Monday, December 06, 2010

Majlis Perkahwinan Hafiz & Dyla 05/12/2010


Alhamdulillah… selesai sudah majlis perkahwinan salah seorang drifter.
Majlis ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Teluk Panglima Garang, Klang Selangor pada 5 Disember yang lepas.
InsyaAllah majlis sebelah lelaki akan diadakan di Terengganu minggu hadapan.
Pelamin yang simple.. But NICE
  pengantin yg sempoi dan sporting
barakallah....lakuma
karaoke??? boleh gitu... lagu "Memori daun Pisang"
seronok ek bila dh jadi suami isteri (^^)
special pose dr Naimi & Hubby
hubby & my lil Bro
nak jugak posing sorang2.....

UnWell


Peningnya kepala…
Dah banyak simptom2 nak demam ni…
Batuk, selesema, sakit kepala…
Dahla kat opis ni =(
Tak enak betul badan ni…
Janganla demam…

Friday, December 03, 2010

a NOTE of LOVE from SU to NAIMI - 2nd sequel


Assalamualaikum, naimi…maaf sekiranya coretan ini tidak mampu menjawab segala permasalahan naimi…selepas sue baca emel yang naimi hantar kat sue, masyaAllah, kuatnya ujian buat naimi, saidi dan fauzi…Namun, di sini sue bukan bertujuan menghentam si pembuat onar itu…Apa yang sue boleh coretkan buat naimi yang mendapat ujian sebegini, sebenarnya kita kena lihat dari sudut atau angle yang lain…sue lihat permasalahan ini sebenarnya tanda kasih Allah pada naimi…mungkin sue tak kahwin lagi, tak rasa apa yang naimi rasa…[belum dapat melahirkan zuriat dalam masa terdekat selepas mendirikan rumah tangga rupanya menjadi persoalan “besar” pada mata sesetengah orang]..Cuma, nasihat sue pada naimi, kuatkan semangat..paling  penting naimi dan faiz jangan sesekali berprasangka pada Allah…Maksudnya, jangan sesekali berfikiran negative kerana Allah belum mengabulkan doa kalian…Apa yang penting kita kena ingat rezeki itu adalah dari Allah..teruskan berdoa dan terus berdoa…Jangan putus asa di pertengahan jalan…jangan sesekali menyalahkan Allah…Dia lebih tahu mengenai hambaNya…

Bagi sue, cuba naimi tengok di sekeliling naimi sendiri…Segala nikmat yang Allah beri pada naimi tidak ternilai kan…Nikmat mendapat bapa dan ibu mentua yang baik, mendapat kakak ipar yang bagus, adik ipar yang rapat, mendapat ibu bapa yang memahami, adik2 yang tidak pernah mempersoalkan itu ini..adik2 yang sayangkan ‘Kak Orn’ dia…bagi sue itu semua NIKMAT yang Allah berikan pada naimi…ada sesetengah mereka yang tidak merasai nikmat sebegini…Naimi masih muda, baru sahaja menyambut Anniversary…belum diberikan rezeki anak dalam masa setahun memasuki alam rumah tangga, itu Normal…Masih ramai di luar sana yang kahwin berpuluh-puluh tahun (Allah uji mereka) dengan ketiadaan zuriat..namun itu semua bukan menjadi masalah buat mereka, malah hubungan mereka dengan Allah menjadi semakin rapat kerana mereka sentiasa berdoa dan mengadu masalah mereka pada Allah..mereka tidak berputus asa…Lalu, Allah kurniakan mereka zuriat (sedikit lambat)…Cuba lihat kisah nabi Allah Zakaria yang telah lama berkahwin namun tidak dikurniakan zuriat…Nabi Zakaria berdoa, terus berdoa sehinggalah lahirnya anak dan anak itu sungguh istimewa dan dikenali sebagai nabi Yahya…bayangkan sudah tua dah ketika itu, menjadi datuk la lebih kurang baru Allah kabulkan doa…Namun, nabi Zakaria tidak pernah berburuk sangka pada Allah dan sentiasa berdoa tidak putus-putus…Ambillah iktibar dari cerita nabi Zakaria yang tidak berputus asa…sentiasa berdoa dan terus berdoa…

