Monday, May 10, 2010

Tanggal 9 MEI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Arini dah pun sampai 9 Mei 2010. Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat semua ibu2, mama2, emak2, umi2, amma2, moms dlln lagi panggilan utk wanita yang pernah melahirkan seorang anak.... 

Di kesempatan ini, Naimi nak melahirkan rasa kesyukuran yang tak terhingga ke hadratNya kerana telah menganugerahkan seorang emak kepada Naimi dan adik2 Naimi..... Sesungguhnya kasih sayang yang emak berikan kpd Naimi dan adik2 tiada tolak bandingnya...tiada sempadan... betul kata pepatah yang kasih ibu itu membawa sehingga ke syurga.

Emak, tanggal 10 Feb 1986, lebih kurang jam 5.10 pagi, kau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg merupakan anak pertamamu dengan suamimu... Bayi itu telah kau namakan Nurul Na'imi.. Syukur...terima kasih yang tak terhingga ingin ku ucapkan kepadamu emak kerana telah melahirkan ku ke dunia ini...mengenalkan ku erti kehidupan di dunia ini..dan kini, ku telah pun meningkat dewasa dan telah pun bergelar seorang isteri kepada seorang suami pilihanku yang amat kucintai...
 
Emak....cik teringat sangat dengan sume susah payah mak ketika nak mbesarkan cik dan adik2...namun segalanya emak tempuh dengan penuh kesabaran bersama2 dgn ayahanda tercinta. Terima kasih juga cik ucapkan atas susu yang emak berikan kepada cik...halalkan lah susu emak itu...sesungguhnya tak terdaya cik nak balas sume yang emak dah lakukan untuk cik...
Emak...banyak sebenarnya kenangan2 yang tercipta antara kita dan cik takkan lupa, insyaAllah sampai bila2...mak. Cik paling ingat masa dulu Form 3 atau Form 4 macamtu, cik duk asrama. Tapi cik kena tusyen ptg tu...ari Sabtu kalu tak silap...Tusyen kat Alor Tampang...hujan lebat sgt2, ayah tak da kalu tak silap ayah g lawat sedara kat Perak...jadi mak yg kena amik cik dan hantarkan ke tusyen aritu.... Masa tu mak tak da lesen keta lagi...mak lbh suka bawa motor, senang... Ingat lagi, dlm hujan yang lebat2 tu, mak tetap dtg amik cik dengan moto, basah kuyup wlpn mak pakai baju hujan masa tu.... Cik ingat lagi, helmet yang mak pakai tak da visor, seb mak bagi cik pakai helmet yang da visor.. Kesian sangat kat mak masa tu...dengan susah payah dan bhati2 mak bawa juga moto...nak hantar cik pi tusyen juga...itulah yang dinamakan pengorbanan insan yang bernama emak...

Naimi tak tau nak gambarkan apa perasaan naimi ketika menulis entri ni.. Sedih, terharu dengan pengorbanan yang telah mak berikan utk Naimi..supaya Naimi tak kurang apa2 dlm pelajaran...dan hasilnya kini, alhamdulillah, wlpn blm mcapai target Naimi secara peribadi, kejayaan Naimi sekarang sudah blh utk mak banggakan...

Mak...terima kasih,atas segala2nya yang telah emak berikan pada cik... Cik takkan sesekali lupa akan jasa2 emak sepanjang hidup ini..Sesungguhnya cik amat sayangkan mak..Tiada yang kedua mahupun yang ketiga... Mak, setelah cik berkahwin dan bersuami, kasih sayang cik pada mak dan ayah semakin menebal...Alhamdulillah...Syukur sangat sebab cik dapat seorang suami yang amat menyayangi mak dan ayah sepertimana cik juga... Thanks, sayang... Kehadiran abang lebih membuatkan ayang cinta dan kasih kepada emak dan ayah....I LOVE U, EMAK...

Mama....adalah seorang ibu kepada suami Naimi... Thanks mama sebab melahirkan seseorang yang amat Naimi cintai DUNIA dan AKHIRAT...Dia adalah suami Naimi. Thanks mama sebab sudi menerima Naimi sebagai salah seorang anak mama... Thanks sebab berikan Naimi seorang insan yang bernama suami... Naimi juga sayangkan mama sepertimana Naimi sayangkan emak naimi...InsyaAllah,Naimi pohon doa daripada Nya agar membantu Naimi dalam memberikan sepenuh kasih sayang kpd mama seperti mana kasih syg Naimi kpd emak Naimi sendiri.. Walaupun mama tidak melahirkan Naimi, dan kita baru sahaja menjadi satu keluarga, Naimi sayangkan mama seperti Naimi sygkan emak... I LOVE U, MAMA... 

