Tibe2 jer pagi ni Naimi da mood nak menulis kad raya. Dah lama rasanya tak bagi kad raya kat kwn2, cikgu2. Yelah…semenjak da hp ni, sumenya pakai sms je…hihihi=) Lagipun, dulu sibuk2 nak beli kad raya tu sebab nak hantar kat kekasih hati yang jauh di mata… Bila dah dapat, dekat je di mata, dah tak payah bagi kad raya kot??? Hehe… Lain sikitlah caranya kan? Ingat lagi, dulu-dulu Naimi memang cukup semangat ni nak beli kad raya banyak2. Sebelum puasa lagi dah wat list nama penerima kad. Hik hik!! Awal puasa je terus gi beli kad and cepat2 pos… takut terlambat sampai pulok! Yang paling penting, Naimi sangat2 suka bagi kad kat orang sebab Naimi pun dapat balik kad raya banyak2…. Hihihihihihi….
Okeylah, kat sini Naimi attachkan beberapa kad yang Naimi dapat dari hubby, masa zaman2 bcintan-cintun dulu… Bukan sikit ni je, banyak, tapi tak sempat nak cari and scan lagi yang selebihnya…. Seronok sangat bila teringat saat2 dapat je kad2 ni dari pakcik posmen dulu…..(^^)
Di antara sebab Ramadhan dinamakan sebagai penghulu segala bulan adalah kerana di dalam bulan tersebut terdapat peristiwa yang sangat agung dan mulia iaitu peristiwa turunnya Al-Qur'an yang membawa petunjuk dan al-Furqan.
Allah swt berfirman :
"(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)." (Al-Baqarah : 185)
Ramadhan disebut dengan Bulan Al-Quran kerana mula diturunkannya Al-Quran adalah pada bulan Ramadhan.
Dengan berpedomankan Al-Quran, niscaya hidup manusia menjadi terarah dan memberi :
a.Kebahagiaan.
b.Kedamaian.
c.Ketenteraman.
d.Kemakmuran.
e.Keadilan.
Bahkan ia juga menjadi seperti alat penapis yang mampu membezakan :
1. Antara yang hak dan bathil.
2. Antara yang benar dan yang salah.
3. Antara ketaatan dan kemaksiatan.
4. Antara hidayah dan kesesatan.
5. Antara kebahagiaan dan kesengsaraan hakiki.
6. Antara jalan menuju ridha Allah dan murka Allah.
7. Antara jalan menuju syurga yang penuh dengan kenikmatan dan jalan menuju neraka yang penuh dengan azab dan kepedihan.
Allah menurunkan Al-Qur'an kepada Rasulullah saw untuk memberi petunjuk kepada manusia. Turunnya Al-Qur'an merupakan peristiwa besar sekaligus menyatakan kedudukannya bagi penghuni langit dan penghuni bumi.
Turunnya Al-Qur'an yang pertama kali pada malam Al Qadar merupakan pemberitahuan kepada alam tingkat tinggi yang terdiri dari malaikat-malaikat akan kemuliaan umat Nabi Muhammad saw.
Umat ini telah dimuliakan oleh Allah dengan risalah baru agar menjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan bagi manusia.
Sedangkan turunnya Al-Qur'an yang kedua kali secara bertahap, berbeza dengan kitab-kitab yang turun sebelumnya adalah sebagai penguat akan risalah Nabi dan penghibur jiwa beliau terhadap ujian dan rintangan yang dihadapi serta sentiasa mengikuti peristiwa dan kejadian-kejadian sehingga Allah menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmatNya.
Oleh kerana itulah, dalam Al-Qur'an seringkali kita mendengar bulan Ramadhan sebagai bulan barakah kerana Al-Qur'an diturunkan pada bulan tersebut yang memberikan keberkatan di malam keberkatan.
Allah swt berfirman:
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan Sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah; (iaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Ad-Dukhan : 3-6)
Allah juga berfirman bahwa Al-Qur'an diturunkan pada malam kemuliaan iaitu lailatul Qadar, sehingga jika seorang hamba melakukan ibadah tepat pada malam tersebut mendapatkan ganjaran sebanding dengan ibadah selama seribu bulan (lebih kurang 83 tahun).
