Wednesday, May 26, 2010

Dulu-dulu???

Assalamualaikum...........
Kali ni Naimi nak kongsikan beberapa gambar2 lama Naimi dan hubby, termasuklah di alam persekolahan kami.... Tak delah banyak sangat, insyaAllah...kalu ada lagi, soon to be add. hihi (^^)
 Enjoy!!!
masa kadet trafik zaman sekolah dulu...Form 3 kat Pantai Merdeka.

wif my best fren...Eja. kat Pantai Merdeka masa Kadet Trafik

 dengan hubby...(^^)
hihihi....cute tak zaman muda kami? ni kat KFC Kangar...bukan b2 tau...
ramai2 ngn kawan...ni gambar paksa nih... hiihi
 gambar ayu ni...tatau umur bapa tahun.... 
yang pastinya sekolah rendah...hihihihi
okeylah guys.... that's all 4 this time..... will be updated soon!!

Tuesday, May 25, 2010

InDukSi UmUm BiL 2/2010

Alhamdulillah.....

Tinggal lagi dua hari naimi akan habis berinduksi di tanah ILKAP, Bangi ni... Tadi petang, naimi dan sume peserta kursus kena present Public Speaking. huhu.... tajuk yang naimi present tadi adalah daripada tulisan artikel oleh Ustaz Zaharuddin, perunding syariah di RHB Bank.

Okeylah dulu setakat ni.... opps!! tinggal lagi dua hari...hihihihi (^^)

Saturday, May 22, 2010

22 May 2010.....Slideway Syndrom Rc Drift Putrajaya dijemput untuk Demo sempena hari Sukaneka di blok fasa 8 Presint 9. Hujan pada pagi hari membuatku resah dan terpikir pikir adakah Demo pada pagi ini akan dijalankan,ditangguhkan atau dibatalkan kerana persiapan untuk pertunjukkan telah dibuat,segala setting pada jenteraku telah diperiksa dan bersedia untuk Drift......

Jam 8pg, Hari agak renyai renyai....rakan2 seangkatan semakin ramai sampai....
Jam 830pg hujan pun sudah berhenti......"Start Your Engine" kata2 ku pada rakan2 aper lagi sesi panas badan.......
Bermula la persembahan kami untuk penduduk2 Fasa 8.....ramai org disekeliling......huhuhuh first time org ramai mcm tu negok.....aper2 pun must focus on the track.....Sambil2 persembahan tu kami berlatih menggunakan rutin untuk competition.......Taisho Battle....... satu dihadapan dan satu dibelakang drift...yang dibelakang harus drift serapat mungkin follow yang dihadapan.....huhuhuh mencabar...... but itulah seni.....

Dikala laju melentok drift............ fhm2 jelah mesti ramai kanak kanak raibina ni terlompat lompat,nak tangkap la....baling batu la.....kejar2 kereta la,tanpa pengawasan dari ibu bapanya.......nasib tidak baik hari ini kereta Purple Kesayangan ku di hempap oleh Gergasi.....insiden ini berlaku kerana itu gergasi masuk track secara tiba2 berlari.....dan tak sempat nak mengelak kakinya memijak kereta yang comel ini dan jatuh atasnya......cian my Purple.......Huhuhuh dalam hati mcm nak menagis.....control2......kereta masih buleh function......negok2 huhuhuhuh Cat kereta remuk abis.....receiver remote pecah,klip bengkok huhuhuhuh sedih2 tapi alhamdulillah kereta tak mengalami kerosakkan yang serius.....

Sudah agak reda rasa sedih kembali drift tak per.....
Ditelingaku tiba2 ada seperti terdengar namaku dipanggil oleh pengacara.....mungkin org lain kot....My Lovely wife memanggilku....Katanya namaku dipanggil....tau kenapa............Huhuhuh daku menang cabutan bertuah hari ini....Dalam seumur hidupku tak penah sekalipun dpt menang cabutan bertuah.......Gembiranya.....lalalalalalalala syukur2....okey.....takat ni jer.....daku tetap gembira hari ini walaupun sedih tadi.....=)

Wednesday, May 19, 2010

RiNdU PadAnYa

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, malam ni naimi bkesempatan nak update blog ni... Hari ni, genaplah 7 hari naimi bkursus Induksi Umum kat ILKAP ni.... huhu, rindu tetibe mengusik hati.... pada siapa ek?

Sunday, May 16, 2010

Umar Rifqi

f

Inilah anak sedaraku yang baru dilahirkan pada 16 May 2010.. Umar Rifqi.
Alhamdulillah....dah dapat title mak ngah dah Naimi...
Umar... tak sabar mak ngah dan pak ngah nak balik kampung jumpe Umar...

