Showing posts with label Banjir d'Perlis. Show all posts
Showing posts with label Banjir d'Perlis. Show all posts

Thursday, November 04, 2010

Banjir d'Perlis 1.11.2010-2.11.2010 [siri 3]


Apalah yang tengah adikku fikirkan ketika itu??? Hehehe…
Kalu tak silap Naimi, gambar  ini diambil sebelum Sek. Santan ditutup.
Dan kalu tak silap jugak, arini dah asuk 4 hari adikku cuti

P/S: Gambar ini Naimi jumpa dlm blog seorang kenalan di FB.

Wednesday, November 03, 2010

Air Banjir Perlis @ Gua Kelam.mp4




Banjir di Perlis ada kaitan jugak dengan banjir yg melanda selatan Thailand. Dikatakanbahawa air banjir yg melanda Thailand itu sudah menyerang Perlis selain daripada hujan lebat yg tidak berhenti2 beberapa hari ini. Angka mangsa banjir yg sudah dipindahkan di Perlis setakat 830mlm ini, lbh kurang 11,000 lebih orang.Tengoklah video ni…. Kuat betul air yg mengalir, mcm mengamuk je keadaannya..huhuhuu…. Ya Allah, jauhilah kami semua daripada semua kemungkinan perkara2 buruk... Amin......

Gambar2 Banjir Terkini d'Perlis





















P/S: Pics from my fren in FB

kisah di sebalik BANJIR

Ini adik Naimi yang bawah Naimi. Namanya Faizah dan berumur 21 tahun. Adik Naimi bekerja di Jbtn Kebajikan Masyarakat [JKM], Perlis and attached as one of volunteer Gerakan Banjir JKM Perlis. Sejak banjir melanda Perlis, adik Naimi ni masih sibuk membantu mangsa2 banjir di pusat 2 penempatan sementara di seluruh kawasan di Negeri Perlis. Sejak itu juga, dia masih belum berkesempatan pulang dan tidor di rumah kerana dia harus bermalam di opis nya di Kangar sebab mereka yg merupakan pasukan penting ini harus standby 24 hours. Semoga adikku ini tabah dlm melalui hari2nya dan sentiasa berada di bawah rahmatNya selalu. All the best my sis!!!
 Ini pulak adik Naimi yang no-3. Namanya Atikah dan berumur 19 tahun, Sekarang dia masih lagi belajar di salah sebuah ipt di Penang, dlm jurusan Nursing. Petang ni dia akan pulang menaiki bas jam 1.00 petang dari Penang ke Perlis. Walaupun Kangar [stesen bas di Kangar] banjir dan kini dipenuhi air lebih kurang 2 meter, syarikat bas telah inform bahawa bas akan tetap jalan seperti jadual yg ditetapkan. Macamana lah agaknya dia nak sampai umah kami kat Santan eh? Sebab laluan ke Santan sudah dibanjiri air dan ditutup utk kenderaan ringan. Kata mak tadi, mungkin akan minta tlg Faizah and the Geng @ polis @ bomba @ pasukan2 penyelamat yg ada la.... heheheh (^^) Nampaknya silap2 haribulan naik lori atau sampan la Atikah ke rumah.....heheheheh


Tuesday, November 02, 2010

Banjir d'Perlis 1.11.2010-2.11.2010 [siri 2]


d’Kangar, dekat Sek Men Agama Perempuan
 jalan Balai Baru

Sek Men Dato Jaafar – salah satu pusat pemindahan mangsa2 banjir d’Perlis
 Jalan dekat Klinik Gial
kat Repoh
Jalan Sempering - Jalan Santan [my kampung]
Jalan Kangar - Padang Besar
Arau
depan masjid Arau
denai larian Pangkalan Asam
Simpang Arau - Gial
  
p/s: Gambar2 ini Naimi copy dari kwn2 di FB.

Banjir d'Perlis 1.11.2010-2.11.2010


Kesemua enam pintu di Empangan Timah Tasoh, Perlis dibuka berikutan paras air yang tinggi melanda Negeri Perlisku….Ini bagi mengelakkan keadaan banjir bertambah buruk jika pintu empangan pecah sekiranya tidak dibuka.










Keadaan banjir d’ Arau, Perlis… Hari ini ramai yang tidak dapat pergi kerja sebab banjir semakin teruk gara-gara hujan yang masih berlarutan tanpa henti….


Banjir di sekitar Changlun

Beginilah keadaan banjir yang telah dan sedang melanda Negeri Perlis dan juga Kedah.. Boleh dikatakan teruk juga banjir kali ni. Perlis yg tak pernah2 banjir, telah dilanda banjir… Pada 28.10.10 yang lepas, satu taufan telah melanda Taman Bahagia, Arau Perlis di mana tlh mengakibatkan beberapa harta benda musnah termasuk sebuah van yg tercampak sejauh 1 meter, rumah ranap termasuk beberapa buah kedai yang agak rosak. Naimi difahamkan Tornado itu hanya lalu sahaja di kwsn itu, namun kesannya memang agak teruk…. Video serangan taufan yang dikenali Tornado ini blh dilihat dlm blog  “http://kekoh.blogspot.com”.

Pagi semalam, air telah pun naik di kwsn umah tok Naimi di Panggas, Perlis. Masa ayah dan mak Naimi gi umah tok untuk menyelamatkan barang-barang berharga, kereta hampir jatuh ked lm sawah bendang sebab jalan dah dibanjiri air… so tak dapat nak bezakan jalan sangat. Huhu.. Kata mak Naimi, sawah bendang Nampak macam kat laut je, dengan airnya yang deras mengalir.. hurm… tapi sempat lagi ayah Naimi turun menjala ngan kawan dia pagi semalam…banyak jugalah ikan puyu yang dia dapat. Hiihi…. Nanti balik raya haji blhla Naimi upload video keadaan banjir ni sebab mak ada ambil video pagi semalam. Tapi petang semalam, jalan nak ke Panggas dah tak blh lalu…Air terlalu tinggi, kenderaan pun tak leh nak lalu dah. Ramai saudara Naimi yang da kat sana terpaksa dipindahkan semalam…Adik Naimi pula yang kerja kat Jbtn Kebajikan Masyarakat Perlis terperangkap dlm banjir di Arau. Pada mulanya dia dan skuad2nya pergi mengedarkan bantuan2 untuk magsa2 banjir…. Akhirnya diorang sendiri terperangkap. Alhamdulillah, mlm semalam dapat juga mereka keluar dari kawasan tersebut.. Tapi, adik Naimi dan kawan2 dia terpaksa tidor kat opis je, mungkin sebab misi belum complete or bos diorang takut kalu diorang balik, esoknya belum tentu dapat gi keje balik.

Pagi ni, tadi Naimi sempat mesej dengan adik lelaki Naimi. Dia ngan adik Naimi yang paling kecik tu tak dapat gi sekolah sebab Sekolah Kebangsaan Santan pun dah dinaiki air… Ayah pun tak dapat gi bengkel… Mak je yang gi keje…

Sekian dulu laporan semasa untuk setakat jam ini.... (^^) da da....