Allah inginkan hamba-hambanya bermanja-manja  dan sentiasa mengingatiNya, kerana itulah ujian di berikan kepada hamba yang dipilih olehNya sesuai dengan kemampuan mereka…Naimi perlu bersyukur Allah sayangkan naimi…mengadulah masalah naimi pada Allah…Kita kena tengok juga bagaimana adab berdoa dan waktu mustajab doa kita..Adab –adab doa kena di patuhi seperti mengadap kiblat, memohon dengan penuh perasaan (merintih dan menangis bermunajat pada Allah)…Ketahuilah Allah itu dekat malah dalam satu hadith memberitahu “Allah itu lebih dekat dari urat leher kita)…Dekatnya Allah pada kita tapi kita tidak merasainya…Ingatlah dengan mengingati Allah, hati pasti menjadi tenang…Ingatlah bahawa dalam satu hadith mengatakan bahawa sebelum dimasukkan ke dalam Syurga Allah, setiap manusia akan di uji…Begitu juga naimi, diuji dari segi masalah ini, sue lain pula masalahnya…hidup ini penuh dengan masalah, namun, ia bergantung pada kita untuk menyelesaikannya atau kita menjadikan masalah itu makin worse..kita kena kuatkan hubungan dengan Allah kerana Allah lah yang menciptakan kita…Allah tahu segala masalah kita…Seperti Pakar Komputer, dia yang mencipta computer, hanya dia yang tahu masalah computer tadi…Begitu jua dengan manusia…segala permasalahan kita mestilah di rujuk pada Allah…

Mengenai doa, doa tidak semestinya dikabulkan on the spot…ada juga yang di tangguhkan dan lambat sikit dikabulkan doanya…namun, apa yang paling penting, naimi hendaklah SENTIASA bersangka baik pada Allah…moga dijauhkan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa mencari ruang supaya kita jauh dari Allah…Merasa Allah sudah meninggalkan kita…Sebenarnya Allah sentiasa bersama-sama kita selagi kita sentiasa taat kepada Nya…Bagi sue sendiri, masalah anak memang permasalahan yang sensitive bila pasangan baru mendirikan rumah tangga..tapi naimi kena think positif…selagi mana ibu mentua, bapa mentua baik dan tidak mempersoalkannya, tiada masalah di pihak naimi..sebenarnya apa yang di cakapkan oleh senior naimi itu sebenarnya cakap yang tak berlapik dan menyebabkan ramai tersinggung…orang sebegitu kebiasaanya jauh dari mengingati Allah…dia bercakap seolah-olah manusia lah yang menentukan kelahiran seorang bayi…sedangkan manusia hanya berusaha…segala ketentuan itu hak MUTLAK Allah….Allah mahu naimi dan faiz benar-benar bersedia dengan tanggungjawab sebagai ibubapa..insyaAllah, bila sampai waktunya Allah akan bagi…malah mungkin berlipat kali ganda dari yang naimi jangka…

Sue sarankan naimi baca buku bertajuk “La Tahzan” tulisan Abdullah Aid Al-Qarni..tidak rugi membeli dan membaca buku itu…ketika mak dan ayah sue pernah di uji suatu ketika dahulu, mereka juga membaca buku ini..buku ini memotivasikan kita…supaya tidak bersedih dengan musibah yang berlaku kerana sebenarnya tanpa kita sedari kita sebenarnya lebih bernasib baik dari orang lain kan…kita di kelilingi oleh ramai yang sayangkan kita…sedangkan ramai lagi yang tidak mendapat kebahagian seperti kita…ingatlah salah satu doa naimi untuk bersatu dengan faiz dalam sebuah perkahwinan juga merupakan nikmat dan hajat yang Allah berikan pada naimi…ramai yang sue jumpa couple selama bertahun-tahun…namun akhirnya mereka tidak bersatu..namun, dalam konteks naimi, Allah telah kabulkan doa naimi…ingatlah, insyaAllah Allah akan kabulkan doa naimi, Cuma cepat atau lambat sahaja…jangan lupa sentiasa lah mengingati Allah…tidak perlu fikirkan pandangan orang lain….kerana di mata sesetengah orang, mereka masih dengan pemikiran KOLOT mereka kerana manusia ini sejak zaman nabi Adam lagi mempunyai penyakit keturunan yang tidak sembuh-sembuh melainkan dengan mengingati Allah…Ketahuilah penyakit itu adalah penyakit HATI…merasa tidak puas hati, sakit hati sehingga menyebarkan fitnah dan bercakap sesuka hati….namun, bagi kita yang mempunyai basic agama…ingatlah mereka sebenarnya lebih kasihan dari kita…mereka sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan orang lain…ia menjadikan hati mereka semakin busuk dan tidak tenang…bagi kita yang sentiasa mencari kekuatan dengan memperbaiki hubungan dengan Allah, tunjuklah peribadi yang baik, walau dikutuk seribu kali…jadikan Rasulullah role model kita walaupun kita sebenarnya tidak mampu menjadi seperti baginda…Sue yakin naimi boleh..buangkan yang keruh dan letak dalam kotak..tutup dan jangan buka dah…buka lembaran baru dengan semangat baru…naimi, sue yakin naimi boleh…ini baru ujian yang kecil sebenarnya berbanding kehilangan orang yang kita sayang….ujian tanda kasih Allah pada hambanya….ingat, naimi tumpukan perhatian pada apa yang bakal datang, final exam yang bakal datang, kerja, tugas sebagai anak, isteri , pelajar dan pekerja masih menunggu naimi…jangan sedih dan buangkan perasaan geram dalam diri naimi…sebenarnya syaitan mahu menyuntik perasaan tidak senang dan marah dalam hati naimi…moga naimi sentiasa kuat semangat…
P/s:Maaf sekiranya ini bukan yang naimi nak dari sue…sue hanya sekadar memberikan semangat (sue sendiri belum merasainya) menjadikan agak sukar untuk memberi respon permasalahan naimi…namun, sekurang-kurangnya naimi merasa sedikit tenang dan beban itu bukan ditanggung oleh naimi seorang…meluahkan rasa itu sebenarnya akan mereleasekan kita dari masalah…kerana separuh masalah kita dikongsi kan kepada orang lain…insyaAllah, tangan sue sentiasa terbuka…jika ada masalah bagitau,na…Gud luck for ur final…doakan sue dan yang lain juga..


