Thursday, August 26, 2010

Dah Bersalin

Alhamdulillah…. 
Puan Maarbalqish, salah seorang officer tempat kerja Naimi dah pun selamat melahirkan anak sulungnya iaitu seorang bayi perempuan seberat 2.9 kg pada jam 10.32 malam tadi iaitu 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431H. Tahniah diucapkan…. Mesti baby Puan Maar cute macam umi dia…


Puan Maar@Cik Maar, Naimi & Sue



Wednesday, August 25, 2010

Family Day Syariah Section


…Assalamualaikum…

breakfast


Wif Auni sweet

Tan Sri Penasihat Perundangan Syariah yang mmg sporting


Wat pe tuuh?

Gadis2 Celcem blueeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Auni suka pegang pipi =)

Semua Tentang Kita (Part 1)


Naimi duk tengok gambar2 lama masa belajar dulu,masa kat KUSZA@UDM… 
Rindunya dekat sahabat2 tersayang…. 
Teringat kat Anis, Along, Adik Rai and Sue… huhuhu….

P/S: Nanti Naimi akan coretkan sesuatu “Tentang Kita” ek…

Syawal Pertama 2009 di Bersama Suami


Assalamualaikum…
Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 15 Ramadhan 1431H. Bestnya tak lama dah lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini merupakan tahun kedua Naimi beraya sebagai isteri orang…. Dan tahun pertama Naimi dapat menyambut hari raya bersama suami plus ngan family… Maklumlah last year Naimi dan suami beraya di Putrajaya coz tugas dan tanggungjawab kepada Negara. Hihihihi=)
Erm, sejak bergelar isteri Naimi banyak sangat belajar perkara2 baru dalam hidup… Antaranya Naimi banyak belajar tentang erti pengorbanan, tolak ansur dlln. Indah sangat2 sebenarnya bila kita dapat megecapi erti sebenar kerukunan sesebuah rumah tangga… Macam raya tahun lepas, walaupun Naimi dapat cuti lama, tapi Naimi menghabiskan 3 hari cuti Naimi di sini, bukan di kampung. Suami terpaksa bekerja di hari raya, mustahil Naimi nak balik sorang2 kan? Memanglah jauh di sudut hati Naimi, terasa amat sedih dan sayu sekali bila mendengar takbir raya, lagu2 raya….dan masa tu Naimi dah confirm tak dpt balik beraya bersama keluarga tercinta…
Namun begitu, Naimi bersyukur sangat2… kenape ek? Sebab sebenarnya walaupun Naimi beraya di sini tanpa kehadiran ibu bapa, adik2 dan family yang lain, Naimi dapat beraya dengan suami Naimi, iaitu MY FAMILY. So, who said that I’m celebrating Eidul Fitri alone?? Heheh (^^) Di sebalik kesayuan itu, terselit rasa cinta dan kesyukuran yang amat sangat…As a muslim, Naimi percaya ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Syukur Ya Allah, Kau telah kurniakan aku seorang kekasih yang amat2 mengasihi dan menyayangi diriku…. Kekalkan lah dia di hatiku, dekatkan lah hatinya kepadaku… Semoga kasih kami diberkati dan sentiasa berada di bawah payung rahmatMu, Ya Allah…
Erm…. InsyaAllah, tahun ni Naimi akan beraya di kampung….bestnya…….. Tak sabar betul nak balik ke kampung halaman… Kami akan bertolak balik ke kampung pada malam raya, hari Khamis malam Jumaat… dan akan pulang semula ke Putrajaya pada 15/16 September 2010…

  Usai Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Putra, Putrajaya

Hanya kami
 my hubby
me (^^)
Otw nak gi beraya umah nenek Anis di Semenyih. Hihi=) 
First time dapat beraya ngn sahabat tersayang!!! Lepas tu, terus gi Port Klang, opis suami
 pose istimewa dr. suami tercinta
my turn
Wassalam

Tuesday, August 24, 2010

Balik Kampung Ramadhan

Assalamualaikum...


Salam ramadhan 14... Wah2, dah hampir separuh Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Sangat singkat rasanya.... Itu pun bila nampak bulan kat langit tu dah hampir2 purnama.....
Hari Jumaat, 13hb yang lepas Naimi dan hubby telah pulang ke kampung untuk sama2 menyambut kedatangan bulan Ramadhan bersama family tercinta. Kami pulang hanya beberapa hari sahaja, Ahad petang selepas zohor kami dah berangkat pulang ke sini.. Tapi, masa kat kampung hari tu, masa terasa berlalu dengan panjangnya. Alhamdulillah....memang puas hati lah walaupun balik sekejap sangat. Dapat same2 berbuka puasa, bertarawih di masjid same2...

Keadaan jalan raya petang Jumaat dari KL
Patuhi had laju???? Dah banyak saman ni. Lambat gila rasa perjalanan kali ni.. Tapi masa balik ke Putrajaya, hubby dah belasah je... kalu tak, alamatnya pagilah kami sampai... hihihi =)
 betul ke ada diskaun kpd pemandu yang mengikut had laju musim perayaan ni?? jeng..jeng..jeng...
bersantai2 di pagi hari Sabtu
my Dearest Lil' Sis
- Jadi camera girl -
Rumah mertuaku
Abah yang gigih dan syiok kaut rambutan utk kami
Si "COMEL" yang sedang beraksi
 another 'sporting' kittens beraksi
Juadah yang sudah Naimi cuba... memang best!!
otw pulang Putrajaya
- akhirnya 'kuar' jugak my pic.... ngan hubby kat R&R Sungai Perak, after berbuka, otw to perform solat -

Okeylah dulu utk N3 kali ini... Banyak yang Naimi terlepas and tak sempat2 nak share kat blog nie... InsyaAllah.... jumpa lagi.

Monday, August 23, 2010

Ramadhan 13


Alhamdulillah, hari ini sudah pun masuk 13 Ramadhan 1431H. Di kesempatan ini, ingin sekali Naimi panjatkan rasa penuh kesyukuran di atas segala kurniaan dan nikmat yang sangat2 tak ternilai harganya yang Naimi serta semua Muslimin dan Muslimat peroleh di bulan mulia ini…. Semoga kita semua lebih khusyuk dan ikhlas dalam menunaikan ibadah kepada Yang Maha Pencipta.

InsyaAllah…. Kedatangan suatu malam yang ditunggu2 oleh kita semua iaitu Lailatul Qadar akan tiba tidak lama lagi. Oleh yang demikian, sama2 lah kita mencari, mengejar dan terus memburu malam itu nanti. Namun begitu, bukanlah bermakna di malam2 yang lainnya kita tidak harus mengejar pahala dariNya… (^^) Selamat Beramal…