Thursday, April 29, 2010

PERJALANAN MANUSIA SELEPAS SINGGAH DI DUNIA

Tanda-tanda Hampirnya Mati, Sama Ada Kita Sedar Ataupun Tidak


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula



p/s: Naimi dapat dari seorang kawan... sharing is caring

Alhamdulillah....

Syukur alhamdulillah.....

Akhirnya berakhir sudah final exam naimi untuk semester 2 tahun 2010.. Arini naimi baru je masuk keje setelah bercuti dari 23 smpai 28 April 2010...

Perasaan baru masuk bekerja selepas bercuti panjang ni...amat2lah terasa berat kaki ini nak melangkah ke opis. Namun kugagahi juga... Ape taknya, ini lah satu2 nya punca pendapatan naimi untuk hidup dan memboros kan... hihihi=) (tak boros pun.....)

Erm, alhamdulillah...kesyukuran juga naimi panjatkan kepadaNya sebab dengan pertolonganNya naimi dapat jawab exam kali ini dengan penuh keyakinan di hati... ihiks!!! Selain daripada itu terima kasih juga naimi nak ucapkan kepada suami tersayang yang selalu berada di sisi di saat2 naimi menghadapi exam tempoh hari.... Macam2 ragam ni(kite je tahu)....dah lah suke study last minute....hihi=)

Bulan 5 nanti, macam2 aktiviti yang naimi nak buat. Antaranya pada 12-27 Mei nanti, naimi kena g Induksi Umum kat ILKAP. Kak Na(kakak ipar) due nya 26 Mei 2010..InsyaAllah, baby boy... 27 Mei pulak tarikh keramat love story ni... hummmmmmmmmm (~menghitung hari~)

Okeylah....cukuplah dulu setakat ini. Bye2!!