Assalamualaikum, naimi…maaf sekiranya coretan ini tidak mampu menjawab segala permasalahan naimi…selepas sue baca emel yang naimi hantar kat sue, masyaAllah, kuatnya ujian buat naimi, saidi dan fauzi…Namun, di sini sue bukan bertujuan menghentam si pembuat onar itu…Apa yang sue boleh coretkan buat naimi yang mendapat ujian sebegini, sebenarnya kita kena lihat dari sudut atau angle yang lain…sue lihat permasalahan ini sebenarnya tanda kasih Allah pada naimi…mungkin sue tak kahwin lagi, tak rasa apa yang naimi rasa…[belum dapat melahirkan zuriat dalam masa terdekat selepas mendirikan rumah tangga rupanya menjadi persoalan “besar” pada mata sesetengah orang]..Cuma, nasihat sue pada naimi, kuatkan semangat..paling penting naimi dan faiz jangan sesekali berprasangka pada Allah…Maksudnya, jangan sesekali berfikiran negative kerana Allah belum mengabulkan doa kalian…Apa yang penting kita kena ingat rezeki itu adalah dari Allah..teruskan berdoa dan terus berdoa…Jangan putus asa di pertengahan jalan…jangan sesekali menyalahkan Allah…Dia lebih tahu mengenai hambaNya…
Bagi sue, cuba naimi tengok di sekeliling naimi sendiri…Segala nikmat yang Allah beri pada naimi tidak ternilai kan…Nikmat mendapat bapa dan ibu mentua yang baik, mendapat kakak ipar yang bagus, adik ipar yang rapat, mendapat ibu bapa yang memahami, adik2 yang tidak pernah mempersoalkan itu ini..adik2 yang sayangkan ‘Kak Orn’ dia…bagi sue itu semua NIKMAT yang Allah berikan pada naimi…ada sesetengah mereka yang tidak merasai nikmat sebegini…Naimi masih muda, baru sahaja menyambut Anniversary…belum diberikan rezeki anak dalam masa setahun memasuki alam rumah tangga, itu Normal…Masih ramai di luar sana yang kahwin berpuluh-puluh tahun (Allah uji mereka) dengan ketiadaan zuriat..namun itu semua bukan menjadi masalah buat mereka, malah hubungan mereka dengan Allah menjadi semakin rapat kerana mereka sentiasa berdoa dan mengadu masalah mereka pada Allah..mereka tidak berputus asa…Lalu, Allah kurniakan mereka zuriat (sedikit lambat)…Cuba lihat kisah nabi Allah Zakaria yang telah lama berkahwin namun tidak dikurniakan zuriat…Nabi Zakaria berdoa, terus berdoa sehinggalah lahirnya anak dan anak itu sungguh istimewa dan dikenali sebagai nabi Yahya…bayangkan sudah tua dah ketika itu, menjadi datuk la lebih kurang baru Allah kabulkan doa…Namun, nabi Zakaria tidak pernah berburuk sangka pada Allah dan sentiasa berdoa tidak putus-putus…Ambillah iktibar dari cerita nabi Zakaria yang tidak berputus asa…sentiasa berdoa dan terus berdoa…
Allah inginkan hamba-hambanya bermanja-manja dan sentiasa mengingatiNya, kerana itulah ujian di berikan kepada hamba yang dipilih olehNya sesuai dengan kemampuan mereka…Naimi perlu bersyukur Allah sayangkan naimi…mengadulah masalah naimi pada Allah…Kita kena tengok juga bagaimana adab berdoa dan waktu mustajab doa kita..Adab –adab doa kena di patuhi seperti mengadap kiblat, memohon dengan penuh perasaan (merintih dan menangis bermunajat pada Allah)…Ketahuilah Allah itu dekat malah dalam satu hadith memberitahu “Allah itu lebih dekat dari urat leher kita)…Dekatnya Allah pada kita tapi kita tidak merasainya…Ingatlah dengan mengingati Allah, hati pasti menjadi tenang…Ingatlah bahawa dalam satu hadith mengatakan bahawa sebelum dimasukkan ke dalam Syurga Allah, setiap manusia akan di uji…Begitu juga naimi, diuji dari segi masalah ini, sue lain pula masalahnya…hidup ini penuh dengan masalah, namun, ia bergantung pada kita untuk menyelesaikannya atau kita menjadikan masalah itu makin worse..kita kena kuatkan hubungan dengan Allah kerana Allah lah yang menciptakan kita…Allah tahu segala masalah kita…Seperti Pakar Komputer, dia yang mencipta computer, hanya dia yang tahu masalah computer tadi…Begitu jua dengan manusia…segala permasalahan kita mestilah di rujuk pada Allah…
