila bercakap tentang tahun baru ni, mesti orang sibuk bercakap tentang azam tahun baru kan? Tak payah tanya orang lain la, tanya diri sendiri je… sebelum nak wat azam tahun baru, azam tahun lepas dah tercapai atau belum? heheheh…. sendiri jawablah kan….

Apa ek azam Naimi tahun baru ni? Erm… ANAK!!! Boleh ke? Why not.. heheheh… Okeylah, pagi2 ni tak sempat lak nak berceloteh panjang2 sebab nak wat preparation skit utk meeting dengan Dato’ petang ni…must be well prepared kan? Hihihi… Jap gi, if da masa Naimi akan sambung celoteh lagi… [maklumlah, baru pas baik demam ni, banyak lah nak cakapnya…]