Di saat ini, ingin Naimi coretkan juga isi hati Naimi... Alangkah indahnya seandainya saat2 bgelar seorang ibu dpt menjadi milik Naimi suatu hari nanti.. Hati ini sudah merindukan seorang cahayamata yang merupakan benih kasih sayang dan cinta bersama suamiku... Bilakah masa itu menjadi nyata? 

"Ya ALLAH...YA TUHANKU... Kau kabulkanlah doaku... Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah yang bakal menemani hari2ku bsama2 suami tcinta...Ingin sekali ku bergelar seorang ibu...ingin sekali ku memberikan kasih syg sbagai seorang ibu.. Ya ALLAH...Kau perkenankanlah doa hambaMU ini... Sesungguhnya aku hanyalah seorang hambaMU yang lemah lagi tidak berdaya apa2.... AMIN.... "

Sekian dahulu utk entri kali ini.... Akhir kalam, Selamat Hari Ibu utk Emak dan Mama...

I LOVE BOTH OF U, MOMS!!!

P/S: to my bestfren, anis...Selamat Hari Ummi....

Friday, May 07, 2010

Piala Thomas dan Piala Uber 2010




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, naimi baru sahaja keluar dari bilik meeting....rutin setiap pagi Jumaat yang mulia di opis naimi, sesi membaca Al-Quran... Hari ini kami baca surah Ar-Rad ayat 1-4 sahaja....

Pagi ni naimi rasa mengantuk sangat...nak kata tido lewat sangat tak pun....mungkin sebab penat semalam balik lewat kut. Semalam naimi outing ngn hubby n 2 org kwn sek kami iaitu Wan & Syukor. Open table...and the mastermind of courselah Wan. And yang open table semalam ialah Syukor... Kami makan kat sebuah restoran Thai tomyam di ampang Waterfront. Alhamdulillah...sedap makanan di situ, memang berbaloila harganya...thanks ya Syukor seb belanja kami semua semalam.

Actually naimi nak bercerita tentang topik hangat Malaysia Hari ini iaitu mengenai Piala Thomas dan Piala Uber yang sedang hangat diperkatakan dan diperbincangkan sekarang ini. Pada 9-16 Mei 2010, akan berlangsungnya pertandingan badminton Piala Thomas dan Piala Uber di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Nampaknya antara impian rakyat Malaysia ialah ingin mengalami semula detik2 bersejarah tahun 1992, di mana Rashid Sidek menggenggam Piala Thomas sekaligus  Malaysia merupakan menjadi juara pada tahun itu. Akankah sejarah berulang pada tahun 2010? Sama2 lah kita nantikan...naimi pun tak sabar2 nak tengok perlawanan tu nanti...Naimi takdelah beli tiket pun, tengok kat umah lagi puas hati...sharp,dekat.... hihihi=)


Sekitar Kejohanan Piala Thomas 1992 di mana Malaysia merupakan Johan

Oh ya, bercakap pasal kejohanan yang bakal berlangsung ni, naimi teringat pada Juara Piala Thomas tahun 1992 iaitu Rashid Sidek... Takziah naimi ucapkan untuk beliau dan anaknya...Kem badminton negara yang dalam persiapan menghadapi Piala Thomas & Piala Uber juga berhadapan dengan risiko virus ini. Misbun Sidek juga dikhuatiri dijangkiti virus ini sebab anak dia juga telah dijangkiti oleh virus ini. Walaupun persiapan menghadapi Piala Thomas berjalan lancar, tetapi pemain-pemain negara masih bimbang takut-takut dijangkiti virus di saat-saat akhir kejohanan. Apa2 pun sama2lah kita doakan yang terbaik untuk skuad negara... Caiyok!!!!

Di sini naimi nak kongsikan senarai nama2 pemain(jaguh) negara kita yang akan beraksi di gelanggang pada minggu ini:

PIALA THOMAS:

Single: Lee Chong Wei, Wong Choon Hann, Hafiz Hashim, Tan Chun Seang
Double: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif, Ong Soon Hock-Hoon Thien How.


PIALA UBER:

Single: Wong Mew Choo. Lydia Cheah, Julia Wong, Tee Jing Yi.
Double: Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, Goh Liu Ying-Ng Hui Ling, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.


PEMAIN dan jurulatih berada dalam bas untuk menjalani latihan dan motivasi di kem bina semangat selama tiga hari di Port Dickson, 23.4.10 .


