Monday, July 26, 2010

LOVE U



How much I appreciate u, my husband...


Kisah Semalam


Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, hari ini Naimi dapat juga gi kerja walaupun semalam Naimi sangat2 tak sihat sehingga pengsan kat rumah. Mujur ada Hubby semalam… Kalu tak, tak taulah apa yang akan terjadi… Pagi semalam gak Naimi tak dapat nak temankan Hubby ke drift Competition kat Lestari Perdana, Serdang. Namun begitu, hikmah Allah di sebalik apa yang terjadi begitu besar, insyaAllah….

Wassalam.

Friday, July 23, 2010

2DAY


:: Assalamualaikum ::

Hari ni Naimi jumpe lagi perempuan yang yang sangat menjengkelkan.. Pagi2 lagi dah kacau mood baik Naimi pada hari Jumaat yang mulia ni… Huh!! Sabar jelah...



:: wassalam ::

Wednesday, July 21, 2010

After Wedding & Be a WIFE For HIM


:: Assalamualaikum ::


I just wanna share some cooks that i have make once I am being a wife of my beloved Hubby.. 
Before this, I've never try all of this.. I don't even ask for anyone help, just got help from Internet. hehehe (^^) I am not good enough in this field.
Anyway...I am very happy when my Hubby said that my cooks is more delicious than what we ate outside/restaurants.


Ayam Masak Merah




Ayam Masak Kurma

Masak Lemak Ketam 
[still have to upgrade this one coz it is still not good enough 4 my first time ]




Asam Pedas Ikan Kembung
[ I have no pic 4 this - forgot- but it was really delicious 4 the first time]



B4 this I thought it was really hard to make it, but actually it was very simple.. 
I am really happy!!!





 :: Wassalam ::




Tuesday, July 20, 2010

Selera Petang Kami

Assalamualaikum.

Benci Bilang Cinta
Astro Ria 104  (6.30pm-7.30pm) (Selasa-Jumaat)
Release : Tahun 2006
 Baim Wong, Marshanda etc.




Muhammad Ibrahim, dilahirkan pada 27.4.1981
Andriani Marshanda, dilahirkan pada 10.8.1989
 Dimas & Winda
Benci Bilang Cinta = Princess Hour
Scene2 yang menarik dlm BBC
Princess Hour
Scene2 yang menarik dlm PH

Ini lah selera petang kami suami isteri... hehe (^^)

Wassalam










Di Tahap Manakah Naimi???


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI


Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun sesuatu yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, diterima dengan penuh perasaan malu dan bersyukur. Sekiranya ada, adalah, sekiranya tiada, dia bersabar. Tidak sesekali meminta, apatah lagi yang tidak perlu. Jika diberi sekalipun dia menolak bahkan adakalanya sesuatu yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Inilah golongan isteri yang bersifat siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, umpama hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
Isteri Muqarrobin  
   
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali sesuatu yang perlu sahaja. Sesuatu yang tidak perlu, tidak akan dimintanya bahkan sekiranya suami memberi yang sesuatu tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi sekiranya sesuatu yang diperlukan pun tiada, dia tetap bersabar. Namun dia tidak akan sesekali mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Inilah golongan muqarrobin. Golongan ini juga sukar untuk dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.               
Isteri Solehin   
Isteri yang meminta kepada suaminya sesuatu yang perlu dan sekali-sekala meminta juga sesuatu yang tidak perlu seperti inginkan kehidupan yang agak selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal dan juga kenderaan. Namun sekiranya suami tidak memberi, dia tetap bersabar dan ianya tidak pula menjadi masalah. Inilah adalah golongan orang yang soleh.                
Isteri Fasiqin   
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja sesuatu yang perlu, bahkan sesuatu yang bukan keperluan pun dia tetap meminta-minta. Jika diberi sekalipun tidak pernah berasa puas, tidak pernah berasa cukup, sudah mendapat kemewahan pun masih tidak berasa cukup. Sekiranya tidak dipenuhi akan menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasiq. Golongan isteri seperti ini selalu sahaja menderhaka kepada suami, apatah lagi dengan Allah SWT. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuatkan suaminya selalu dalam keadaan serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diturutkan, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, shopping menjadi kelaziman.
 
