Friday, May 07, 2010

Piala Thomas dan Piala Uber 2010




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, naimi baru sahaja keluar dari bilik meeting....rutin setiap pagi Jumaat yang mulia di opis naimi, sesi membaca Al-Quran... Hari ini kami baca surah Ar-Rad ayat 1-4 sahaja....

Pagi ni naimi rasa mengantuk sangat...nak kata tido lewat sangat tak pun....mungkin sebab penat semalam balik lewat kut. Semalam naimi outing ngn hubby n 2 org kwn sek kami iaitu Wan & Syukor. Open table...and the mastermind of courselah Wan. And yang open table semalam ialah Syukor... Kami makan kat sebuah restoran Thai tomyam di ampang Waterfront. Alhamdulillah...sedap makanan di situ, memang berbaloila harganya...thanks ya Syukor seb belanja kami semua semalam.

Actually naimi nak bercerita tentang topik hangat Malaysia Hari ini iaitu mengenai Piala Thomas dan Piala Uber yang sedang hangat diperkatakan dan diperbincangkan sekarang ini. Pada 9-16 Mei 2010, akan berlangsungnya pertandingan badminton Piala Thomas dan Piala Uber di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Nampaknya antara impian rakyat Malaysia ialah ingin mengalami semula detik2 bersejarah tahun 1992, di mana Rashid Sidek menggenggam Piala Thomas sekaligus  Malaysia merupakan menjadi juara pada tahun itu. Akankah sejarah berulang pada tahun 2010? Sama2 lah kita nantikan...naimi pun tak sabar2 nak tengok perlawanan tu nanti...Naimi takdelah beli tiket pun, tengok kat umah lagi puas hati...sharp,dekat.... hihihi=)


Sekitar Kejohanan Piala Thomas 1992 di mana Malaysia merupakan Johan

Oh ya, bercakap pasal kejohanan yang bakal berlangsung ni, naimi teringat pada Juara Piala Thomas tahun 1992 iaitu Rashid Sidek... Takziah naimi ucapkan untuk beliau dan anaknya...Kem badminton negara yang dalam persiapan menghadapi Piala Thomas & Piala Uber juga berhadapan dengan risiko virus ini. Misbun Sidek juga dikhuatiri dijangkiti virus ini sebab anak dia juga telah dijangkiti oleh virus ini. Walaupun persiapan menghadapi Piala Thomas berjalan lancar, tetapi pemain-pemain negara masih bimbang takut-takut dijangkiti virus di saat-saat akhir kejohanan. Apa2 pun sama2lah kita doakan yang terbaik untuk skuad negara... Caiyok!!!!

Di sini naimi nak kongsikan senarai nama2 pemain(jaguh) negara kita yang akan beraksi di gelanggang pada minggu ini:

PIALA THOMAS:

Single: Lee Chong Wei, Wong Choon Hann, Hafiz Hashim, Tan Chun Seang
Double: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif, Ong Soon Hock-Hoon Thien How.


PIALA UBER:

Single: Wong Mew Choo. Lydia Cheah, Julia Wong, Tee Jing Yi.
Double: Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, Goh Liu Ying-Ng Hui Ling, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.


PEMAIN dan jurulatih berada dalam bas untuk menjalani latihan dan motivasi di kem bina semangat selama tiga hari di Port Dickson, 23.4.10 .


Datuk Lee Chong Wei bersama dengan jurulatihnya dan PM kita


Pemain yang sentiasa tenang dan bersahaja pada pandangan Naimi


Datuk Lee Chong Wei, Wira Negara & harapan Malaysia

Okeylah, sekian dahulu untuk entry kali ini.... Akhir kalam, Selamat Berjuang buat Semua Wira dan Wirawati Badminton Malaysia.. Semoga Piala Thomas dan Piala Uber milik kita...

P/S: Naimi dan hubby memang peminat setia badminton... dan badminton adalah sukan yang paling kami suka.