Friday, August 13, 2010

Kiamat Sudah Dekat?




Assalamualaikum….
Salam Ramadhan yang ketiga.. Alhamdulillah, hari ni Naimi masih bsemangat lagi meneruskan berpuasa di bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ni… insyaAllah petang ni Naimi dan hubby serta adik ipar akan berangkat pulang ke kampong menaiki kereta kesayanganku.. Semoga perjalanan kami semua selamat dan sentiasa berada di bwh lindungan Yang Maha Esa hendaknya.
Pagi tadi Naimi terlajak pula tido…dlm 530 am baru tersedar dari tido. Jadinya tak sempat la Naimi nak masak untuk bersahur. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan juga pahal bersahur tu, kami tetap bangun dan makan 2 biji buah tamar berserta segelas air kosong. Letih betul Naimi ni kalu masuk puasa hari kedua. Hari pertama dan hari2 berikutnya okey la… hihihihihi (*_^)
Actually Naimi nak bercerita tentang mimpi… Semalam Naimi mimpikan tentang satu “HARI” ni, iaitu hari di mana bumi ini menjadi hancur, hari di mana ayat2 suci Al-Quran diangkat ke langit dan hari di mana segala penyesalan dan taubat tidak lagi diterima oleh Allah swt. Nauzubillahhiminzalik… Allah Maha Besar, Maha Esa, Maha Pengampun dan Maha segala-galanya… Hati ini benar2 tersentuh… Lebih2 lagi apabila melihat dan mengalami suasana seakan2 bumi ini secara perlahan2 hancur dan musnah… Ramai yang lari bertempiaran, ada yang sudah mati dlln.. Ya Allah, amalanku masih tidak cukup untuk menjadi bekalan semasa aku bertemu denganMu Ya Allah…
Allah izinkan Naimi mimpi sedemikian rupa, lebih2 lagi di malam bulan Ramadhan ni.. Mungkin hikmahnya patut Naimi sendiri cari… Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba2Nya yang beriman kepadaNya…
Antara tanda-tanda berlakunya kiamat kecil berdasarkan Hadith2 riwayat Bukhari dan Muslim serta at-Tirmizi ialah :
1.      Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2.      "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3.      Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4.      Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
5.      Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
6.      Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
7.      Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8.      Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
9.      Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
10.  "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
11.  Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
12.  Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
13.  Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
14.  Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
15.  Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
16.  Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
17.  Banyaknya berlaku gempa bumi.
18.  "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, dan  timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
dan lain-lain lagi… Wallahua’lam.
Manakala antara tanda2 berlakunya kiamat besar ialah :
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.
Kemudian beliau menyebutkannya:
  1. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  2. Lahirnya Dajjal.
  3. Keluar asap tebal.
  4. Turunnya Nabi Isa a.s.
  5. Kemunculan Imam Mahdi.
  6. Matahari terbit dari ufuk barat.
  7. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  8. Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  9. Runtuhnya Ka'abah
  10. Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  11. Ada azan tak di jawab
  12. 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Ya Allah Ya Tuhanku… Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat2ku serta dosa2 muslimin dan muslimat…. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pemurah….
Seperti yang kita semua sedia maklum, hari kiamat akan terjadi pada hari Jumaat. Dan dlm mimpi Naimi pun, kiamat terjadi pada hari Jumaat. Terasa amat sukar sekali Naimi ingin perincikan kejadian yang terjadi satu persatu dlm mimpi itu… Sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segala2 yang ada di muka bumi ini.
Di sini juga Naimi ingin attachkan sesuatu iaitu di mana Naimi sendiri dapat merasakan bahawa “HARI” itu sudah semakin tiba.. Dalam Al-Quran sendiri ada Allah berfirman bahawa hari kiamat itu jatuh pada hari Jumaat.
Ø  18/12/09 - Thn Baru Hijrah
Ø  25/12/09 - Thn Baru Krismas
Ø  1/1/10 - Thn Baru
Ø  26/2/10 - Maulidur Rasul
Ø  2/4/10 - Good Friday
Ø  28/5/10 - Wesak
Ø  10/9/10 - Hari Raya Aidilfitri
Ø  27/8/10 - Nuzul Quran
Ø  5/11/10 - Deepavali
Adakah ia sekadar kebetulan…or sebaliknya?? Wallahua’lam…
Okeylah, Sekian dulu utk entry kali ni. And the conclusion is, hisablah diri sendiri b4 diri kita dihisab olehNya…
Wassalam.