Mengenai doa, doa tidak semestinya dikabulkan on the spot…ada juga yang di tangguhkan dan lambat sikit dikabulkan doanya…namun, apa yang paling penting, naimi hendaklah SENTIASA bersangka baik pada Allah…moga dijauhkan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa mencari ruang supaya kita jauh dari Allah…Merasa Allah sudah meninggalkan kita…Sebenarnya Allah sentiasa bersama-sama kita selagi kita sentiasa taat kepada Nya…Bagi sue sendiri, masalah anak memang permasalahan yang sensitive bila pasangan baru mendirikan rumah tangga..tapi naimi kena think positif…selagi mana ibu mentua, bapa mentua baik dan tidak mempersoalkannya, tiada masalah di pihak naimi..sebenarnya apa yang di cakapkan oleh senior naimi itu sebenarnya cakap yang tak berlapik dan menyebabkan ramai tersinggung…orang sebegitu kebiasaanya jauh dari mengingati Allah…dia bercakap seolah-olah manusia lah yang menentukan kelahiran seorang bayi…sedangkan manusia hanya berusaha…segala ketentuan itu hak MUTLAK Allah….Allah mahu naimi dan faiz benar-benar bersedia dengan tanggungjawab sebagai ibubapa..insyaAllah, bila sampai waktunya Allah akan bagi…malah mungkin berlipat kali ganda dari yang naimi jangka…
Sue sarankan naimi baca buku bertajuk “La Tahzan” tulisan Abdullah Aid Al-Qarni..tidak rugi membeli dan membaca buku itu…ketika mak dan ayah sue pernah di uji suatu ketika dahulu, mereka juga membaca buku ini..buku ini memotivasikan kita…supaya tidak bersedih dengan musibah yang berlaku kerana sebenarnya tanpa kita sedari kita sebenarnya lebih bernasib baik dari orang lain kan…kita di kelilingi oleh ramai yang sayangkan kita…sedangkan ramai lagi yang tidak mendapat kebahagian seperti kita…ingatlah salah satu doa naimi untuk bersatu dengan faiz dalam sebuah perkahwinan juga merupakan nikmat dan hajat yang Allah berikan pada naimi…ramai yang sue jumpa couple selama bertahun-tahun…namun akhirnya mereka tidak bersatu..namun, dalam konteks naimi, Allah telah kabulkan doa naimi…ingatlah, insyaAllah Allah akan kabulkan doa naimi, Cuma cepat atau lambat sahaja…jangan lupa sentiasa lah mengingati Allah…tidak perlu fikirkan pandangan orang lain….kerana di mata sesetengah orang, mereka masih dengan pemikiran KOLOT mereka kerana manusia ini sejak zaman nabi Adam lagi mempunyai penyakit keturunan yang tidak sembuh-sembuh melainkan dengan mengingati Allah…Ketahuilah penyakit itu adalah penyakit HATI…merasa tidak puas hati, sakit hati sehingga menyebarkan fitnah dan bercakap sesuka hati….namun, bagi kita yang mempunyai basic agama…ingatlah mereka sebenarnya lebih kasihan dari kita…mereka sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan orang lain…ia menjadikan hati mereka semakin busuk dan tidak tenang…bagi kita yang sentiasa mencari kekuatan dengan memperbaiki hubungan dengan Allah, tunjuklah peribadi yang baik, walau dikutuk seribu kali…jadikan Rasulullah role model kita walaupun kita sebenarnya tidak mampu menjadi seperti baginda…Sue yakin naimi boleh..buangkan yang keruh dan letak dalam kotak..tutup dan jangan buka dah…buka lembaran baru dengan semangat baru…naimi, sue yakin naimi boleh…ini baru ujian yang kecil sebenarnya berbanding kehilangan orang yang kita sayang….ujian tanda kasih Allah pada hambanya….ingat, naimi tumpukan perhatian pada apa yang bakal datang, final exam yang bakal datang, kerja, tugas sebagai anak, isteri , pelajar dan pekerja masih menunggu naimi…jangan sedih dan buangkan perasaan geram dalam diri naimi…sebenarnya syaitan mahu menyuntik perasaan tidak senang dan marah dalam hati naimi…moga naimi sentiasa kuat semangat…
P/s:Maaf sekiranya ini bukan yang naimi nak dari sue…sue hanya sekadar memberikan semangat (sue sendiri belum merasainya) menjadikan agak sukar untuk memberi respon permasalahan naimi…namun, sekurang-kurangnya naimi merasa sedikit tenang dan beban itu bukan ditanggung oleh naimi seorang…meluahkan rasa itu sebenarnya akan mereleasekan kita dari masalah…kerana separuh masalah kita dikongsi kan kepada orang lain…insyaAllah, tangan sue sentiasa terbuka…jika ada masalah bagitau,na…Gud luck for ur final…doakan sue dan yang lain juga..
Terima kasih atas nota cinta yang telah Su kirimkan buat Naimi di sini…
Sekarang Naimi sudah mula bangkit semula…
Terima kasih juga buat Anis yang tak jemu2 bagi Naimi semangat di saat Naimi berduka.. Anis sangat memahami Naimi. Tens sahabat2ku…
Buat hubby tercinta, tens sebab sentiasa bersama di sisi di setiap saat dan terlalu memahami diri ini.
0 comments:
Post a Comment