Namun demikian tidak juga berasa puas dan berasa cukup. Pelbagai kehendak terpaksa dituruti. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang seperti air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelora. 
Lama-kelamaan bercerai menjadi jalan penyelesaian. Sekalipun penceraian tidak menjadi demi menjaga air muka dan maruah keluarga ataupun hendak menjaga nama baik dan kedudukan ataupun tidak mahu melihat anak-anak menjadi porak peranda, yang demikian, apalah ertinya rumahtangga yang sebegitu rupa. Ke manakah hilangnya keindahan dan kenikmatan berumahtangga. Apalah bahagianya andai gelombang dan gelora krisis tidak pernah berhenti dan tenang. Apalah yang akan terjadi kepada anak-anak melihat ibu bapa mereka yang sentiasa bertelagah seperti anjing dengan kucing. Semoga Allah SWT menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling cinta mencintai antara satu sama lain. Sebagaimana dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Rasululllah SAW bersabda, "Di sekitar Arsy terdapat menara-menara daripada cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada''. Bahkan para nabi dan syuhada' iri hati terhadap mereka. Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah."    
 
So, di manakah tahap Naimi? 
Ya Allah, ampuni lah dosa-dosaku..
Jadikanlah aku seorang isteri yang sentiasa taat kepada suamiku.. 
Peliharalah rumah tangga kami dan berkatilah kehidupan kami sekeluarga...
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....  

Monday, July 19, 2010

Akankah Sebuah Penantian Ini Bakal Berakhir ?

Assalamualaikum....

Pagi-pagi lagi Naimi dapat satu mesej dari emak di kampung [ Askum td mk bc berita harian. Pasangan 2 dr pulau pinang. 7 thn kawin x dpt anak. Tau2 dpt kmbr 4. Sabar la mungkin akan dpt kmbr juga nanti. He he he. Amin.... ]  
Naimi pun reply la..  [ Tu dia...sampai 4 ]

Herm... bukan main bersungguh-sungguh n excited mak Naimi tu... Tak sabar sangat dah agaknya nak menimang cucunya.. Walaupun dengan intonasi n nada gurauan yang Naimi balas, namun hati kecil Naimi tersentuh sangat... Ya Allah, bilakah aku bakal memperoleh cahaya mataku sendiri??? Naimi masih lagi menghitung detik2 yang belum pasti akan kedatangan waktu itu...

Keratan akhbar Metro hari ni:


JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.
Bagi pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, kelahiran bayi kembar empat itu memang tidak dijangka dan bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata sekali gus.
Mereka terharu dengan anugerah tidak ternilai itu kerana sudah lama berusaha mendapat zuriat sendiri.
Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata, mereka terkejut apabila doktor yang melakukan pemeriksaan ketika permulaan isterinya hamil memberitahu bakal mendapat kembar tiga.
“Kami sudah membuat persiapan menyambut ketiga-tiga cahaya mata termasuk membeli pakaian dan peralatan mereka.
“Bagaimanapun, kami terkejut apabila isteri bersalin pada 4 Mei lalu anak kembar empat, namun amat bersyukur dengan anugerah itu. 
“Keempat-empat bayi dilahirkan itu tidak cukup bulan menyebabkan mereka ditahan di HPP, tetapi isteri dibenarkan pulang pada 28 Jun lalu manakala semua anak kami dibenarkan keluar pada 1 Julai lalu.
“Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya. 
Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu, suri rumah sepenuh masa berkata, suaminya terpaksa membeli barangan dan keperluan untuk seorang lagi kerana sebelum ini hanya membuat persiapan untuk tiga bayi.
Katanya, mereka berdua puas berusaha mendapatkan zuriat sebelum ini termasuk menggunakan kaedah rawatan moden dan tradisional selain berdoa.
“Pada peringkat awal kehamilan, saya amat risau kerana mengalami alahan serius termasuk kerap muntah dan tiada selera makan.
“Namun, saya bersyukur keempat-empat bayi kami selamat dilahirkan dan sihat.
“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.


Seronoknyer ada anak ni kan? 
Herm...Itulah, berkat kesabaran, usaha dan doa yang tak henti2....
Izinkanlah aku Ya Allah untuk menjadi salah seorang insan bertuah yang akan bergelar ibu. Izinkanlah aku dan suamiku untuk merasai kenikmatan dan kebahagiaan hidup di samping zuriat kami yang soleh dan solehah.. 
InsyaAllah. Amin...
Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang... Semuanya adalah dengan izinMu,
Ya Rabbi...

P/S: Tahniah buat sahabat Naimi, Mayaddah Ismail yang sudah selamat melahirkan first baby girl (2.75 kg), jam 11 malam, 13 Julai 2010 yang lalu.

         Alisya Maisara