Thursday, January 28, 2010

kesakitan itu pahit.. kesabaran itu manis..

28 Januari 2010

Alhamdulillah...hari ini naimi sudah kembali cerdas dan bersemangat untuk bekerja seperti biasa. Semalam naimi mc sebab demam panas. Sebelum tu naimi memang dah rasa tak sedap badan, sejak hubby demam baru-baru ini..Sepanjang hubby demam, hubby tak banyak cakap, tak mo senyum, tak mo buat kelakar...rasa sunyi sangat. Maklumlah, kalu tak sebelum ni, hubby lah orang yang paling kuat menyakat naimi..macam2..Hubby, kali ni merupakan kali kedua hubby demam sejak kita kahwin. Alhamdulillah, demam hubby kali ni tak lah seteruk demam mula2 selepas kita kawin dulu...kali ni hubby berselera je makan, dulu kalu makan je asik muntah je...kurus jadik nyer..

Semalam naimi pulak demam..berjangkit agaknya kan...masa naimi tak sihat kali ni ramai kawan duk tegur..."jangan2 tak sihat sebab berisi kot"..hihi..alangkah indahnya jika semua yang diorang sangkakan tu menjadi kenyataan kan, hubby..tapi mungkin betul jugak kata hubby dulu, rezeki masih belum memihak kepada kita..kita cuba lagi...

hubby, thanks sangat sebab hubby telah menjaga naimi dengan sebaiknya sepanjang naimi tak sihat ni..yelah, hubby pun baru je sembuh dari demam, terus nak jaga naimi pulak...makan minum naimi semuanya hubby jaga...naimi rasa terharu sangat sebab semalam hubby tolong ironkan tudung naimi memandangkan naimi tak larat nak bangun pun dari katil...tak tahu macamana naimi nak gambarkan perasaan naimi bila terpandangkan tudung oren yang hubby ironkan tu...mana taknya dah lama hubby tak pegang seterika tu,sejak kita kawin lagi...lepas kawin, hubby dah tak pandai nak gunakan seterika tu...thanks hubby!!!

nampaknya setakat ini dahulu yang mampu naimi coretkan...sebab otak naimi pun macam tak mau berfikir dah ni..hehehehe...badan pun tak sihat sepenuhnya lagi...

p/s:minggu ni naimi skip kelas hubungan etnik dan Malaysian Legal System

Tuesday, January 26, 2010

Penghapus Dosa

Sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa...

25 Januari 2010

Hari ini merupakan hari ketiga hubby demam...
Hari ini juga merupakan hari kedua naimi tak sihat jugak... hubby dah nak beransur pulih..
Kali ini juga merupakan kali kedua kita 'demam' sepanjang bergelar suami isteri.

Tuesday, January 19, 2010

panggilan itu

tengahari semalam naimi dapat phone call dari emak, bagitau tok wan dimasukkan semula ke wad sebab kena serangan tarik lagi...sebelah petangnya naimi menghubungi ayah, bertanyakan keadaan terkini tok wan. ayah cakap tok wan tarik lama kali ni, tapi dalam keadaan dia masih sedar. cuma masih ada satu berita lain yang menggangu-gugat hati naimi. doktor sudah pun mengesahkan ketumbuhan di kepala tok wan. kata ayah, doktor nasihatkan untuk tidak melakukan operation apabila mengambil kira faktor usia tok wan. sebarang kemungkinan boleh terjadi. mereka hanya boleh berikan ubat tahan sakit sahaja..ketumbuhan itu tetap aktif..



Ya Allah permudahkanlah semuanya... Kau berilah kekuatan dan ketabahan untuk kami sekeluarga dalam menghadapi situasi genting dan mencabar ini...

Thursday, January 14, 2010

Hatiku Tertinggal di Perlis

11.00 pagi, 14 Januari 2010

Alhamdulillah....
Segala puji dan rasa syukur kupanjatkan kepadaMu Yang Maha Esa. Begitulah yang terdetik di dalam hatiku ketika mendapat panggilan daripada ibuku di kampung, yang membawa perkhabaran tentang kesihatan tok wan. Lega hatiku bila mendapat tahu tok wan sudah sedar macam biasa, cuma masih belum boleh makan seperti biasa lagi. Dia hanya diberi makan melalui tiub sahaja...