Thursday, August 12, 2010

Gangguan Siri I

Bismillahirrahminirrahim..

Alhamdulillah…. Hari ni sudah pun masuk 2 hari semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan olehNya selama ini.

Naimi juga sangat2 bersyukur di atas anugerah yang Allah s.w.t berikan iaitu seorang suami, kekasih, teman yang sentiasa bersama-sama Naimi sepanjang susah dan senang dlm menjalani liku2 kehidupan berumah tangga. Terima kasih Ya Allah… AnugerahMu amat bernilai buat diriku..

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin sekali Naimi coretkan sebuah kisah yang pernah tercoret dlm kehidupan Naimi dan hubby sepanjang bergelar suami isteri. Ramai yang bkata2, alam rumah tangga ni penuh dgn asam garamnya. Penuh dgn suka dan duka. Namun, kita kdg2 alpa dgn sebuah nikmat yang Allah ingin berikan kpd kita di atas suka dan duka yang pernah kita lalui dlm kehidupan ini. Naimi sendiri tak nafikan, kdg2 Naimi sendiri alpa dan leka dengan rahmatNya atau hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. 

Kisah yang ingin Naimi kongsikan di sini adalah bkaitan dengan rencam kehidupan Naimi. Bukan niat Naimi utk membuka cerita rumah tangga pada sesiapa, tapi bagi Naimi kisah ini bolehlah dijadikan pengajaran untuk sesiapa sahaja.

Alhamdulillah, sudah lebih setahun Naimi dan hubby menyulam kasih dan sayang.. Macam2 dah kami tempuhi, rajuk…suka…duka…manis…masam… dan mcm lagi. Pada awal perkahwinan kami, kebahagiaan yang Allah berikan sangat tak terhitung nilainya. Namun, dlm pertengahan waktu kami melayari bahtera perkahwinan, timbul badai yang sangat ganas yang mana mengocak2 kehidupan kami berdua.. Kami sering bertengkar, bergaduh wlpn perkara2 kecik sahaja. Cepat berasa marah dan yang paling susahnya ialah dua2 macam tu. Payah sekali nak bertolak ansur.. Boleh dikatakan hari2 bgaduh..Nak memujuk jauh sekali. Masing2 memendam rasa. Makin lama makin parah. Dua2 keras hati jer.. 

Ketika itu, Naimi sendiri rasa sedih sekali, terasa seperti hubby pada ketika itu bukanlah insan yang sama dgn insan yg pernah Naimi kenali dan Naimi kahwini.. Terukkan? Tetapi, maaflah Naimi tak dpt nak menceritakan secara detailnya.. Cukuplah sekadar gambarannya sahaja..walaupun pada hakikatnya banyak lagi yang berlaku kpd kami suami isteri..

Pada mulanya kami sangkakan badai itu adalah ‘buatan’ kami berdua sendiri.. Namun, setelah diselidiki, diamati dan dinasihati beberapa teman termasuk family, kami berdua mengambil kata putus utk pergi menemui seorang tokoh pengamal perubatan Islam yang agak disegani di Malaysia.. iaitu Ustaz Sharhan Shafei (http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/about.php)..Naimi dan hubby terfikir nak bjumpa sendiri dgn ustaz tu sebab suatu hari, masa adik ipar Naimi dtg rumah kami, dia ada suruh kami cuba dengar ayat2 Ruqyah. Sebabnya adik ipar Naimi tkejut bila dpt tahu Naimi mimpi dipatuk ular... Katanya menurut seorang ustaz yang dia dgr pagi2 kat Tanyalah Ustaz, ular itu melambangkan sihir… Mereang jugak bulu roma Naimi. Biar betul…tak pnh dgrla pulok.

Katanya ayat2 Ruqyah yang mana merupakan gabungan beberapa surah dalam al-Quran ni bagus utk didengar sebab kita akan tahu dan kenal pasti kalu2 ada gangguan dlm diri. Namun begitu, ayat2 ini tak dibenarkan dipasang dlm kereta kerana khuatir si mangsa akan bertindak secara agresif…

Memang mulanya agak ragu2 jugak…tapi apa salahnya kalau didengar lagipun semuanya merupakan ayat2 suci al-Quran kan. Malam tu nak dijadikan cerita, sebelum tido, kami pasang ayat2 tu…dan mcm2 perkara aneh berlaku semasa mendengar ayat2 tersebut.. Antaranya, bdn Naimi dan hubby terasa panas. Naimi menggeletar, hubby pulak rasa nak marah bila dgr ayat2 tu dibacakan. Terutamanya bila dgr azan yang turut ada dlm ayat2 tu… Kami berpandangan sesame sendiri.. Masing2 memahami sebuah makna pengertian yang sama….

