~Assalamualaikum~
Alhamdulillah… dah masuk pun hari Jumaat. Tak sabar betul Naimi nak tunggu kunjungan hari ini. Heheh..Bukan apa, nak rehatkan badan ni….Letih sangat dah rasanya… Dengan batuk tak henti2… Memang dugaan betul la….[Walaupun sebenarnya hati melonjak2 riang nak gi Family Day esok! Hihihi~~~]
Erm, masa baca Al-Quran pagi ni, adalah sedikit tazkirah mengenai kisah2 gangguan makhluk alam ghaib ni.. Macam2lah diperbahaskan…. Tapi akar perbahasannya ialah kita semua kena kembali kpd Allah Taala..Kerana sume yang berlaku itu adalah dengan izinNya dan Dia tidak akan menduga hamba2Nya di luar batas kemampuan mereka semua.
Bila ada perbahasan tentang perkara ini, Naimi teringat balik kejadian yang berlaku Jumaat lepas. Pagi tu, Naimi MC sebab kurang sihat. Jadi Naimi duklah tido dalam bilik lepas Hubby bawak gi jumpa doctor. Kebetulan masa tu, ada dua orang adik Naimi kat umah…pun masih tido. Lebih kurang jam 8.00 pagi lebih2 gitu, Naimi tersedar sebab terasa panas. Rupa2nya kipas tertutup. Persoalannya siapa yang tutup? Hubby dah gi keje tadi lagi. Erm…dek kerana malas nak fikir panjang2, dengan badan duk sakit lagi, Naimi terus bangun dan buka balik suis kipas.
Lepas tu, tido Naimi pun dah tak berapa lena sangat dah…. Tibe2 lepas tu, tak ingat masanya, Naimi terdengar macam suis kipas dipetik. “Ada orang tutup kipas lagi?” Serentak dengan itu, Naimi terus buka mata, tengok2 betul suis kipas tertutup. Kebetulan masa tu, pintu bilik Naimi terbuka.. Naimi ternampak adik lelaki Naimi baru kuar dari bilik dia. Naimi tanya dia, “Abang tutup suis kipas ke?” Adikku kata “Tak la, baru bangun. Ni baru nak gi tandas.” Pelik betul… Siapa yang tutup pulak… Seram je bulu tengkuk Naimi ni….Petang semalam Hubby cite, dia dengar bunyi org duk pulas2 tombol pintu dekat dlm bilik....huhuhu, bila dia tak ingat.. tapi lps kes tutup suis kipas tula.
Humm, sebenarnya banyak betul gangguan kat rumah Naimi ni. Macam2 kami dah ikhtiarkan. Tapi sekejap hilang… lepas tu muncul lagi. Siang2 hari pun boleh kacau jugak. Itu pun ada orang kat rumah tu. Bayangkan kalu malam2? Pastu tutup suis lampu ke…. Ei, mahu lari lintang pukang Naimi. Dahla Hubby keje shif, selalu malam2 duk sorang2… Hubby sendiri pun takut bila dengar Naimi cerita hal tu…
Kami ada fikir nak pindah rumah… Tapi, macam2 hal la kalu nak berpindah ni. Makan masa, tenaga dan juga wang ringgit.. Lagipun, kami dah sayang sangat dah kat umah tu. Itulah rumah pertama kami selepas kahwin.. Banyak dah kenangan dalam rumah tu. Kadang2 bila difikirkan balik, nak je Naimi berkeras tinggal kat situ. Kenapa perlu mengalah dan bagi kat “benda” tu??? Boleh ke Naimi melawan? Kuat ke Naimi? Ya Allah…Bantulah hamba-Mu ini. Aku tahu, aku mampu menghadapinya… Jika tidak, Engkau tidak akan mengujiku sebegini sekali..
Macam yang Naimi katakan dari awal lagi, semuanya kena berbalik kepadaNya jugak…. Ada bermacam2 hikmah di sebalik apa yang telah terjadi mahupun bakal terjadi. Kami akan terus berusaha… dan selebihnya kami akan berserah kepada ketentuanNya.
sumenya gambar2 kat area ruang tamu rumah Naimi... tapi sekarang dah berubah la, ini bulan 7 aritu punye..
dalam bilik study, amik gambar salah satu box dlm rak buku je..hihihi
ruang bilik study jugak
ruang my Hubby
~Wassalam~