11.40 malam, 9 Januari 2010
Naimi mendapat panggilan telefon daripada ayah,petang tu...tanya samada berkesempatan untuk pulang menjenguk tokwan yang sedang sakit.Tok wan ku merupakan bapa kepada ayahku. Berumur 75 tahun, tahun ni...Masih kuat melakukan kerja2 seharian sebelum diserang strok baru2 ini. Selepas merasakan kakinya tak dapat bergerak pada 2 Januari lepas, ayahku segera membawa tok wn ke Hospital. Namun, doktor tak dapat nak memastikan penyakitnya. Akhirnya ayahku membawa tokwan berjumpa dengan Doktor Pakar pada 4 Januari dan dia disahkan terkena serangan strok. Ketika itu, kaki kanan dan tangan kanan tok wan sudah tak dapat digerakkan lagi. Boleh dikatakan lumpuh separuh badan. Hancur luluh hati setiap ahli keluarga. Sedih sangat mengenangkan nasib tok wan yang begitu. Namun dikuatkan juga semangat masing2, belum berputus asa..Menurut cerita dari emak naimi dan adik2, tokwan asik mengeluarkan airmata je sejak kejadian itu.Sebak barangkali dengan keadaan yang menimpanya..

Pada mulanya hati naimi memang terasa ingin balik menziarah tok wan, namun dek kerana sedikit kekangan yang dihadapi membuatkan naimi berfikir berkali2..Tetapi, selepas jer mendapat panggilan telefon dari ayah petang tu, naimi dan hubby terus wat keputusan untuk balik malam tu jugak. Kami bertolak balik malam tu lebih kurang jam 1140 malam, bersama sepupu naimi yang belajar di UPM. Akhirnya kami selamat sampai di rumah naimi di Kampung Santan pagi tersebut setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam.


7.00 pagi, 10 januari 2010
Pagi itu, kami mendapat berita bahawa tok sedara naimi (Tok Lang El) yang tinggal di seberang jalan nak masuk ke rumahku telah kembali ke Rahmatullah malam semalam. Innalillahiwainnalillah hirraji'un...Pagi itu, naimi dan suami bersiap2 untuk menziarahnya buat kali terakhir. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah di tanganNya. Seesungguhnya setiap manusia yang bernyawa itu akan menemuiNya suatu hari nanti. Arwah Tok sedara naimi itulah satu2nya yang selalu menjadi pengubat rindu naimi bila naimi rindukan arwah "ciat" (datuk). Wajah mereka lebih kurang sahaja... Kini, dia pun sudah dijemputNya. Al-Fatihah..


10.00 pagi, 12 Januari 2010
Naimi dan hubby bersiap2 dari umah mertua untuk bertolak pulang ke Putrajaya. Akan tetapi, kami singgah ke klinik terlebih dahulu disebabkan keadaanku yang tak berapa sihat sejak semalam. Rancangnya nak gi amik sepupuku di rumah tok wan, akan tetapi segala2nya menjadi lain setelah mendapat panggilan daripada ayahku yang mengatakan bahawa tok wan sedang dalam perjalanan ke hospital dengan ambulans. Tok wan diserang oleh satu penyakit yang dipanggil 'tarik' (kekejangan hingga boleh mengakibatkan kancing gigi) dan tidak sedarkan diri. Naimi dan hubby segera bergegas ke Wad Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar, Perlis. Sesampai sahaja di sana, tok wan sudah dimasukkan ke dalam emergency room. Kami terpaksa menundakan niat untuk bertolak ke Putrajaya hari tu...apabila melihatkan keadaan tok wan yang masih tak berapa stabil.


