Saturday, February 27, 2010

Kembalinya ke Rahmatullah

Alhamdulillah...
Akhirnya pagi ini naimi mempunyai kesempatan untuk menulis semula dalam blog ini. Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni... 
Hari ini genaplah sudah 15 hari, arwah nenek yang amat dicintai kembali ke Rahmatullah...Sofiah binti Mat Saman..Beliau merupakan seorang nenek yg amat memahami diri naimi..Kehilangannya masih terasa sehingga kini dan memang takkan dapat naimi lupakan saat2 bersamanya selamanya...Segala-galanya akan tetap mekar diingatan...
Naimi memanggil nenek dengan panggilan tok... Naimi rapat sangat dengan tok ni seb dari kecik lagi memang tok yang jaga naimi coz mak ayah keje...Umah tok pun dekat depan umah naimi je...kalu dulu2 balik sekolah je, terus g makan nasi umah tok n lepak kat sana sampai la mak balik keje...macam tulah rutin harian naimi...
Sebenarnya bukan mak yang suh tok tgkkan naimi, tapi tok tak kasi makhantar kat mana2 pengasuh. Dia nak jaga cucunya sendiri...dari naimi sampailah adik yang paling kecik, Najihah...sume duk ngn tok...
Bagi naimi, tok adalah teman y sangat memahami...bayangkan lah rahsia2 naimi banyak tok tau berbanding ngn mak... Ntahla, tak segan nak kongsi ape2 saja ngn tok. Tok pun macam tu jugak, byk rahsia dia naimi simpan...
Namun begitu....setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Yang Maha Pencipta. Tok yang tercinta telah pun kembali kpdNya pada jam 930 malam, 13 February 2010 di rumahnya. Mujur pada ketika itu, aku masih setia disisinya.. Alhamdulillah...sempat kami sekeluarga yang ketika itu ada bersamanya di saat-saat nafas terakhirnya tidak dapat mengecam samada dia tidur atau pun telah pergi...Raut wajahnya seperti tido je...
Erm...pada mulanya tok sesak nafas....naimi membisikkan La Ila ha Illahlah....manakala adikku wani membacakan surah Yasin....setelah selesai membaca Surah tersebut, tok kembali tenang...bernafas seperti biasa. namun tanganku masih setia menggenggam tangan tok, dari awal lagi... Pas tu tok cakap nak tido...Tok angkat kedua2 belah tangan macam nak mengeliat...kami yang ada hanya melihat perlakuannya itu...tanpa sebarang sangkaan...Lepas tu tok letak kembali tangannya di atas perut..naimi genggam kembali tgnnya...tapi pelik, tok lepaskan tgnnya perlahan-lahan dan dia mcm menqiamkan kedua belah tangannya...kami sume hairan...tapi hya membiarkannya....tok dengan perlahan2 menutup matanya seperti ingin tido....Lepas tu naimi pelik, tok terus kaku....rupa2nya dia sudah dijemputNya....
Sebak sungguh hati ini...namun naimi sekeluarga bersyukur kerana kematiannya berlaku seperti senang sekali. alhamdulillah...Allah menyayanginya dan mempermudahkan segalanya...
Masa tok pergi meninggalkan kami, najihah n adikku Yasir dlm pjalanan pulang dari tempat mengaji..alangkah terkejutnya diorg bila dpt tahu tok dah tiada...Sesampainya di umah tok, mereka menangis semahu-mahunya...Sedih betul rasa hati....dahla masa tu naimi sendiri tak dpt nak tampung kesedihan yang melampau, nak pujuk adik2 lagi....mak n ayah pun hya membiarkan shja seb mereka tahu apa yang kami rasa...Tambah2 lagi Yasir n Najihah y slalu bersama ngn tok sejak kecik lagi...naimi paham sgt perasaan sedih diorang seb benda y sama pernah berlaku kat naimi masa naimi kecik dulu, sewaktu kembalinya Arwah Chiat(Datuk) ke Rahmatullah....naimi lah yang paling kuat meraung, yelah naimi adalah cucu yg paling rapat ngn dia...
Pengebumian akan dijalankan pada esoknya, 14 Februari...malam tu mak,ayah,yasir and najihah tido kat umah tok aje...naimi dan hubby kepenatan sgt, walaupun hasrat hati takmo tinggalkan arwah n nak tido sebelah arwah buat kali terakhir, naimi terpaksa pulang tido di umah mak.... Malam tu, adikku Yasir yg merupakan org yg paling terasa kehilngan tok...tido sebelah arwah..Sebak betul rasa di hati...=( begitulah kasih sayang tok di balas...wlpn masih kecik, dia mengerti erti kehilangan seseorang y dia sayangi...

