Friday, August 06, 2010

Makin ramai geng Drift...


Video no. 6, Ahli drifter semakin ramai....dari segala tempat turun datang sini drift sekali....perjumpaan semua di bincangkan dalam forum drift kiter orang www.d1-10rc.com, sifu2,otai2 dari bangi, dari seri kembangan dari KL dari shah alam,n mana lagi ek......turut mula turun kesini...dlm video ni gak ada diselitkan demo masa kat Pusat sukan air putrajaya presint 6

Drift skill Improve


Video No. 5 coming.......Hasil rakaman yang dibuat bersama, dari bro Afzal dan Mr Zack n Me

Iyah.......video mari lagi


Video no.4, iyah kasi sambung video2 yang ada.....layan.....

my best buddy

Marhaban Ya Ramadhan


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, hari ini sudah pun 25 Syabaan, dan ini bermakna hanya tinggal beberapa hari lagi semua umat Islam di muka bumi ini bakal menyambut kedatangan satu bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan…
Dengan kedatangan bulan yang penuh barakah nanti…Naimi nak ingatkan diri sendiri, suami serta Muslimin dan Muslimat agar same2lah kita meningkatkan amalan kepada Yang Maha Esa… Kerana sesungguhnya di bulan Ramadhan terdapat banyak barakah serta ganjarannya kepada sesiapa pun yang dipilihNya.. Marilah kita sama2 melakukan kebaikan yang tak putus-putus, khatam Al-Quran, solat sunat Tarawih, solat sunat lain2, meningkatkan kesabaran dan yang paling penting menjaga aurat serta menjaga pandangan daripada melihat perkara2 yang boleh menimbulkan dosa walaupun dosa2 kecil sahaja..
Bersempena dengan hari Jumaat yang Mulia ni, Naimi sempat lagi bertazkirah pendekkan? Bukan apa…nak mengingatkan diri sendiri sebenarnya…manalah tahu, takut2 terleka nanti, kalut2 macam2 benda…. Sama2lah kita menggunakan kesempatan yang Dia berikan kali ini kerana takut pada tahun akan dtg, belum tentu lagi nasib kita semua… Adakah kita akan bersu lagi Ya Ramadhan???
Oleh itu, sama2lah kita berazam bersungguh2… Semoga Lailatul Qadar milikku….
Oh ya, insyaAllah….bersempena kedatangan bulan yang mulia ini, Naimi dan hubby akan pulang ke kampung pada Ramadhan yang ke-3 dan pulang semula ke Putrajaya pada Ramadhan ke-5. Walaupun sekejap je kepulangan kami ke kampung halaman, insyaAllah kami akan memanfaatkan masa yang kami ada sepanjang di kampong nanti. Kepada ayah, mak… abah, mama… Tunggulah kepulangan kami yer =)
Sekian..

Wassalam