Saturday, May 15, 2010

Sambutan Hari Belia Negara 15/5/2010 Yang Sangat Mengecewakan





Hari ni frust gila.......event yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan meng anak tirikan kiter orang group Rc Drift,jemput kami datang untuk buat pertandingan Rc drift,tapi tempat yang dibagi untuk buat event tak ada kerjasama dgn pihak perbadanan putrajaya,perbadanan kata tak ada kebenaran lak......aper ni......time meeting lain....sekarang lain......mcmane pengurusan tu.......kelamkabut jer,tempat yang sepatutnya kiter org buat event jadi medan letak basikal konvoi n kenderaan2 yang tak sepatutnya.....tak buat sekatan jalan untuk kami bikin track......aper ni....hampir 30org peserta Rc Drift datang hampa......jadi mcm ni.....last drifter2 buat event sendiri kat subang jaya ss19,sbb dah setting berkumpul ramai2,aku sebagai salah seorang peserta sangat kecewa……aku tak ikot diorang drift kat subang jaya sbb sgt kecewa…..

Posted by : Faiz

Tuesday, May 11, 2010

Hari Itu Semakin Hampir...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... hari ni naimi ada kesempatan nak post entri terbaru sebelum naimi sibuk dengan Kursus Induksi Umum (12-27 Mei 2010) nanti..

Hari ni dah 11 Mei, lagi 2 minggu genaplah 8 tahun LOVE STORY.. 27 Mei 2002, masih segar dalam ingatan naimi sampai sekarang... Indah sangat saat2 itu bila naimi kenangkan kembali sekarang nih...

Macamana eh naimi nak mulakan cerita ni? (< **>)

Masa naimi sekolah menengah dulu, naimi dapat masuk aliran agama kat Sek Men Keb Syed Hassan, Kangar Perlis (SMKSH). As usual, beberapa hari ptama baru2 masuk sek tu adalah hari orentasi pelajar2 baru.... Alhamdulillah, sumenya berjalan dengan lancar..



Selepas berakhirnya hari orentasi tu, kami pelajar2 baru ni ditempatkan di kelas masing2.. Kelas aliran agama kat SMKSH ada dua iaitu Kelas Arif dan Bijaksana. Mungkin disebabkan keputusan UPSR naimi yang agak cemerlang, naimi ditempatkan di Kelas 1 Arif. Best sangat dapat jupe kawan2 baru plus gak ngn ada kwn2 dari sek rendah yang satu kelas ngn naimi iaitu Farah Najwa dan Dik Ana. Kami mmg bestfrens la....hihi=)

Masa naimi masuk sekolah menengah tu dulu, naimi tak pernah pun kenal siapa tu Ahmad Faiz bin Muslim. Mungkin sebab dia kelas B kot... hihi, macamana lah tak penah langsung terserempak asanya... Seingat2 naimi la, plg koman pun naimi kenal bbrapa orang je budak kls B. Maklumlah...naimi ni kan pemalu orangnya.hihik..(perasan puloook) tapi sebab utamanya kalu nak tahu, naimi ni sebenarnya anti lelaki sebabnya naimi penah merasa kehilangan seorang lelaki yang amat naimi sayangi dan cintai(jangan salah sangka dahlerrr) it was my late grandpa. jadi bagi naimi, no need to know a man... ntahla, payah nak gambarkan apa pandangan naimi kat lelaki2 masa tu....memang tak suke lah....

Masa tingkatan 2, alhamdulillah result naimi baik dan dengan itu sekali lagi naimi ditempatkan di kelas Arif. Haa... kali ni, banyak rombakan berlaku..ramai gak budak kelas B masuk kelas A. Termasuklah seorang lelaki kacak bernama Ahmad Faiz bin Muslim... masa tu erm......... apa yang berlaku ek????

(to be continued...............)

Monday, May 10, 2010

Tanggal 9 MEI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Arini dah pun sampai 9 Mei 2010. Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat semua ibu2, mama2, emak2, umi2, amma2, moms dlln lagi panggilan utk wanita yang pernah melahirkan seorang anak.... 

Di kesempatan ini, Naimi nak melahirkan rasa kesyukuran yang tak terhingga ke hadratNya kerana telah menganugerahkan seorang emak kepada Naimi dan adik2 Naimi..... Sesungguhnya kasih sayang yang emak berikan kpd Naimi dan adik2 tiada tolak bandingnya...tiada sempadan... betul kata pepatah yang kasih ibu itu membawa sehingga ke syurga.

