Thursday, December 31, 2009

*** LOVE ***


in marriage relations,
"Maybe you're right"
 is as powerful as the famous
"I love you"



"a successful marriage requires falling in love for many times,
and surely be with the same person..."



abang... sesungguhnya naimi Cintakan abang kerana Allah Taala.

Honeymoon

so in love with you





Coretan Pertama

so in love with you

Semakin hari semakin sayang.... Begitulah perasaan yang aku lalui sepanjang meniti perjalanan bergelar seorang isteri kepada jejaka pilihan hatiku...Ahmad Faiz bin Muslim. Semakin hari semakin bertambah dan bercambah kasih sayang yang terjalin antara kita berdua, suamiku.

Ini merupakan kali kedua rasanya naimi buka blog kita dan menulis dalam blog kita. Blog ini sengaja naimi buat untuk kita sama-sama berkongsi cerita cinta kita sepanjang kita kenal, pahit maung yang kita sama-sama harungi sehinggalah kita selamat diijabkabulkan. Sungguh cepat putaran masa, dah lebih 9 bulan kita sama-sama melayari alam perkahwinan kita. Sayang, sungguh naimi terharu dan bersyukur kerana percintaan yang kita jalinkan selama ini membuahkan hasil yang amat naimi harapkan.

Abang...sepanjang bergelar isterimu, hari-hari yang dilalui terasa cepat saja berlalu. Berada di samping abang membuatkan naimi terlalu asyik sampai kadang-kadang tak terasa masa menginjak terlalu pantas. Biarpun begitu, naimi berasa bersyukur kerana Allah s.w.t telah memberikan kesempatan ini kepada naimi untuk melalui setiap saat bersama suami tercinta. Selalu naimi panjatkan doa kepada Allah s.w.t agar jodoh kita dipanjangkan dan kita sama-sama mengharungi hari-hari tua kita bersama sampai ke alam yang kekal abadi iaitu Jannah..

Abang...naimi tau masa kita kadang-kadang adalah terhad untuk kita selalu bersama. Abang bertugas di Port Klang. Naimi di Putrajaya. Jadual kerja abg yang tak sama dengan naimi menyebabkan kadang-kadang kita jarang dapat duduk bersama. Dahlah naimi sibuk dengan kerja, sibuk pula dengan kuliah...kadang-kadang untuk duduk berbual seketika pun agak susah dalam sehari.Namun, naimi bersyukur sangat kerana tanggal 26 Oktober 2009, abg ditukarkan ke JKDM Putrajaya. Bersyukur sungguh di hati ini, abg. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang...Dia memakmulkan juga doa2 kita. Masa dapat berita tu...dah mcm2 kita plan bersama. Sudah terbayang-bayang di mata naimi bagaimana kita dapat selalu bersama, pergi dan pulang bekerja berdua, makan bersama, kuar jalan-jalan dan luangkan masa bersama setiap hujung minggu dan lain-lain.


Namun..alangkah kecewanya hati kita...setelah abg melapor diri, ada berita sedey yang dikhabarkan. Abang tetap ditugaskan di Bahagian yang memerlukan abg bekerja shif seperti sebelum ini. Semua yang kita sama2 impikan habis hancur berkecai sekelip mata. Menitis airmata naimi mengenangkan yang naimi akan tetap terbatas masa untuk bersama abang.. Namun, mujurlah abang diberikan kesempatan untuk memulakan tugas shif bermula awal bulan 12, 2009. Sempatlah kita pulang beraya di kampung Aidilahda yang lepas...dua bualan berlalu dengan pantas sekali...bulan 12 pun mula berlabuh.

Abang...arini dah genap sebulan abang mula bekerja shif di JKDM. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya hati ini terlalu sedey dan agak banyak bersungut akan nasib yang menimpa kita, naimi sekarang dh mula belajar erti rasa berterima kasih dan terima dengan redha. Naimi tau Dia takkan menguji kita kalau kita tak berdaya nak menempuhinya. Abang, walaupun abang kerja shif sekarang, masa abang bersama naimi tak seperti waktu dulu masa abg bekerja shif di Port Klang. Mujur opis abg dekat...kalau apa-apa, abg bolehlah menjenguk naimi di rumah. Senang sikit....dan abg pun tak banyak kerja sangat kat opis baru ni...mungkin ini hikmah Nya...sekarang naimi sudah mula belajar untuk tido sorang-sorang kat umah kalu abg kena kerja waktu malam, walaupun masih ditemani adik, Yasir. InsyaAllah, esok Yasir akan pulang ke kampung semula sebab sekolah dah nak buka.Tinggal lah naimi sorang-sorang lepas ni.....

Tuesday, November 17, 2009

detik itu

27 May 2002, segala-galanya bermula pada detik itu...