Assalamualaikum....
Alhamdulillah... lewat petang semalam, Naimi dan hubby sudah selamat sampai ke rumah Cinta kami di Presint 9, Putrajaya. Kami bertolak dari kampung lebih kurang jam 1.00 tengah hari dan tiba di Putrajaya lebih kurang jam 7.30 petang... walaupun berat hati dan kaki kami utk melangkah pulang ke sini, namun kami gagahkan juga. huhu
Kali ini kami pulang dengan menaiki Silvia hubby. Welcome home, Silvia. Dah lama jugak Silvia ditinggalkan di kampung kami..lenguh jugaklah kaki hubby tuh bawak manual...hihi
Sepanjang perjalanan pulang dari kampung, macam2 kami jumpe... kire2 5 buah accident yang kami jumpe dalam perjalanan... Ish2, sedih dan kesian betul bila tengok...mungkin sebab hujan lebat kot... jalan raya licin sangat jadinya....
Urmmm, masa kat kampung kami sempat la nengok anak buah kami iaitu Umar Rifqi. Kiut-miut betul.... muka Umar sebiji macam muka hubby masa kecik2, cume hidung je lain sebab ikut abah die.... heheh (*^). Tapikan, cuaca kat kampung panas sangat...kesian betul kat si Rifqi tuh.... huhuhu...
Hari ini Naimi dah masuk opis... malasnye asa... Semalam kami tidur awal betul, letih sangat....
Ok lah dulu setakat ni... nanti Naimi nak upload gambar2 sepanjang di kampung pulak....
Wassalam.
FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 4
7 years ago
0 comments:
Post a Comment