Emak, tanggal 10 Feb 1986, lebih kurang jam 5.10 pagi, kau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg merupakan anak pertamamu dengan suamimu... Bayi itu telah kau namakan Nurul Na'imi.. Syukur...terima kasih yang tak terhingga ingin ku ucapkan kepadamu emak kerana telah melahirkan ku ke dunia ini...mengenalkan ku erti kehidupan di dunia ini..dan kini, ku telah pun meningkat dewasa dan telah pun bergelar seorang isteri kepada seorang suami pilihanku yang amat kucintai...
 
Emak....cik teringat sangat dengan sume susah payah mak ketika nak mbesarkan cik dan adik2...namun segalanya emak tempuh dengan penuh kesabaran bersama2 dgn ayahanda tercinta. Terima kasih juga cik ucapkan atas susu yang emak berikan kepada cik...halalkan lah susu emak itu...sesungguhnya tak terdaya cik nak balas sume yang emak dah lakukan untuk cik...
Emak...banyak sebenarnya kenangan2 yang tercipta antara kita dan cik takkan lupa, insyaAllah sampai bila2...mak. Cik paling ingat masa dulu Form 3 atau Form 4 macamtu, cik duk asrama. Tapi cik kena tusyen ptg tu...ari Sabtu kalu tak silap...Tusyen kat Alor Tampang...hujan lebat sgt2, ayah tak da kalu tak silap ayah g lawat sedara kat Perak...jadi mak yg kena amik cik dan hantarkan ke tusyen aritu.... Masa tu mak tak da lesen keta lagi...mak lbh suka bawa motor, senang... Ingat lagi, dlm hujan yang lebat2 tu, mak tetap dtg amik cik dengan moto, basah kuyup wlpn mak pakai baju hujan masa tu.... Cik ingat lagi, helmet yang mak pakai tak da visor, seb mak bagi cik pakai helmet yang da visor.. Kesian sangat kat mak masa tu...dengan susah payah dan bhati2 mak bawa juga moto...nak hantar cik pi tusyen juga...itulah yang dinamakan pengorbanan insan yang bernama emak...

Naimi tak tau nak gambarkan apa perasaan naimi ketika menulis entri ni.. Sedih, terharu dengan pengorbanan yang telah mak berikan utk Naimi..supaya Naimi tak kurang apa2 dlm pelajaran...dan hasilnya kini, alhamdulillah, wlpn blm mcapai target Naimi secara peribadi, kejayaan Naimi sekarang sudah blh utk mak banggakan...

Mak...terima kasih,atas segala2nya yang telah emak berikan pada cik... Cik takkan sesekali lupa akan jasa2 emak sepanjang hidup ini..Sesungguhnya cik amat sayangkan mak..Tiada yang kedua mahupun yang ketiga... Mak, setelah cik berkahwin dan bersuami, kasih sayang cik pada mak dan ayah semakin menebal...Alhamdulillah...Syukur sangat sebab cik dapat seorang suami yang amat menyayangi mak dan ayah sepertimana cik juga... Thanks, sayang... Kehadiran abang lebih membuatkan ayang cinta dan kasih kepada emak dan ayah....I LOVE U, EMAK...

Mama....adalah seorang ibu kepada suami Naimi... Thanks mama sebab melahirkan seseorang yang amat Naimi cintai DUNIA dan AKHIRAT...Dia adalah suami Naimi. Thanks mama sebab sudi menerima Naimi sebagai salah seorang anak mama... Thanks sebab berikan Naimi seorang insan yang bernama suami... Naimi juga sayangkan mama sepertimana Naimi sayangkan emak naimi...InsyaAllah,Naimi pohon doa daripada Nya agar membantu Naimi dalam memberikan sepenuh kasih sayang kpd mama seperti mana kasih syg Naimi kpd emak Naimi sendiri.. Walaupun mama tidak melahirkan Naimi, dan kita baru sahaja menjadi satu keluarga, Naimi sayangkan mama seperti Naimi sygkan emak... I LOVE U, MAMA... 

Di saat ini, ingin Naimi coretkan juga isi hati Naimi... Alangkah indahnya seandainya saat2 bgelar seorang ibu dpt menjadi milik Naimi suatu hari nanti.. Hati ini sudah merindukan seorang cahayamata yang merupakan benih kasih sayang dan cinta bersama suamiku... Bilakah masa itu menjadi nyata? 

