Wednesday, September 22, 2010

Catatan Perjalanan Pulang Beraya 9/9/2010


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, akhirnya Naimi berkesempatan juga untuk menulis entry tentang perjalanan pulang ke kampong untuk beraya baru2 ini… Puas Naimi tercari2 masa yang sesuai dan lapang. Akhirnya…..
Di sini Naimi ingin coretkan sedikit catatan perjalanan kami… Naimi dan hubby bertolak pulang pada hari Khamis, iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ini adalah kerana Naimi hanya dapat 3 hari sahaja cuti raya, jadi Naimi decide untuk bercuti selepas raya iaitu 13-15 hb September 2010. Tak pelah, walaupun balik kampong di saat2 terakhir, Naimi dan hubby tak kisah, asalkan kami dapat beraya bersama kaum keluarga di kampung.
Pada hari Khamis tu, Naimi dan hubby masih bekerja. Tapi kami half day jer… Sekitar pukul 11.15 pagi kami dah bertolak dari opis Naimi untuk pulang ke Perlis. Alhamdulillah, jalan lengang dan sangat2 lapang.. Tiada sebarang kesesakan jalan raya yang mana sekali gus memudahkan dan mempercepatkan perjalanan kami… Kami akhirnya selamat tiba di negeri kelahiran kami tepat jam 5.00 petang.. Syukur sangat. Sebelum pulang ke rumah, kami masih sempat singgah untuk meninjau keadaan dan suasana di bazaar ramadhan dekat Stadium Utama, Kangar. Kami berdua juga sempat berbuka bersama family Naimi di Santan.

 Keluar dari tol Putrajaya

dah nak sampai (^^)
dah pun sampai.....

Wassalam

Monday, September 20, 2010

Masuk Keje Semula


Assalamualaikum…

Selamat pagi sume!!! Hari ini merupakan hari kedua Naimi bekerja selepas Hari Raya Aidilfitri… Semangat bekerja masih lagi Naimi cari2…. Heheh.. Maklumlah, mood raya kan lambat nak berakhir… Dah agak lama Naimi tak update blog ni… Tak sabar2 rasanya nak update blog lagi…. Wait for me k.

Wassalam.

Thursday, September 09, 2010

Aidilfitri 2010


mOOd raya ON (^^)
Twink! Twink!
arini last day berpuasa untuk tahun 2010
InsyaAllah… lebih kurang jam 11 pagi nanti, hubby akan jemput Naimi dari office, untuk pulang ke kampong halaman tercinta...
Doakan perjalanan kami berdua selamat dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Naimi dengan hubby ingin mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
 

Monday, September 06, 2010

Semua Tentang Kita (Part 1)

Assalamualaikum    
 
Gambar-gambar ni dirakamkan waktu Anis,Al dan Su datang ke rumah… Kebetulan Al dan Su datang dari Terengganu untuk berjumpa dengan Naimi dan Anis. Seronok sangat2 time ni… Meriah betul, masak same2… makan same2… Memang best moment to be remembered la. 
Pagi ni tetibe je terasa rindu sgt2 kat teman2 yang selalu berada bersama Naimi ketika suka, duka dulu... and till now, even kami dah membawa haluan masing2 dan ada kehidupan masing2, ukhuwwah kami still utuh dan kuat seperti dulu2... Ukhuwwah fillah, insyaAllah.
Juadah kami yang simple
Rindu sangat saat2 ini… bilalah kita dapat bkumpul lagi kan….
Wassalam

Pics Persiapan Raya 2010

Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini sudah hari Isnin iaitu 6 September 2010 yang bersamaan dengan 27 Ramadhan 1431H. Cepat benar masa berlalu…. Sia2 sahaja masa berlalu seandainya ia tidak diisi dengan perkara2 yang berfaedah dan membawa kebaikan, lebih2 lagi di bulan mulia lagi penuh berkat ini.
Jalan raya sekitar Putrajaya iaitu dari rumah Naimi di Presint 9 ke opis lengang sekali… Sekolah kat depan umah pun dah gelap…. Al-maklumlah, sekolah dah mula bercuti hari ini. Kat opis Naimi sendiri pun ramai dah bercuti, banyak jugaklah parking yang dah kosong. Jelous betul tgk orang yang dah ramai pulang ke kampong halaman… huhuhu=( Tapi tak pe, insyaAllah….tak lama lagi Naimi dan hubby pun akan berangkat pulang juga ke kampong halaman kami nun di utara tanah air, Perlis Indera Kayangan.
Okeylah… untuk menenangkan hati Naimi yang tak sabar2 untuk pulang ke kampong ni, Naimi nak share sikit pics semasa Naimi dan hubby shopping utk kelengkapan raya tahun ini. Semuanya ala kadar sahaja… mungkin lebih sikitla, sebab tahun ni dapat merasa raya di kampong, tak macam tahun lepas. Antara destinasi2 yang kami singgah untuk membeli barangan raya tahun ini ialah SACC Mall Shah Alam, PKNS Shah Alam, Nilai 3, Jusco Cheras Selatan dan Jusco Bukit Tinggi Klang.



Dah dapat baju raya (^_^)
Suasana di Kompleks PKNS Shah Alam, 2 minggu sebelum raya
Nilai 3

Singgah bazaar Ramadan kat Nilai… dulu, kat sinila tmpt Naimi cari juadah bbuka, masa balajar kat Usim
Baru lepas beli kasut untuk diri sendiri, hubby, mak dan ayah. Kami beli kat Jusco Bukit Tinggi. Kasut mama dan abah kami beli kat Jusco Cheras Selatan 
Aksi terlampau?? hahahah

Macamlah berat sangat kan?? Agak terlebih punya posing tu (^^)
The End, Wassalam

Sunday, September 05, 2010

Persiapan Raya 2010

Assalamualaikum

Alhamdulillah… sume persiapan raya sudah siap dibeli… Last Naimi dan hubby shopping ialah semalam, iaitu beli kasut raya Naimi, hubby, mak dan ayah….. Last week kitorang dah btungkus-lmus cari baju raya dan lain2…. So sekarang ni tinggal tunggu masa nak balik kampong jela…. Ei, tak sabarnya……
Nanti Naimi akan upload gambar2 sekitar persiapan raya 2010…

Wassalam

Wednesday, September 01, 2010

Perkongsian Ilmu - 22 Ramadhan

Assalamualaikum

Tepat jam 7:24 malam nanti, bilal akan meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City.

Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan. 

Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat.

Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari). 

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United.

Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan. Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh Jerome BosanBeribadah, JBB. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan. 

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu.

Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara. 

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka.

Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan. Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ?

Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat. Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.  

Wassalam