Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 15 Ramadhan 1431H. Bestnya tak lama dah lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini merupakan tahun kedua Naimi beraya sebagai isteri orang…. Dan tahun pertama Naimi dapat menyambut hari raya bersama suami plus ngan family… Maklumlah last year Naimi dan suami beraya di Putrajaya coz tugas dan tanggungjawab kepada Negara. Hihihihi=)
Erm, sejak bergelar isteri Naimi banyak sangat belajar perkara2 baru dalam hidup… Antaranya Naimi banyak belajar tentang erti pengorbanan, tolak ansur dlln. Indah sangat2 sebenarnya bila kita dapat megecapi erti sebenar kerukunan sesebuah rumah tangga… Macam raya tahun lepas, walaupun Naimi dapat cuti lama, tapi Naimi menghabiskan 3 hari cuti Naimi di sini, bukan di kampung. Suami terpaksa bekerja di hari raya, mustahil Naimi nak balik sorang2 kan? Memanglah jauh di sudut hati Naimi, terasa amat sedih dan sayu sekali bila mendengar takbir raya, lagu2 raya….dan masa tu Naimi dah confirm tak dpt balik beraya bersama keluarga tercinta…
Namun begitu, Naimi bersyukur sangat2… kenape ek? Sebab sebenarnya walaupun Naimi beraya di sini tanpa kehadiran ibu bapa, adik2 dan family yang lain, Naimi dapat beraya dengan suami Naimi, iaitu MY FAMILY. So, who said that I’m celebrating Eidul Fitri alone?? Heheh (^^) Di sebalik kesayuan itu, terselit rasa cinta dan kesyukuran yang amat sangat…As a muslim, Naimi percaya ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Syukur Ya Allah, Kau telah kurniakan aku seorang kekasih yang amat2 mengasihi dan menyayangi diriku…. Kekalkan lah dia di hatiku, dekatkan lah hatinya kepadaku… Semoga kasih kami diberkati dan sentiasa berada di bawah payung rahmatMu, Ya Allah…
Erm…. InsyaAllah, tahun ni Naimi akan beraya di kampung….bestnya…….. Tak sabar betul nak balik ke kampung halaman… Kami akan bertolak balik ke kampung pada malam raya, hari Khamis malam Jumaat… dan akan pulang semula ke Putrajaya pada 15/16 September 2010…
Usai Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Putra, Putrajaya
Hanya kami
my hubby
me (^^)
Otw nak gi beraya umah nenek Anis di Semenyih. Hihi=)
First time dapat beraya ngn sahabat tersayang!!! Lepas tu, terus gi Port Klang, opis suami
Naimi dan suami berasal dari Negeri Perlis dan sekarang kami menetap di Putrajaya.
Naimi adalah anak pertama daripada enam adik beradik.
Seorang isteri kpd Ahmad Faiz bin Muslim.
Seorang penjawat awam di Jbtn. Peguam Negara.
Seorang pelajar Undang-Undang di UITM Shah Alam.
Banyak mata yang terjaga. Banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau yang akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatkanmu hilang arah. Kelmarin Allah telah menolongmu. Percayalah esok pun Dia akan tetap menolongmu. (IMAM SYAFIE)
So In Love
Ahmad Faiz bin Muslim
Dilahirkan pada 18.03.1986. Satu2nya putera lelaki kpd Muslim bin Mustafa dan Noorhayati binti Hamid. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Nurul Na'imi binti Aziz
Dilahirkan pada 10.02.1986. Puteri pertama kpd Aziz bin Itam dan Rusnah binti Salleh. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Peguam Negara Malaysia. Masih belajar dalam jurusan Undang-Undang di UITM Shah Alam.