8.30 pagi, 13 JAnuari 2010
Setelah bersarapan nasi lemak (my favourite) yang dibeli oleh emakku, kami bersalam-salaman. Kami akan bertolak ke Putrajaya. Walaupun hatiku risau memikirkan keadaan tok wan, namun hanya kepadaNya aku berserah..kata hubby segar kembali di ingatan. Ada seperkara lagi yang membuatkan hatiku sebak ketika hendak bertolak pagi tu..tok (nenek) pesan supaya aku sentiasa ingat padanya yang memang tengah tak berapa sihat...sakit2 orang tua..aku meninggalkan rumah dengan linangan air mata.....

NoBody


You Know I still Love You Baby.

And it will never change. (Saranghae)


I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you're thinking
Baby why aren't you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me


Telling me you're not good enough

My life with you is just too tough

You know it's not right so

Just stop and come back boy

How can this be
When we were meant to be


I want nobody nobody But You,
I want nobody nobody But You
How can I be with another,
I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody


I want nobody nobody But You,
I want nobody nobody But You
How can I be with another,
I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody


Why can't we just, just be like this
Cause it's you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I'm with you, no one will ever do


Telling me you're not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.


I want nobody nobody But You,
I want nobody nobody But You
How can I be with another,
I don't want any other


I want nobody nobody nobody nobody
I want nobody nobody But You, 
I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I don't want no body, body
I don't want no body, body

Honey you know it's you that I want, it's you that I need
Why can't you see~

I want nobody nobody But You,
I want nobody nobody But You
How can I be with another,
I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody (2x)

Back to the days when we were so young and wild and free
Nothing else matters other than you and me
So tell me why can't it be
Please let me live my life my way
Why do you push me away

I don't want nobody nobody nobody nobody but you.










Wednesday, January 13, 2010

13 Januari 2010

baru sampai di Putrajaya lebih kurang jam  3.15 petang tadi....
belum pergi kelas,walaupun dah bermula pada minggu ni.
balik kampung melawat tok wan yang tengah sakit diserang strok..
bercuti dari hari isnin lagi...balik ke kampung hari sabtu,lebih kurang jam 11.40 malam.

Friday, January 08, 2010

---tragedi badminton----



tanggal 7 Januari 2009...

hatiku rasa tak sedap jer sejak petang itu...entah kenapa.walaupun sudah diluahkan kepada suamiku,namun perasaanku masih tak tenang.erm.....akhirnya suamiku memujuk supaya aku tidak berfikir bukan2...tak da apa yang patut aku risaukan...insyaAllah.

macam biasa lah...ari khamis.setiap minggu hari khamis naimi ngan hubby akan turun ke court badminton,main badminton ngan kengkawan opis naimi....malam tu lepas solat maghrib, kami bersiap-siap untuk gerak ke Presint 14..selalunya kami main dalam 2 jam, dari 7-9 malam. oklah tu,kalu nak harap naimi jogging....alamatnya lambat lagik la...malas skit...tapi byk gak.ehe!

bersemangat ni nak g main badminton....sebelum tu sempat lagik amik2 gambar.....



erm....dalam perjalanan nak g tuh...naimi pujuk jer hati ni..nak jadikan kebetulan,petang tuh entahlah knp tangan kanan naimi rasa kebas...start dari pergelangan tangan lagik..tapi wat tak tau jelah,walaupun isau gak mcamana nak main badminton nanti.

masa nak melangkah masuk dlm dewan badminton,hati ini berdebar sangat.Ya Allah, kenapalah hati ini..."tenangkan lah aku..." humm,first game tu, my hubby main dulu ngan fauzi,en. nawawi n bukhari.set pertama berjalan dengan lancar macam biasa pada mulanya..

my hubby regu ngan bukhari....fauzi ngan en. nawawi.masa nak amik balik pukulan daripada fauzi,my hubby lompat...namun tiba2 naimi nampak dia terus terduduk.terasa laju jer darah dalam badan ni bergerak.... naimi segera berlari ke arah my hubby.sume org terpaku tetiba.

