Tuesday, May 11, 2010

Hari Itu Semakin Hampir...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... hari ni naimi ada kesempatan nak post entri terbaru sebelum naimi sibuk dengan Kursus Induksi Umum (12-27 Mei 2010) nanti..

Hari ni dah 11 Mei, lagi 2 minggu genaplah 8 tahun LOVE STORY.. 27 Mei 2002, masih segar dalam ingatan naimi sampai sekarang... Indah sangat saat2 itu bila naimi kenangkan kembali sekarang nih...

Macamana eh naimi nak mulakan cerita ni? (< **>)

Masa naimi sekolah menengah dulu, naimi dapat masuk aliran agama kat Sek Men Keb Syed Hassan, Kangar Perlis (SMKSH). As usual, beberapa hari ptama baru2 masuk sek tu adalah hari orentasi pelajar2 baru.... Alhamdulillah, sumenya berjalan dengan lancar..



Selepas berakhirnya hari orentasi tu, kami pelajar2 baru ni ditempatkan di kelas masing2.. Kelas aliran agama kat SMKSH ada dua iaitu Kelas Arif dan Bijaksana. Mungkin disebabkan keputusan UPSR naimi yang agak cemerlang, naimi ditempatkan di Kelas 1 Arif. Best sangat dapat jupe kawan2 baru plus gak ngn ada kwn2 dari sek rendah yang satu kelas ngn naimi iaitu Farah Najwa dan Dik Ana. Kami mmg bestfrens la....hihi=)

Masa naimi masuk sekolah menengah tu dulu, naimi tak pernah pun kenal siapa tu Ahmad Faiz bin Muslim. Mungkin sebab dia kelas B kot... hihi, macamana lah tak penah langsung terserempak asanya... Seingat2 naimi la, plg koman pun naimi kenal bbrapa orang je budak kls B. Maklumlah...naimi ni kan pemalu orangnya.hihik..(perasan puloook) tapi sebab utamanya kalu nak tahu, naimi ni sebenarnya anti lelaki sebabnya naimi penah merasa kehilangan seorang lelaki yang amat naimi sayangi dan cintai(jangan salah sangka dahlerrr) it was my late grandpa. jadi bagi naimi, no need to know a man... ntahla, payah nak gambarkan apa pandangan naimi kat lelaki2 masa tu....memang tak suke lah....

Masa tingkatan 2, alhamdulillah result naimi baik dan dengan itu sekali lagi naimi ditempatkan di kelas Arif. Haa... kali ni, banyak rombakan berlaku..ramai gak budak kelas B masuk kelas A. Termasuklah seorang lelaki kacak bernama Ahmad Faiz bin Muslim... masa tu erm......... apa yang berlaku ek????

(to be continued...............)