Semoga rohnya dicucuri rahmatNya... dan ditempatkan di kalangan umatNya yang soleh-solehah..

Bersambung.....

Wednesday, February 10, 2010

Tarikh Lahir dalam Kalendar Islam

10 Februari 1986 = 30 JamadilAwal 1406 H (Isnin)

Muharram:

Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar:
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.


RabiulAwal:
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.


RabiulAkhir:
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal:

Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .


JamadilAkhir:
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab:
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .


Syaaban:
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .


Ramadhan:

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal:
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah:
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijah:
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalum berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.





p/s:info dari http://wiizau.wordpress.com

fibroid

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.


Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.


Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:

  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.


Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:

Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
Berapa cepat fibroid tersebut membesar
Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung


Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.


Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.


Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.


Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.


Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?


Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.



p/s: Ya Allah..Ya Tuhanku..Kau jauhkanlah aku dan keturunanku daripada musibah ini...

Saturday, February 06, 2010

Umar Al-Fateh

Umar Al-Fateh adalah anak kepada sahabat baik Naimi, Mahfuzah Hanisah (sejak dari Kusza lagi)..Alhamdulillah, sudah hampir 5 tahun kami bersahabat. Semoga persahabatn kami kekal sehingga bila2. Hari ini, anis ada kelas pagi...kebetulan Umar punye pengasuh bercuti hari ini dan suami anis masih belum pulang dari kerja. Jadi semalam anis telah minta tolong naimi tengokkan Umar sekejap sementara anis pergi kelas. Lebih kurang 830 pagi anis sampai umah naimi tadi...

Seronok betul naimi n faiz bila ada umar kat umah...macam jagakan anak sendiri sahaja rasanya...macam2 perangai umar hari ini, tapi umar tak meragam pun. Alhamdulillah, soleh betul anak anis tu...amin... 

Pada mulanya bila umar terpandangkan muka hubby, dia mula sebetkan mula dan terus menangis kuat. Agaknya terkejut kot tengok muka hubby..hehehe. Tapi alhamdulillah lepas naimi angkat umar, dia terus diam.. Umar asyik nak suruh hubby angkat dia je lepas tu. walaupun dia tengah menyusu, bila tengok muka hubby dia nak suh dukung je, tak mau susu dah... bila letak je merengek2.. Lagi satu, Umar nak berdiri je bila hubby pegang, mengeraskan kakinya yang cumel...tak mau duduk...hahahaha... hubby pun bawa lah umar jalan2 sekitar dalam umah kita. Tapi sian gak kat Umar sebab tak da mainan kat umah kita nak kasi dia main..hehehe...

Lepas menyusu Umar tido lagi lebih kurang pukul 10 pagi...agak lama jugak la kot. dalam 15 minit gitu Umar sudah bangun lagi..merengek2, jadi uncle nya sudah bersiap sedia nak mengangkat Umar. sengaja naimi biarkan Umar and uncle nya bersendirian, nak tgk cane hubby handle Umar..hebat jugak..Umar sudah tenang emosinya dan mau senyum2...sampai bunyi.cumel sangat.

Lebih kurang 1130, Imi iaitu suami anis datang amik Umar.....

p/s: thanks anis seb sudi memberikan kepercayaan kepada naimi n faiz untuk tengokkan Umar...it was a wonderful experience!!! tak sabar rasanya nak mempunyai cahaya mata sendiri juga...nanti naimi upload gambar2 Umar sepanjang berada dlm jagaan naimi eh.

Friday, February 05, 2010

==TERHARU==

Pagi 2 Feb 2010 yang lepas, naimi tengah bersiap2 nak g kursus penulisan kertas projek di Ilkap, Bangi. Naimi terlupa nak amik sweater dalam kereta sebab pagi tu naimi g ngn balkish, tak naik keta sendiri sebab hubby kerja pagi tu... Naimi cakapla: "ala,bang.....sweater naimi tertinggal dlm keta..isau lak kalu sejuk nanti..".abang cakap: "hemmm,abg dah lewat ni..tak sempat dah...". Naimi ok, tak kisah pun sebenarnya...

Masa tu naimi tengah mandi, dengar phone bunyi mesej...mungkin sape2 hantar msg kut. lepas mandi je naimi tgk, abg y msg...abg cakap : "syg, abg letak sweater syg atas meja makan." huhu... rasa nak menangis ja naimi ketika itu.... tak tergambar perasaannya...walaupun abg dah lambat untuk g kerja, abg sanggup naik umah semula utk hantarkan sweater naimi..naimi terus kol abg..bila naimi kol abg untuk nyatakan apa yg naimi rasa, abg pun cakap..."abg tak nak syg kesejukan nanti...." terharunya abg...bila naimi tya byk2, abg cakap abg seb abg sygkan naimi sgt... naimi pun sygkan abg......