Friday, August 13, 2010

Kiamat Sudah Dekat?




Assalamualaikum….
Salam Ramadhan yang ketiga.. Alhamdulillah, hari ni Naimi masih bsemangat lagi meneruskan berpuasa di bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ni… insyaAllah petang ni Naimi dan hubby serta adik ipar akan berangkat pulang ke kampong menaiki kereta kesayanganku.. Semoga perjalanan kami semua selamat dan sentiasa berada di bwh lindungan Yang Maha Esa hendaknya.
Pagi tadi Naimi terlajak pula tido…dlm 530 am baru tersedar dari tido. Jadinya tak sempat la Naimi nak masak untuk bersahur. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan juga pahal bersahur tu, kami tetap bangun dan makan 2 biji buah tamar berserta segelas air kosong. Letih betul Naimi ni kalu masuk puasa hari kedua. Hari pertama dan hari2 berikutnya okey la… hihihihihi (*_^)
Actually Naimi nak bercerita tentang mimpi… Semalam Naimi mimpikan tentang satu “HARI” ni, iaitu hari di mana bumi ini menjadi hancur, hari di mana ayat2 suci Al-Quran diangkat ke langit dan hari di mana segala penyesalan dan taubat tidak lagi diterima oleh Allah swt. Nauzubillahhiminzalik… Allah Maha Besar, Maha Esa, Maha Pengampun dan Maha segala-galanya… Hati ini benar2 tersentuh… Lebih2 lagi apabila melihat dan mengalami suasana seakan2 bumi ini secara perlahan2 hancur dan musnah… Ramai yang lari bertempiaran, ada yang sudah mati dlln.. Ya Allah, amalanku masih tidak cukup untuk menjadi bekalan semasa aku bertemu denganMu Ya Allah…
Allah izinkan Naimi mimpi sedemikian rupa, lebih2 lagi di malam bulan Ramadhan ni.. Mungkin hikmahnya patut Naimi sendiri cari… Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba2Nya yang beriman kepadaNya…
Antara tanda-tanda berlakunya kiamat kecil berdasarkan Hadith2 riwayat Bukhari dan Muslim serta at-Tirmizi ialah :
1.      Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2.      "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3.      Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4.      Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
5.      Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
6.      Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
7.      Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8.      Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
9.      Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
10.  "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
11.  Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
12.  Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
13.  Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
14.  Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
15.  Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
16.  Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
17.  Banyaknya berlaku gempa bumi.
18.  "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, dan  timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
dan lain-lain lagi… Wallahua’lam.
Manakala antara tanda2 berlakunya kiamat besar ialah :
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.
Kemudian beliau menyebutkannya:
  1. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  2. Lahirnya Dajjal.
  3. Keluar asap tebal.
  4. Turunnya Nabi Isa a.s.
  5. Kemunculan Imam Mahdi.
  6. Matahari terbit dari ufuk barat.
  7. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  8. Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  9. Runtuhnya Ka'abah
  10. Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  11. Ada azan tak di jawab
  12. 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Ya Allah Ya Tuhanku… Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat2ku serta dosa2 muslimin dan muslimat…. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pemurah….
Seperti yang kita semua sedia maklum, hari kiamat akan terjadi pada hari Jumaat. Dan dlm mimpi Naimi pun, kiamat terjadi pada hari Jumaat. Terasa amat sukar sekali Naimi ingin perincikan kejadian yang terjadi satu persatu dlm mimpi itu… Sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segala2 yang ada di muka bumi ini.
Di sini juga Naimi ingin attachkan sesuatu iaitu di mana Naimi sendiri dapat merasakan bahawa “HARI” itu sudah semakin tiba.. Dalam Al-Quran sendiri ada Allah berfirman bahawa hari kiamat itu jatuh pada hari Jumaat.
Ø  18/12/09 - Thn Baru Hijrah
Ø  25/12/09 - Thn Baru Krismas
Ø  1/1/10 - Thn Baru
Ø  26/2/10 - Maulidur Rasul
Ø  2/4/10 - Good Friday
Ø  28/5/10 - Wesak
Ø  10/9/10 - Hari Raya Aidilfitri
Ø  27/8/10 - Nuzul Quran
Ø  5/11/10 - Deepavali
Adakah ia sekadar kebetulan…or sebaliknya?? Wallahua’lam…
Okeylah, Sekian dulu utk entry kali ni. And the conclusion is, hisablah diri sendiri b4 diri kita dihisab olehNya…
Wassalam.


0 comments:

Post a Comment