Terima kasih atas nota cinta yang telah Su kirimkan buat Naimi di sini…
Sekarang Naimi sudah mula bangkit semula… 
Terima kasih juga buat Anis yang tak jemu2 bagi Naimi semangat di saat Naimi berduka.. Anis sangat memahami Naimi. Tens sahabat2ku… 
Buat hubby tercinta, tens sebab sentiasa bersama di sisi di setiap saat dan terlalu memahami diri ini.

Thursday, December 02, 2010

Pekeliling JPA : Pekeliling Perkhidmatan Bil.12 Tahun 2010


Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik Kapal Terbang, Pembantu Teknik Ukur, Pembantu Teknik Ukur Bangunan dan Pembantu Undang-Undang. At last, PUU turn to be Penolong Pegawai Undang-Undang, effective on 2nd January 2011.
Click on the link below 4 more information 
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2010/12/pp122010.pdf

jawapan e-mel dari Hubby


Sequel from the past e-mail.

He said:
Allah maha mengetahui aper yang terbaik untuk umat umatnya.....ada yang pandai,ada yang mengetahui dan pakar dlm semua bidang tapi ilmu manusia hanya secelup air dijari dari seluas laut yang terbentang,aper2 pun itu semua kuasa dari padaNya....kita hanyalah hambar yang hina,yang baik datang dari padanya siapakah kita hanya hamba....


e-mel berantai


Bila bercakap tentang e-mel ni, Naimi teringat tentang sebuah kisah e-mel berantai yang Naimi dapat pada bulan April yang lepas. E-mel yang sangat2 mendukacitakan jugak sepanjang Naimi bekerja… huhuhu =(  Dunno how to start it… 

Questions: 
Do I have to put that e-mail in my blog? Can I afford that?
Answers
Yes! Why not… Of Course I can handle it because I am Naimi. Allah will not test me if I am not affordable and competent women.

Sebenarnya Naimi rasa nak berkongsi e-mel ni dengan semua pembaca yang sudi membaca blog Naimi. Pendedahan e-mel tu nanti bukan bertujuan nak memburukkan sesiapa, akan tetapi untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada sesiapa sahaja di luar sana termasuk Naimi sendiri kerana ini adalah sebuah reality kehidupan yg Naimi dah tempuh dan tak mustahil masih menanti di hadapan jalan Naimi. 

Pendedahan Eksklusif
sumenya gara2 e-mel ini yang dihantar oleh slh sorang member opis dan di reply oleh member2 yg lain termasuk Naimi:
7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )
Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ....

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....