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)
Namun, seringkali kita, sebagai kaum muslimin tidak menyedari akan kemuliaan dan keutamaan Al-Quran, sehingga tidak sedikit mereka yang jauh dari Al-Qur'an, mulai dari jauh dalam bentuk:
1. Tidak boleh membacanya.
2. Boleh membaca tapi tidak rajin membacanya.
3. Rajin membacanya tapi tidak memahaminya.
4. Memahaminya tapi tidak mengamalkannya.
5. Mengamalkannya tapi hanya untuk dirinya sendiri namun belum mampu mengajak orang lain untuk mengamalkannya.
Begitupun dari sebahagian umat Islam, ada yang hanya menjadikan dan menganggap Al-Qur'an sebagai kitab suci yang wajib dihormati sehingga diletakkan jauh dari tempat yang kotor dan najis, atau diletakkan di tempat yang tinggi sehingga jauh dari sentuhan anak-anak dan tidak mudah dijadikan mainan, kadang-kadang terlampau tingginya tempat Al-Qur'an tersebut sehingga orang tuapun akhirnya malas mengambilnya untuk dibaca.
Anggapan tersebut memang ada benarnya namun yang mesti difahami dengan lebih mendalam adalah, bagaimana selain menganggapnya sebagai kitab suci tapi ia juga berusaha menjadikannya sebagai wasilah untuk menyucikan dirinya dari segala dosa dan maksiat.
Bukankah dengan membaca Al-Quran bererti dia telah beribadah yang setiap kali dibaca ayat-ayatnya, Allah swt akan melimpahkan pahala dan ganjaran dari setiap huruf yang dikeluarkan oleh lisannya, lalu ganjaran dilipat gandakan menjadi sepuluh kali ganda?
Bukankah, dari ibadah yang dilakukan itu akan menghapus dosa-dosa yang pernah dilakukan selama ini yang bukan dosa besar?
Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya Kebaikan-kebaikan (ketaatan) itu akan menghapus dosa-dosa". (Hud : 114)
Rasulullah saw bersabda:
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan yang baik kerana ia boleh menghapusnya (HR Tirmizi)
Jawabannya tentu tepat sekali iaitu membaca Al-Quran adalah ibadah dan oleh kerana ibadah merupakan suatu kebaikan maka secara tidak langsung dapat menghapus dosa-dosa, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa kecil.
Oleh kerana itu sebagai bulan Al-Quran, Ramadhan mengingatkan dan mengetuk hati kita untuk memperkukuh komitmen kepadanya. Bila Ramadhan tiba, kita tingkatkan interaksi kita dengan Al-Quran, membacanya dan berusaha memahami dan menelaah makna-makna yang terkandung dalam ayat-ayatnya; baik dengan membaca tafsirnya, terjemahannya atau mengikuti kajian-kajian Al-Quran yang banyak diadakan di masjid-masjid atau di institusi-institusi yang memberi perhatian terhadap ajaran Islam.
Ketika bulan Ramadhan berakhir, pengukur akan kejayaan Ramadhan yang dilalui adalah dengan adanya komitmen kepada Al-Quran yang semakin kuat kerana Al-Quran berfungsisebagai petunjuk dan al-furqan dalam menilai sesuatu; untuk dapat membezakan antara yang hak (benar) dan yang bathil (salah), seperti firman Allah yang telah disebutkan di atas.
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qur'an sebagai petunjuk (hudan) bagi manusia, penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeza / furqan (antara haq dengan bathil)". (Al Baqarah : 185)
Ayat di atas menjelaskan bahwa Al-Qur'an diturunkan oleh Allah Maha Pengasih sebagai petunjuk bagi manusia yang mengimaninya, merupakan dalil-dalil yang jelas dan terang bagi mereka yang memahaminya. Al-Qur'an juga merupakan pembeza antara haq dengan bathil dan antara halal dengan haram.
Allah swt telah menurunkan kepada kita Al-Qur'an di bulan Ramadhan. Allah memberi petunjuk melalui Al-Qur'an tersebut siapa sahaja yang mengikutinya dan menyesatkan siapa sahaja yang menyimpang darinya. Di dalam Al-Qur'an itu terdapat petunjuk, dan penjelasan dari petunjuk (berisi keterangan-keterangan tentang hukum), dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).