"Ya ALLAH...YA TUHANKU... Kau kabulkanlah doaku... Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah yang bakal menemani hari2ku bsama2 suami tcinta...Ingin sekali ku bergelar seorang ibu...ingin sekali ku memberikan kasih syg sbagai seorang ibu.. Ya ALLAH...Kau perkenankanlah doa hambaMU ini... Sesungguhnya aku hanyalah seorang hambaMU yang lemah lagi tidak berdaya apa2.... AMIN.... "

Sekian dahulu utk entri kali ini.... Akhir kalam, Selamat Hari Ibu utk Emak dan Mama...

I LOVE BOTH OF U, MOMS!!!

P/S: to my bestfren, anis...Selamat Hari Ummi....

Friday, May 07, 2010

Piala Thomas dan Piala Uber 2010




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, naimi baru sahaja keluar dari bilik meeting....rutin setiap pagi Jumaat yang mulia di opis naimi, sesi membaca Al-Quran... Hari ini kami baca surah Ar-Rad ayat 1-4 sahaja....

Pagi ni naimi rasa mengantuk sangat...nak kata tido lewat sangat tak pun....mungkin sebab penat semalam balik lewat kut. Semalam naimi outing ngn hubby n 2 org kwn sek kami iaitu Wan & Syukor. Open table...and the mastermind of courselah Wan. And yang open table semalam ialah Syukor... Kami makan kat sebuah restoran Thai tomyam di ampang Waterfront. Alhamdulillah...sedap makanan di situ, memang berbaloila harganya...thanks ya Syukor seb belanja kami semua semalam.

Actually naimi nak bercerita tentang topik hangat Malaysia Hari ini iaitu mengenai Piala Thomas dan Piala Uber yang sedang hangat diperkatakan dan diperbincangkan sekarang ini. Pada 9-16 Mei 2010, akan berlangsungnya pertandingan badminton Piala Thomas dan Piala Uber di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Nampaknya antara impian rakyat Malaysia ialah ingin mengalami semula detik2 bersejarah tahun 1992, di mana Rashid Sidek menggenggam Piala Thomas sekaligus  Malaysia merupakan menjadi juara pada tahun itu. Akankah sejarah berulang pada tahun 2010? Sama2 lah kita nantikan...naimi pun tak sabar2 nak tengok perlawanan tu nanti...Naimi takdelah beli tiket pun, tengok kat umah lagi puas hati...sharp,dekat.... hihihi=)


Sekitar Kejohanan Piala Thomas 1992 di mana Malaysia merupakan Johan

Oh ya, bercakap pasal kejohanan yang bakal berlangsung ni, naimi teringat pada Juara Piala Thomas tahun 1992 iaitu Rashid Sidek... Takziah naimi ucapkan untuk beliau dan anaknya...Kem badminton negara yang dalam persiapan menghadapi Piala Thomas & Piala Uber juga berhadapan dengan risiko virus ini. Misbun Sidek juga dikhuatiri dijangkiti virus ini sebab anak dia juga telah dijangkiti oleh virus ini. Walaupun persiapan menghadapi Piala Thomas berjalan lancar, tetapi pemain-pemain negara masih bimbang takut-takut dijangkiti virus di saat-saat akhir kejohanan. Apa2 pun sama2lah kita doakan yang terbaik untuk skuad negara... Caiyok!!!!

Di sini naimi nak kongsikan senarai nama2 pemain(jaguh) negara kita yang akan beraksi di gelanggang pada minggu ini:

PIALA THOMAS:

Single: Lee Chong Wei, Wong Choon Hann, Hafiz Hashim, Tan Chun Seang
Double: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif, Ong Soon Hock-Hoon Thien How.


PIALA UBER:

Single: Wong Mew Choo. Lydia Cheah, Julia Wong, Tee Jing Yi.
Double: Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, Goh Liu Ying-Ng Hui Ling, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.


PEMAIN dan jurulatih berada dalam bas untuk menjalani latihan dan motivasi di kem bina semangat selama tiga hari di Port Dickson, 23.4.10 .


Datuk Lee Chong Wei bersama dengan jurulatihnya dan PM kita


Pemain yang sentiasa tenang dan bersahaja pada pandangan Naimi


Datuk Lee Chong Wei, Wira Negara & harapan Malaysia

Okeylah, sekian dahulu untuk entry kali ini.... Akhir kalam, Selamat Berjuang buat Semua Wira dan Wirawati Badminton Malaysia.. Semoga Piala Thomas dan Piala Uber milik kita...

P/S: Naimi dan hubby memang peminat setia badminton... dan badminton adalah sukan yang paling kami suka.


Sunday, May 02, 2010

fRuStRaTeD

frust lagi........ =(