Bismillahirrahminirrahim..
Alhamdulillah…. Hari ni sudah pun masuk 2 hari semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan olehNya selama ini.
Naimi juga sangat2 bersyukur di atas anugerah yang Allah s.w.t berikan iaitu seorang suami, kekasih, teman yang sentiasa bersama-sama Naimi sepanjang susah dan senang dlm menjalani liku2 kehidupan berumah tangga. Terima kasih Ya Allah… AnugerahMu amat bernilai buat diriku..
Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin sekali Naimi coretkan sebuah kisah yang pernah tercoret dlm kehidupan Naimi dan hubby sepanjang bergelar suami isteri. Ramai yang bkata2, alam rumah tangga ni penuh dgn asam garamnya. Penuh dgn suka dan duka. Namun, kita kdg2 alpa dgn sebuah nikmat yang Allah ingin berikan kpd kita di atas suka dan duka yang pernah kita lalui dlm kehidupan ini. Naimi sendiri tak nafikan, kdg2 Naimi sendiri alpa dan leka dengan rahmatNya atau hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.
Kisah yang ingin Naimi kongsikan di sini adalah bkaitan dengan rencam kehidupan Naimi. Bukan niat Naimi utk membuka cerita rumah tangga pada sesiapa, tapi bagi Naimi kisah ini bolehlah dijadikan pengajaran untuk sesiapa sahaja.
Alhamdulillah, sudah lebih setahun Naimi dan hubby menyulam kasih dan sayang.. Macam2 dah kami tempuhi, rajuk…suka…duka…manis…masam… dan mcm lagi. Pada awal perkahwinan kami, kebahagiaan yang Allah berikan sangat tak terhitung nilainya. Namun, dlm pertengahan waktu kami melayari bahtera perkahwinan, timbul badai yang sangat ganas yang mana mengocak2 kehidupan kami berdua.. Kami sering bertengkar, bergaduh wlpn perkara2 kecik sahaja. Cepat berasa marah dan yang paling susahnya ialah dua2 macam tu. Payah sekali nak bertolak ansur.. Boleh dikatakan hari2 bgaduh..Nak memujuk jauh sekali. Masing2 memendam rasa. Makin lama makin parah. Dua2 keras hati jer..
Ketika itu, Naimi sendiri rasa sedih sekali, terasa seperti hubby pada ketika itu bukanlah insan yang sama dgn insan yg pernah Naimi kenali dan Naimi kahwini.. Terukkan? Tetapi, maaflah Naimi tak dpt nak menceritakan secara detailnya.. Cukuplah sekadar gambarannya sahaja..walaupun pada hakikatnya banyak lagi yang berlaku kpd kami suami isteri..
Pada mulanya kami sangkakan badai itu adalah ‘buatan’ kami berdua sendiri.. Namun, setelah diselidiki, diamati dan dinasihati beberapa teman termasuk family, kami berdua mengambil kata putus utk pergi menemui seorang tokoh pengamal perubatan Islam yang agak disegani di Malaysia.. iaitu Ustaz Sharhan Shafei (http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/about.php)..Naimi dan hubby terfikir nak bjumpa sendiri dgn ustaz tu sebab suatu hari, masa adik ipar Naimi dtg rumah kami, dia ada suruh kami cuba dengar ayat2 Ruqyah. Sebabnya adik ipar Naimi tkejut bila dpt tahu Naimi mimpi dipatuk ular... Katanya menurut seorang ustaz yang dia dgr pagi2 kat Tanyalah Ustaz, ular itu melambangkan sihir… Mereang jugak bulu roma Naimi. Biar betul…tak pnh dgrla pulok.