Keesokan paginya, kak Na iaitu kakak ipar Naimi mhubungi adik ipar Naimi. Dia suruh kami tengok siaran Tanyalah Ustaz pagi tu… Naimi pun cpt2 buka tv.. And the conclusion yang kami dpt slps menonton siaran itu is…kami kena berubat..apa yang ustaz terangkan kebanyakkannya sama dgn apa yang sdg kami lalui..

Seminggu slps kami membuat research tentang keberadaan Ustaz Sharhan, kami pergi menemui dia pada hari Jumaat ptg. Tarikh tak berapa, tapi dlm bulan Julai.. Kami ceritakan mslh kami… Ustaz memberikan kami seorang 4 botol air penawar drpd air zam-zam dan turut mencdgkan kami mbeli madu yang dperbuat drpd pokok buah koka utk ikhtiar dpatkan zuriat, minyak dan juga perjanjian Nabi Sulaiman a.s dgn jin (menurutnya: nak usir jin yg ada dlm rumah. InsyaAllah, jin yang ada dlm rumah akan keluar dan yang nak masuk pun tak berani..Ikhtiar katanya…) selain itu dia juga berpesan, kalulah betul dlm diri ada gangguan, insyaAllah lepas balik nanti, lps minum air penawar tu, dlm tido kita akan dpt petanda mimpi jenis gangguan yang ada dlm diri. Sekiranya kuat gangguan itu, kami disuruh ke sana lagi utk sesi seterusnya..

Mlm tu, sesampai je di rumah, badan masing2 terasa lemah
sgt2.. Penangan apakah itu? Masa ustaz ajak baca ayat Kursi beramai2 tadi, Naimi rasa lain sgt. Nak menangis je!! Tapi Naimi tahankan saje… Lps berehat sektika, hubby menampal surat perjanjian yang kami beli tadi dkt dinding ruang tamu rumah. Masa tu dh dkt2 maghrib… Di saat hubby masuk mandi dan membersihkan diri utk solat, Naimi bersendirian di ruang tamu. Bulu roma menegak… Lps tu bunyi orang baling pasir kat tingkap dapur..pelik..siapa nak baling sampai tingkat 14? Tak masuk akal… pada mulanya Naimi wat tak tahu..tapi lps tu bunyi pulak ringtone hp hubby kat meja makan. Naimi lagilah seram, sdgkan hp hubby ada sebelah Naimi atas sofa. Dengan perlahan2 Naimi masuk bilik, takut nak duk sorg2 kat ruang tamu… Tapi, kejadian aneh2 terus blaku, di mana waktu hubby keluar dari bilik air yg ketika itu Naimi berehat di katil, tdengar bunyi ringtone msg hp hubby lagi.. Hubby Naimi trus g depan nak amik phone, tapi takda. Hubby tanya Naimi, mana hp dia? Naimi pun bgtau yg hp hubby ada dgn Naimi masa tu, dlm bilik… Hubby naik hairan…aik, tadi byi hp kat depan…sdgkan hp kat bilik… hubby ada tanya sama ada Naimi dgr ke tak bunyi tadi… And of course jawapan Naimi…dengar!!! Lps je hal tu jadik, bunyi pulak mcm org baling2 pasir kat tingkap dlm bilik tidur kami…Lama. Masing2 terdiam….sampailah kami keluar dr rumah mlm tu utk dinner sebab nk masak pun bdn letih je…..And kat luarlah kami fikirkan tempat plg sesuai utk kami luahkan perasaan yg kami rasa sepanjang berada kat rumah tadi….

To be continued…..


Wednesday, August 11, 2010

Be Carefull - Kurma Yahudi


Ramadhan al-Mubarak sudah pun tiba. Lazimnya pada bulan ini, tidak dapat tidak semua umat Islam kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan akan mula menggemari buah khurma dan mengambilnya ketika berbuka, sepanjang malam hingga bersahur.

Tanpa perlu dipertikai, kurma memang banyak khasiatnya. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma.

Cuma diharapkan semua pihak berhati-hati memilih kurma untuk dimakan kerana ada kurma di pasaran merupakan kurma Yahudi. Antara yang dapat dikenali ialah bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .

Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan


Sempena akan tibanya  Bulan Ramadhan ,  Bulan di mana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan doa kita dimakbulkan  
 
Jari disusun memohon kemaafan tidak terhingga, di atas segala kekhilafan yang pastinya ada....
  Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
benci
membina
mengambil masa
meruntuh
sekelip masa
 
Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup ini berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf zahir dan batin....

SEMOGA IBADAH KITA DI BULAN RAMADHAN KALI INI ADALAH
YANG TERBAIK SEPANJANG HIDUP KITA DI BUMI MILIK ALLAH INI,
AMINNN YA RABBAL ALAMIN…...

 


Do'a Malaikat Jibril  :

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang beriku
t:


1)
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

2)
Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

3)
Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah
pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

 
11 bulan
banyak kata sudah ku ucapkan dan ku lontarkan tak semua menyejukkan,


11 bulan
banyak perilaku dan sikap yang ku perbuat tak menyenangkan,


11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan, kesombongan
menjadi
 sebahagian dari diri tanpa sedar atau sedar,

saatnya istirahat dalam pemuasan nafsu duniawi
saatnya
membersihkan jiwa yang berjelaga,

saatnya mensyukuri indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri


Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina




Paranormal Woman



Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini Naimi diberi kesempatan lagi untuk menulis dalam blog kesayangan ni... Sejak akhir2 ni, Naimi agak sibuk ngan kerja2 kat opis plus ngan study yang memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit.
Hari ini Naimi nak meluahkan perasaan sikit dalam blog ni.. Segala2nya bermula beberapa bulan yang lepas..... Ianya berkaitan dengan seorang perempuan yang amat menjengkelkan Naimi.
The real story Naimi dah pernah luahkan dalam FB Naimi sebelum ni. Pagi ni Naimi just nak sambung sikit perkembangan story tentang hal tu. Let me named it as “Paranormal Woman in my life”... hehehehhe=)
Ok, macam ni... Pagi tadi mcm biasa that Paranormal Woman masuk lif... Naimi tinggal kat tingkat 14 and dia tinggal kat tingkat 12. ARound 7am, Naimi dan hubby bergegas nak gi opis... Bila sampai tingkat 12, lif stop and she is coming wif her husband. As usual, dia terus pandang my hubby and start tsengih2 macam kerang busuk.... huh!! Sakit hatiku.....
Masa tu, dalam lif ada 5 orang b4 she and her husband masuk.. Dlm banyak2 tu, my hubby jugak yang dia tengok n senyum. Naimi duk sebelah hubby and tengok je that Paranormal Woman. My hubby plak after Naimi luahkan perasaan Naimi sblm ni, dah tak pandang dia, tapi dia btul2 tak malu...tengok terus my hubby lame2 sambil senyum...hahahha, padan muka dia, my hubby tak tengok dia pun, malahan tgk tempat lain. So that, the conclusion is she smile to??? Hahaha....senyumla sorang2.... Puas hati Naimi.
Tapi, Naimi senyap je dlm lif tu....Nak gak pancing reaksi hubby mcamana kan. Masuk jer dlm keta, hubby pun bsuara, “ Haha.... dia senyum sorang2 tadi. Abg tengok tempat lain...”.. (Alangkah senangnya hati...kih kih kih..Ada hati nak lebih2 ngn suami orang, ngn pmpn tak pandang langsung..)
That’s why I called her “Paranormal Woman”. Weird sangat sebab dah acapkali berjumpa ngn Naimi ngn hubby, bukan Naimi yang disapa ngn “senyuman” dia tu, tapi the ONLY my HUBBY...... Come on la, sekali dua memang perkara biasa...Tapi dah berkali2, sape yang tak perasan dan bperasaan..... Naimi tak kira, he is mu husband, and not only my boyfren... He is mine....
Huh...puasnya hati Naimi dapat luahkan dalam ni... Dah lama plan nak citer kat sini, tapi masa selalu tak mengizinkan..
Herm.... esok dah nak masuk 1 Ramadhan. InsyaAllah, mlm ni Umat Islam akan start bertarawih.... Salam ramadhan dari Naimi untuk semua.
InsyaAllah, petang Jumaat nanti Naimi n Hubby akan btolak pulang ke kampung halaman untuk meraikan keberkatan Bulan Ramadhan bsam2 keluarga tercinta.. Dan kami akan bertolak pulang ke sini pada Ahad nanti... Semoga perjalanan kami dirahmatiNya dan semoga kami selamat pulang. Amin....
Wassalam