Tuesday, June 22, 2010

KUSZA-UDM-UNISZA

UnisZA secara rasmi nama baru UDM

KUALA LUMPUR 21 Jun - Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti.

"Pertukaran nama UDM telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 April 2010 dan telah diwartakan pada 13 Mei 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, UnisZA menjadi harapan kepada rakyat Malaysia agar dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.

"Penubuhan UnisZA diharap dapat melahir dan membentuk pemimpin yang pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa selaras dengan visi UnisZA itu sendiri," ujarnya.
UDM telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan universiti awam yang ke-18 di negara ini.
Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.

Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.
_________________________________________________________________________________


Assalamualaikum wrt


Erm... betul juga ura-ura yang Naimi dengar sebelum ini iaitu UDM@KUSZA akan ditukar kepada uniSZA.. Hari ni tengok paper Utusan Malaysia, sahlah UDM dah tukar kepada uniSZA.. Banyak betul sejarah yang Naimi lalui di uniSZA ni... Masa tahun 2003, Naimi masuk ke sana amik Diploma in Law and masa tu atas nama KUSZA(Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Masa Naimi grad tahun 2007, Naimi grad di tempat yang sama atas nama UDM(universiti Darul Iman)... walaubagaimanapun, KUSZA dan UDM tetap di hati Naimi..Indah sangat saat2 belajar di sana. InsyaAllah, andai punya kesempatan, Naimi akan kongsikan sedikit pengalaman dan saat2 manis Naimi sepanjang pengajian di sana....

Wassalam.