Ya Allah,my hubby jatuh.kakinya terseliuh.tergeliat....naimi segera ia yang tahu...tapi cuba gak cover...naimi tengok kaki hubby bengkak...merah.menurut cerita hubby yang masih lagi terkejut selepas terjatuh...buku lalinya bunyi macam meletup...rasa macam hilang sebelah kaki....tak rasa apa.bayangkan la apa perasaan naimi masa tu...Tuhan yang tahu..dalam hati ni tak henti2 berdoa agar tak ada benda yang tak elok berlaku...
Alhamdulillah....selang beberpa minit,hubby try jalan..ok jer lagik.cuma rasa sakit je sikit...pergelangan kakinya masih terasa macam meletup2..akhirnya naimi yang masuk gelanggang bagi menggantikan tempat hubby...

patutlah rasa tak sedap hati....rupa2nya nak berlaku macam tu agaknya...humm,balik jer umah...naimi segera masak air panas.lepas je mandi,naimi tolong hubby rendamkan kakinya yang bengkak tadi dalam air suam....sambil2 tu urut2 jugak sikit2...takut masuk angin.lepas tu naimi sapukan minyak panas dan urut kaki hubby....walaupun malam dah makin lewat,mata mengantuk,badan keletihan dan sakit2...naimi tetap gagahkan juga...demi kasih sayang dan cinta kepada hubby tersayang...alhamdulillah...semakin surut bengkak di kaki...

pagi 8 Januari 2010

walaupun naimi tahu kaki hubby masih sakit,huhu...masih nak hubby hantar g opis.tak baik kan naimi ni...sian hubby..walaupun bengkak dah semakin surut...hubby kena jalan capit2...lambat jer...sayunya hati bila naimi tgk keadaan hubby mcm tu.tapi ntahlah kenapa hati naimi ni degil sgt,masa hubby sakit pun nak bermanja2 lagi suh p hantar g opis...walaupun jalan sakit2,hubby tetap ceria dan boleh wat lawak lagi ngan naimi....terharu sangat.thanks sayang....

naimi ajak hubby g klinik je..amik mc,susah nak jalan..solat pun slow je...macamana ak g opis.tapi hubby tak nak...katanya dah agak kurang sakitnya...

petang tadi balik je dari opis,lps g beli lauk kat pasar tani, naimi g belikan bandage untuk balutkan kaki hubby...hihi,maaflah syg,dah masuk hari ni baru teringat nk balut bandage kat kaki hubby....


maaflah sayang....naimi tak pandai nak balut bandage kat kaki sayang.first time ni..uhuhu...
abang lak time ni lah nak wat 'tau' konon2 pandai nak balut sendiri...hahahah!!
u still need me my dear..

semoga hubby cepat sembuh ya....naimi akan sentiasa berada di sisi abang....menemani abang di saat suka mahupun duka. love u...

Wednesday, January 06, 2010

Engagement Year 2008

so in love with you





gambar-gambar sekitar majlis pertunangan yang diadakan di rumahku...
pada hari raya kedua, tahun 2008

snap sepanjang majlis akad nikah

ketika rombongan pengantin lelaki menunggu kedatangan pengantin perempuan

sesampainya pengantin perempuan

sebelum proses akad dijalankan...

sah bergelar suami isteri dengan sekali akad sahaja...


debaran....

bergambar setelah diijabkabulkan

di rumah pengantin perempuan


cincin disarung..tanda zahir dan batin telah dimiliki..


kucupan cinta


ours


my family


my hubby's family


27 March 2009

al-kisah BK



al-kisah... tersebutlah kisah satu cerita..
ehe...duk saja2 ni teringat pulak naimi kat satu story nih..yang mana naimi namakan al-kisahnya BK.
macam ni, dulu ni...masa zaman2 duk bercintan cintun dengan my hubby, naimi tak suka betul dekat burger. ish2 kalu pikirkan balik...rugilah kan hidup ni kalu tak dapat merasai keni'matan makanan bernama BURGER.

ermmm, nak dijadikan cerita lah kan..masa duk belajar kat Usim dulu, kira2 lebih setahun yang lalu, adalah PC Fair dekat KLCC. Ohh,time tuh bukan main lagi lah syiokkk nyer bila tau ada PC Fair.bulehlah berjoli sakan....dahla duit PTPTN baru masuk.macam2 dah set dalam minda ni....ihik =) bayangkanlah...dahlah dapat g PC Fair, dapat lak dating...humm,bersemangat la...