Reply 1:
huk huk ....mcm ada yg terkena batang hidung sendiri ni, bab2 cincai dan comot nih. kena la minta ampun ngan suami. tapi bab cabar tu memang betul, jgn le buat. kalau tak caya tanya pojie ngan saidi....pantang besar tuh
Reply 2 [Naimi]:
Hehe…betul tu puan…. Saya sokong!!! Lebih2 lagi, mulut kite ni jangan lah celupar sangat kan…nanti bukan suami je y menyampah, orang sekeliling pun akan menyampah….hehehe
Reply 3:
nak pi opis, mekap punya la lawa...
dok kat umah, baju kelawar dah mcm sarang labah2...
hahaha...
cabar? pantang besar? takda la...give n take la dalam rumah tangga...
Reply 4:
Ye, setuju! Kawin ni bukan untuk sehari dua je, tapi untuk seumur hidup. Kenelah ada asam garamnya, pasang surutnya, dan macam2 rencah lagi.
Reply 5 [Naimi]:
BETUL TU SUME KAWAN2KU…. ITULAH PERENCAH ALAM RUMAHTANGGA…. HEHEHE…SEBAGAI ISTERI KENALAH SENTIASA MELAWA DEPAN SUAMI KITE…. TAPI, KEDUA2NYE KENALAH TERIMA SEADANYA KELEMAHAN DAN KELEBIHAN MASING2…MACAM SAIDI CAKAP TU…ITULAH KEMANISAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR…KAN2?
Reply 6:
Actually org lelaki skg pun kena jaga penampilan gak kat umah jangan kuar  umah jerk alaahai bukan  main wangi n ranggi kat umah pakai kain pelekat jerk ha2
Reply 7 [Naimi}:
Hahahah…..cantik ayat tu kak…hehe
Reply 8:
ke..nak pakai BAJU CINTA je kat umah...hehehe...
penah dengar cerita pasai BAJU CINTA ni?
takda la...mcm AZ & Na'imi cakap tu...semua ni rencah kehidupan..
Reply 9:
Baju cinta x tau pun kasi story ckt. maner tau baju tu ader saiz kena ukur dulu tuu wakakakaaa
Reply 10 [Naimi}:
Wakakakka…baju cinta tak payah ukur la akak…kikikiki
Reply 11:
"Kot ye pun nak pakai baju cinta tu, iron la skit.."
hahaha..hampeh punya laki dia...
Reply 12 [Naimi]:
Hahahaha…tau takpe…hampeh tui suami nenek tuh…
Reply 13[ Kemuncak Siri I]:
Huh.. baru buka emel ni banyak nya korang celoteh…baru semalam g meeting dah kena brainwash pasal macam2 .. Kalu nak cakap pasal benci ni… korang semua kene cermin diri dulu… guna cermin besar untuk cermin diri sendiri dulu ye….baru boleh cakap tentang hal2 lain..Setakat baru setahun dua hidup atau kahwin.. belum cukup untuk bercakap sesuka hati uwekkkk…….
Reply 14:
Setakat bercakap aje, tak salah rasanya. Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Ke kak aya yg dah LAMA KAHWIN nak bagi pendapat..sila2 kan..k la, jgn marah la supervisor.
Kita tutup email berantai ni eh..dah insaf dah nih..
Reply 15:
Nampak nye ada salah paham berlaku disini ni….apa crita ni!!!!!!!!!!!!!!!
Reply 16:
Waduh2 naper nie kita ber email nie kan sekadar untuk merealeased tension bkn menambah tension.  Silalah guna ayat yg belapik sikit x salah menasihat walaupun nasihat itu datang dari sesiapa pun. Mana yg baik patut diamik relaks arkkk. Betui x pojiee kui3 
Reply 17 [KEMUNCAK Siri II]:
SALAM….
Hee..Hee..kasi gempak sikit….Untuk semua…terutama Naimi, Fauzi dan Saidi, ini bukan nasihat (x kuasa nak nasihat pada orang yang dah rasa cerdik dan hidup sempurna dan tip top ni ) Sekadar nak cerita, kita semua ni manusia.. x de yg sempurna.. sekuat mana kita berusaha.. belum tentu segalanya milik kita.. Kenalah ingat,kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Apa lagi mulut pempuan.. Kita selalu rasa kita lah yang terbaik..x campur hal orang.. sentiasa bersangka baik  ( yang sufi la..) yang lain2 mulut laser tapi.. hakikatnya… la..laa.. apa nak kata… hadis pun dah jelas kata… ¾ penghuni neraka  adalah wanita… so.. ….
Terlanjur dah kat sini.. mari kita renung beberapa scenario hidup yang mungkin buat kita berfikir apa kita dah cukup terrer ..dah cukup sempurna… Kalu nak jawab.. jawablah.. mungkin lari topic sikit tapi boleh buat berkongsi idea…Yelah nak tau suara hati seorang isteri dan seorang lelaki..