Datuk Lee Chong Wei bersama dengan jurulatihnya dan PM kita


Pemain yang sentiasa tenang dan bersahaja pada pandangan Naimi


Datuk Lee Chong Wei, Wira Negara & harapan Malaysia

Okeylah, sekian dahulu untuk entry kali ini.... Akhir kalam, Selamat Berjuang buat Semua Wira dan Wirawati Badminton Malaysia.. Semoga Piala Thomas dan Piala Uber milik kita...

P/S: Naimi dan hubby memang peminat setia badminton... dan badminton adalah sukan yang paling kami suka.


Sunday, May 02, 2010

fRuStRaTeD

frust lagi........ =(

Thursday, April 29, 2010

PERJALANAN MANUSIA SELEPAS SINGGAH DI DUNIA

Tanda-tanda Hampirnya Mati, Sama Ada Kita Sedar Ataupun Tidak


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula



p/s: Naimi dapat dari seorang kawan... sharing is caring

Alhamdulillah....

Syukur alhamdulillah.....

Akhirnya berakhir sudah final exam naimi untuk semester 2 tahun 2010.. Arini naimi baru je masuk keje setelah bercuti dari 23 smpai 28 April 2010...

Perasaan baru masuk bekerja selepas bercuti panjang ni...amat2lah terasa berat kaki ini nak melangkah ke opis. Namun kugagahi juga... Ape taknya, ini lah satu2 nya punca pendapatan naimi untuk hidup dan memboros kan... hihihi=) (tak boros pun.....)

Erm, alhamdulillah...kesyukuran juga naimi panjatkan kepadaNya sebab dengan pertolonganNya naimi dapat jawab exam kali ini dengan penuh keyakinan di hati... ihiks!!! Selain daripada itu terima kasih juga naimi nak ucapkan kepada suami tersayang yang selalu berada di sisi di saat2 naimi menghadapi exam tempoh hari.... Macam2 ragam ni(kite je tahu)....dah lah suke study last minute....hihi=)

Bulan 5 nanti, macam2 aktiviti yang naimi nak buat. Antaranya pada 12-27 Mei nanti, naimi kena g Induksi Umum kat ILKAP. Kak Na(kakak ipar) due nya 26 Mei 2010..InsyaAllah, baby boy... 27 Mei pulak tarikh keramat love story ni... hummmmmmmmmm (~menghitung hari~)

Okeylah....cukuplah dulu setakat ini. Bye2!!

Tuesday, April 20, 2010

Ahmad Yasir Asri bin Aziz

Bismillahirrahmanirrahim........



Alhamdulillah, 20.4.2010 genaplah usiamu 10 tahun.. Terima kasih diucapkan kepada emak, Puan Rusnah bt Salleh kerana telah melahirkan dirimu ke dunia ini... Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Aziz bin Itam iaitu ayah yang telah menikahi emak pada 18.3.1985... Kerana ayah dan emak lah adik lahir ke dunia ini...

Sekarang, Yasir dah pun berusia 10 tahun kalu ikut kalendar masihi.... Selamat Hari Lahir diucapkan kepadamu daripada kakakmu dan juga abang iparmu... Semoga Allah memberkati usiamu, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang taat kepada kedua ibubapa kita...




Monday, April 19, 2010

Final Examination



Alhamdulillah.....
Berkat kesabaran dan juga kekuatan yang naimi dapat dari suami tersayang, kedua ibubapa dan mertua serta sahabat2 tercinta, naimi berjaya juga akhirnya sampai ke penghujung semester 2.. baiarpun banyak kali juga naimi rasa down je nak teruskan pelajaran ni... memang betul kata mdm Sham dulu, payah nak kerja sambil belajar ni... tapi semua yang berlaku ni banyak hikmah2 yang manis tanpa naimi sedari...

Kemanisan rumah tangga, alam pekerjaan dan juga ketika belajar...

InsyaAllah, naimi akan menduduki peperiksaan akhir kali ini untuk subjek Hubungan Etnik pada 22 April 2010, Contract II pada 25 April 2010 dan MLS II pada 28 April 2010. Alhamdulillah, Bahasa Arab nye Exam dah buat dah...

Erm, 21hb ni naimi dah start cuti panjang utk menghadapi exam2 yang bakal tiba.... Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya untuk naimi.... All the best juga diucapkan utk sahabat2 lain yang seperjuangan dengan naimi.... hope dapat menulis semula selepas habis exam nanti...