awal2 pagi lagi naimi dah siap2...pastu terus amik teksi untuk g KTM, Batang Benar.mujur mudah nak dapat teksi.err...tak sabar rasanya pagi tu.
sesampainya naimi kat stesen KTM, si buah hati pengarang jantung telah pun sedia menunggu kedatanganku....tersenyum simpullah..apa lagi.sampai terbelit-belit senyuman yang dilemparkan kat my buah hati masa tu.asenya la....hehehehe

hummmm,komuter yang ditunggu2 sudah tiba...dan akhirnya kami tiba dengan selamatnya ke destinasi yang diharapkan.kalu tak silap,itu first time naimi sampai KLCC, sebelum ni dpt tgk kat TV ngn gambar ajer...ramai betul org berpusu2 bawa barang2 yang dibeli kat PC Fair tuh....jelesnya.dlm hati time tu duk terdetik la kan.."ish,jap g aku lak nak borong nih...kena cepat nih....hihihi". tapi perut ni wat hal la...berkeriut2..macam2 lagu bermain dlm perutku,dan yang naimi confius tuh...lagu hindustan lak tu.apa lagi...layan jelarrrrr!!!
heheh!!!

takpela...demi PC Fair, aku sanggup tahan lapar dulu...g lah dulu kat jualan tu...mak aai,ramainya orang!sesak!macam2 bau dah yang masuk dalam lobang hidungku ini...sabar jela...pusing punya pusing,tapi masih tak dapat nak finalised lagi nak beli apa.perut dah lapar sgt2 nih...

last sekali, my hubby cadangkan supaya kami mengisi perut dulu.my hubby tanya nak makan apa, naimi cakap tak kisah...ikut jer (ayat biasa naimi guna) ihi.....jalan punya jalan terjumpa lah kedai Burger King.

"ermmm,teringinnya nak makan Burger King!lama tak makan.jom kita makan kat situ jelah eh?" cadang mu hubby. "ok la....tapi naimi nak mkn nugget jela..kalu ada.naimi kan tak suka burger." jawabku. my hubby just angguk...kami pun menuju ke situ......

lepas jer beli makanan...kami duk lah makan kat meja kat tengah2 kedai tuh. sekeliling kami,mmg ramai lah orang kan...tiba2 my hubby suh naimi rasa burger tu,katanya tryla..sedap.lagipun makan nugget je tak kenyang,nanti nak jalan lagi.pujuknya.of course la naimi ttp dgn pendirian naimi.tak mau lah!!!tak suka!!!my hubby mula tarik muka...ai,ni yang paling naimi tak suka nih...dah la nak jumpa sesekali payah,bila kuar nak masam muka lagi.naimi pun dengan keadaan terpaksa makanlah sikit.tapi tangan ni gatal jer buang sayur yang ada.apa lagi,my hubby cakap makan jer sayur tu..jgn buang.aku cakap tak nak.dia paksa lagi...tunjuk muka seposen.dalam hati masa tu,sedey ada..takut pun ada...malu lagik...
dengan teragak-agak,naimi pun menggigit sikit burger tu..(ei,tak sedap, takmau dah)..tapi my hubby suh makan lagi.habiskan separuh darinya. airmata ku..mula menitik.Ya Allah,geramnya rasa....malu rasanya.dah org tak nak, nak paksa jugak!!

akhirnya naimi berjaya jugak menghabiskan separuh burger yang ditinggalkan tu...tapi dengan hati yang sebak.uhu...GERAMNYA!!!!!rasa nak marah jer...tapi tak ley wat ape2...
tup2 lepas tu, mak naimi kol.naimi cerita la kat dia yang my hubby paksa naimi makan apa yang naimi tak suka.guess what?mak naimi gelakkan naimi lagi adala....dah tu,dia menangkan my hubby...uhu....tak aci!!



tapikan...cuba tengok sekarang...berkat kena paksa makan dulu tu..sekarang BK dah jadi one of my favourite food! menjadi jugak la.... ehe....
sekarang ni...naimi dah suka burger!!!!

.... that's was the end of the story of BK ....