Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni sempat jugak Naimi nengok2 kan blog kesayangan ni.. Sejak beberapa hari ni badan terasa lemah sangat.. Nak online pun tak larat rasanya... Cuti hujung minggu pun rasa tak cukup je...
Hari ni Naimi nak kongsi citer tentang Buah Zuriat iaitu salah satu khasiat yang paling best untuk mempermudah mendapatkan zuriat. Naimi dapat buah ni daripada salah seorang officer kat opis yang gi Umrah bulan lepas. Ikhtiar..Buah ni tak dapat kat Malaysia tau... Susah nak cari la...melainkan kalu kat Mekah je. Harganya kat sana lebih kurang 25 sen sebiji.. murah kan??
Buah zuriat ni terkenal dengan kekebalan isinya dan kemanisan air rebusan nye.. Alhamdulillah... Naimi dah diberi kesempatan untuk merasai kemanisan buahnye... Tens kepada hubby tercinta yang bersusah payah mengupas buah keras ni...
Nak mengupas buah ni memang sangat2 mencabar. Kulitnya yang tebal dan isinya yang diselaputi tempurung serta sabut tu… Memang berkali2 la baru dapat pecahkan nak dapatkan isinya…
Perkakasan macam2 la… Pisau besar, lesung batu dan lain2 lagi… Sampai pecah Naimi punye papan pemotong (nak menunjukkan kekuatan memotong..hihi)
Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. Ha.. yang tu hubby tak mampu nak asingkan antara isirung berwarna putih dengan tempurung tu. Kami rebus sekali jadi mungkin itu punca rasanya agak kelat, tapi manis2 sikit.. Naimi minum gitu je... tak letak gula pun.... hubby pun sempat meneguk sikit..
GAMBAR-GAMBAR SEMASA OPERASI MENGUPAS BUAH ZURIAT
akhir nye...
inilah buahnye...
comei... kecik jer..
hubby pecahkan guna lesung batu
tak dapat nak asingkan isirung... kikis jelah
rebus...
Sekian
_Wassalam_