Allah telah mensyariatkan Islam kepada Nabi Muhammad saw sebagai satu-satunya agama yang benar. Islam adalah agama yang mengatur hubungan manusia dengan Rabb-nya, yang mengatur hubungan dengan dirinya sendiri, dan juga yang mengatur hubungannya dengan sesama makhluk baik manusia mahupun lingkungan lainnya.
Aktiviti menerapkan wahyu yang diturunkan, termasuk penerapan hukum-hukum syariat (Islam) secara sepenuhnya dalam berbagai aspek kehidupan manusia (individu, kelompok, mahupun negara) merupakan penyebab hakiki terwujudnya kemuliaan Islam dan kaum Muslimin.
Di dalam penerapan syariat Islam itulah terdapat keagungan dan kewibawaan mereka di depan musuh-musuhnya.
Allah swt berfirman yang ertinya:
"Padahal kekuatan (kemuliaan) itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang Mukmin. Akan tetapi, orang-orang munafik itu tiada mengetahui". (Al-Munafiqun : 8)
Sedar atau tidak, orang-orang kafir sudah mengetahui bahwa sumber kekuatan umat Islam adalah Al-Qur'an; selama mana Al-Qur'an masih dipegang kuat oleh umat Islam maka akan sukar dan mustahil mereka akan dikalahkan. Oleh kerana itulah Allah menceritakan bahwa orang-orang kafir berkata:
"Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Quran ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan mereka". (Fushilat : 26)
Sebaliknya, jauhnya kaum Muslimin dari Al Qur'an dan hukum-hukumnya merupakan penyebab hakiki akan kelemahan, keterkebelakangan dan kehinaan mereka.
Allah swt berfirman :
"Siapa sahaja yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. (Thaha : 124)
Berbagai krisis yang menimpa dan mengepung berbagai negara dan di berbagai belahan dunia; sejak beberapa tahun lalu hingga sekarang merupakan sebaik-baik dalil tentang perkara ini.
Seharusnya umat Islam sedar bahwa Islam bukanlah semata-mata sebagai syiar-syiar dan ibadah ritual semata-mata, namun merupakan agama sempurna yang meliputi :
a.Aqidah.
b.Syariat.
c.Hukum.
d.Politik.
e.Risalah ke seluruh dunia.
Dalam penerapan syariat Islam terdapat keagungan dan kewibawaan mereka di depan musuh-musuhnya dan kaum Muslimin juga seharusnya sedar akan kewajiban dirinya untuk menegakkan Khilafah Islam secara total, mulai dari individu, keluarga, masyarakat hingga daulah (negara).
Ya Allah, hidupkanlah kami dengan Al Quran, berilah petunjuk kepada kami dengan Al Quran, berilah kekuatan kepada kami dengan Al Quran dan jadikanlah Al Quran sebagai hujjah dan syafaat kepada kami di akhirat nanti.
Puan Maarbalqish, salah seorang officer tempat kerja Naimi dah pun selamat melahirkan anak sulungnya iaitu seorang bayi perempuan seberat 2.9 kg pada jam 10.32 malam tadi iaitu 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431H. Tahniah diucapkan…. Mesti baby Puan Maar cute macam umi dia…
Naimi dan suami berasal dari Negeri Perlis dan sekarang kami menetap di Putrajaya.
Naimi adalah anak pertama daripada enam adik beradik.
Seorang isteri kpd Ahmad Faiz bin Muslim.
Seorang penjawat awam di Jbtn. Peguam Negara.
Seorang pelajar Undang-Undang di UITM Shah Alam.
Banyak mata yang terjaga. Banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau yang akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatkanmu hilang arah. Kelmarin Allah telah menolongmu. Percayalah esok pun Dia akan tetap menolongmu. (IMAM SYAFIE)
So In Love
Ahmad Faiz bin Muslim
Dilahirkan pada 18.03.1986. Satu2nya putera lelaki kpd Muslim bin Mustafa dan Noorhayati binti Hamid. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Nurul Na'imi binti Aziz
Dilahirkan pada 10.02.1986. Puteri pertama kpd Aziz bin Itam dan Rusnah binti Salleh. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Peguam Negara Malaysia. Masih belajar dalam jurusan Undang-Undang di UITM Shah Alam.