KEPADA PEREMPUAN : ( terutama yang dah kawin la … )
i.Dah kawin.. rasa semua macam dah ada kot.. rasa dah layan suami macam raja, dah pakai baju cinta ( nak tambat..bla..bla…?? Rasa dah tip top dan excellent service.. Tanya suami YE KE??? Kalu selamanya tip top tapi katalah ada satu yang belum ada…. Ok ke…Alam rumahtangga… ….kalu suami isteri.. kata ok ….yelah tak de zuriat mentua macam mana? Setahun dua boleh le .. masuk tahun ketiga tengok le lain senyum leretnya… apa lagi jiran tetangga dah ceria.. silap2 dia kata menantu pempuan %%%%% … tak kan dia nak kata salah anak lelaki dia … boleh ke kita kata hidup kita dah cukup terer dan juara??Apa2.. pempuan juga yang kena ….
ii. Suami rasa dia nak anak lelaki gek…tapi kita dah bagi dia anak pompuan je.. yele kalu ada sepasang rasa lengkap dah..kawan pun tak leh nak kata apa….apa jawab kite???Nak beranak lagi rasa tak daya….Soalan cepu mas…
iii. Kita dah ada pasangan.. tak kiralah suami atau tunang.. tak perlu ke kita jaga pergaulan dengan sapa2 lebih2 lagi jenis berbeza…
KEPADA LELAKI… yang dah anak mana2  tu sukelah …Berikan Pandangan Ikhlas Anda !!!
i. TERCABAR  KE bila kawan2 bertanya?? bila setahun /bertahun2 kawin tak de apa2… tak de rezeki setakat pemanis mulut… Rezeki kat tangan Tuhan kan??? Ada dulu kekawan senior Tanya… PASANGAN SEMPURNA.. SEMUA ADA..LENGKAP PAKEJ NYA..Buat anak pun susah ke??? INI terpulang kepada penerimanya..Kenapa ada yang senangnya… mana2.. dgn sapa2 pun jadi aje.. (ade yang terasa??? )
ii. Kalu yang dah ade tu pulak… kadang2 orang Melayu ni.. terutama lelaki.. egonya  hanya berpaksikan benda yang satu tu.. dapat anak pompuan saja…tak cukup terrer le..TERCABAR TAK?? Nak tambah anak ramai2… takut  bajet tergendala  .. yelah kita ni gaji x seberapa.. Dah maklum semua  setiap anak ada rezekinya .. tapi sape yang berani …tutup mata ??
iii. Apa yang anda mahukan dari seorang wanita/isteri… Kalu dapat isteri cantik gilek.. pakaian, layanan x leh cerita..  tapi otak ada sikit lower….. tak setaraf dengan anda…yang terrer.. nak bincang pasal hal biasa pun macam ayam cakap dgn itik… orait ke??? Boleh ke tahan selamanya…Orang kata pempuan ni setakat cantik je tapi otak x  seberapa.. nanti anak pun ikut sama.. omputih kata “dumb blonde” …wallahualam….
iv. Dah tu orang dah ada yang punye…kitapun dah ade… memanglah suka2.. tapi kalu ada komplikasinya nanti….sanggup ke nak tanggung??
Banyak lagi aku nak tanya sebenarnya.. nak tahu juga tapi cukup le dulu… nak buat keja.. nanti x halal lak gaji aku ari ni..tak kira yang lain2 (yelah duit gaji ni masuk perut kita..perut anak2 dan keluarga kan..jadi korang ni ramai yg tinggi agamanya..(sufilah katakana… tentu tau ) dahlah banyak yg x sempurna…aku x marah korang citer2 ni.. suka juge  tengok korang punya isi hati… tapi tulah.. kekadang kita ni selalu lupa… aku juga… bila berkata kita lupa apa maksud tersirat dan tersurat yang ade…
SALAM

Apa sebenarnya motif e-mel yang terakhir tu? Nak bagi pendapat or what? Penilaian masing2 berbeza bukan? But 4 me, macam BIG IMPACT yg banyak memberikan tekanan kpd emosi Naimi, bahkan sampai hari ini Naimi masih terasa bahangnya.

Mcamana Naimi mengatasi nya? 
Naimi akan ceritakan dalam entry seterusnya.

Wednesday, December 01, 2010

kerana e-mel itu


30 November 2010
Satu peristiwa malang dan episod duka dalam servisku berlaku..
Kerana sebuah jawapan emel... 
Menjadi satu ISU besar...
Bila bos2 tahu, semuanya hampir tertawa sebab "it" was NOTHING for all of them. 
But 4 She? Dunno
Adakah ia pengakhiran segala2nya? NO!!!
It can’t be the last for everything, coz there are many people around me still and always support me from behind.
Tens 4 my KU's coz always B there 4 me.
That will B my precious moment to be remembered in my life & B my GIFT.