Katanya ayat2 Ruqyah yang mana merupakan gabungan beberapa surah dalam al-Quran ni bagus utk didengar sebab kita akan tahu dan kenal pasti kalu2 ada gangguan dlm diri. Namun begitu, ayat2 ini tak dibenarkan dipasang dlm kereta kerana khuatir si mangsa akan bertindak secara agresif…
Memang mulanya agak ragu2 jugak…tapi apa salahnya kalau didengar lagipun semuanya merupakan ayat2 suci al-Quran kan. Malam tu nak dijadikan cerita, sebelum tido, kami pasang ayat2 tu…dan mcm2 perkara aneh berlaku semasa mendengar ayat2 tersebut.. Antaranya, bdn Naimi dan hubby terasa panas. Naimi menggeletar, hubby pulak rasa nak marah bila dgr ayat2 tu dibacakan. Terutamanya bila dgr azan yang turut ada dlm ayat2 tu… Kami berpandangan sesame sendiri.. Masing2 memahami sebuah makna pengertian yang sama….
Keesokan paginya, kak Na iaitu kakak ipar Naimi mhubungi adik ipar Naimi. Dia suruh kami tengok siaran Tanyalah Ustaz pagi tu… Naimi pun cpt2 buka tv.. And the conclusion yang kami dpt slps menonton siaran itu is…kami kena berubat..apa yang ustaz terangkan kebanyakkannya sama dgn apa yang sdg kami lalui..
Seminggu slps kami membuat research tentang keberadaan Ustaz Sharhan, kami pergi menemui dia pada hari Jumaat ptg. Tarikh tak berapa, tapi dlm bulan Julai.. Kami ceritakan mslh kami… Ustaz memberikan kami seorang 4 botol air penawar drpd air zam-zam dan turut mencdgkan kami mbeli madu yang dperbuat drpd pokok buah koka utk ikhtiar dpatkan zuriat, minyak dan juga perjanjian Nabi Sulaiman a.s dgn jin (menurutnya: nak usir jin yg ada dlm rumah. InsyaAllah, jin yang ada dlm rumah akan keluar dan yang nak masuk pun tak berani..Ikhtiar katanya…) selain itu dia juga berpesan, kalulah betul dlm diri ada gangguan, insyaAllah lepas balik nanti, lps minum air penawar tu, dlm tido kita akan dpt petanda mimpi jenis gangguan yang ada dlm diri. Sekiranya kuat gangguan itu, kami disuruh ke sana lagi utk sesi seterusnya..
Mlm tu, sesampai je di rumah, badan masing2 terasa lemah
sgt2.. Penangan apakah itu? Masa ustaz ajak baca ayat Kursi beramai2 tadi, Naimi rasa lain sgt. Nak menangis je!! Tapi Naimi tahankan saje… Lps berehat sektika, hubby menampal surat perjanjian yang kami beli tadi dkt dinding ruang tamu rumah. Masa tu dh dkt2 maghrib… Di saat hubby masuk mandi dan membersihkan diri utk solat, Naimi bersendirian di ruang tamu. Bulu roma menegak… Lps tu bunyi orang baling pasir kat tingkap dapur..pelik..siapa nak baling sampai tingkat 14? Tak masuk akal… pada mulanya Naimi wat tak tahu..tapi lps tu bunyi pulak ringtone hp hubby kat meja makan. Naimi lagilah seram, sdgkan hp hubby ada sebelah Naimi atas sofa. Dengan perlahan2 Naimi masuk bilik, takut nak duk sorg2 kat ruang tamu… Tapi, kejadian aneh2 terus blaku, di mana waktu hubby keluar dari bilik air yg ketika itu Naimi berehat di katil, tdengar bunyi ringtone msg hp hubby lagi.. Hubby Naimi trus g depan nak amik phone, tapi takda. Hubby tanya Naimi, mana hp dia? Naimi pun bgtau yg hp hubby ada dgn Naimi masa tu, dlm bilik… Hubby naik hairan…aik, tadi byi hp kat depan…sdgkan hp kat bilik… hubby ada tanya sama ada Naimi dgr ke tak bunyi tadi… And of course jawapan Naimi…dengar!!! Lps je hal tu jadik, bunyi pulak mcm org baling2 pasir kat tingkap dlm bilik tidur kami…Lama. Masing2 terdiam….sampailah kami keluar dr rumah mlm tu utk dinner sebab nk masak pun bdn letih je…..And kat luarlah kami fikirkan tempat plg sesuai utk kami luahkan perasaan yg kami rasa sepanjang berada kat rumah tadi….
To be continued…..