Showing posts with label Student Life. Show all posts
Showing posts with label Student Life. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Result


Result Naimi dah keluar...
Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah…
Kata Hubby, result tu akan jadi pendorong Naimi utk teruskan belajar
sebab Naimi dah mula rasa malas nak belajar lagi..hehehhe (^^)

Wednesday, October 06, 2010

Reunion Kelas Arab Batch 1999-2003 SMKSH, Perlis


InsyaAllah Naimi & hubby will go for a reunion in Langkawi on 15th Oct. 2010 till 17th Oct. 2010…

P/S: I will upload pics from Hari Raya Aidilfitri later… Sorry for the complicacy.



Monday, October 04, 2010

Final Exam Sem 3


…Assalamualaikum…

Malam ni Naimi dah Final Exam untuk Bahasa Arab and Executive Summary Writing… All the best NAIMI…. Gud Luck to myself…

…Wassalam…



Wednesday, August 25, 2010

Semua Tentang Kita (Part 1)


Naimi duk tengok gambar2 lama masa belajar dulu,masa kat KUSZA@UDM… 
Rindunya dekat sahabat2 tersayang…. 
Teringat kat Anis, Along, Adik Rai and Sue… huhuhu….

P/S: Nanti Naimi akan coretkan sesuatu “Tentang Kita” ek…

Monday, August 02, 2010

Mutiara Kata Hari Ini


The Empire of the Future is The Empire of Mind

Tuesday, July 06, 2010

UsTaZaH

Assalamualaikum

Ermm, arini Naimi berpuasa lagi... Alhamdulillah, mujur hubby ikut puasa samer.. Meriah sikit nak berbuka nanti kan... hihi (^^)

N3 kali nie, Naimi teringat balik kenangan masa menjadi seorang guru (Ustazah) sementara Tahun 2007.. Kat Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Kangar Perlis. Masa tu Naimi tengah tunggu panggilan untuk masuk U, untuk further Degree. Daripada duk sesaje kat umah, Naimi try apply jadi guru... Tup2, rezeki, dapat. Sepatutnye 3 bulan Naimi gantikan ustazah kat sekolah tu, tapi disebabkan Naimi dapat panggilan U cepat sangat, setengah bulan je Naimi sempat mengajar...

Pengalaman sepanjang jadi Ustazah kat situ?? > Memang best sangat. Macam2 ragam budak2 yang Naimi ngajar. Nakal... Bising.. Manja... Mengusik2.. Macam2. Naimi mengajar Pendidikan Islam darjah 5 dan 6. Dah memang Naimi ditugaskan untuk mengajar di kelas paling baik, pertengahan and kelas last sekali. Memang banyak ragam la... Letih jugokla..

Yang paling Naimi ingat, first time Naimi sampai sekolah tu nak mendaftar, Naimi lalulah kat blok2 kelas. Terjumper ngn budak2 yang da blegar2 depan kelas, sebab masih awal kan.. Kebetulan hari Isnin pulok... sibukla nak ada assembly nanti. Naimi jalan la melepasi budak2 perempuan, agak2 darjah 1 @ 2 gitula.. Diorang tengok Naimi ramai2 sambil gelak2 & kata lebih kurang macam nila... : " Ei.... cikgu ke tu? Pendeknye cikgu...hihihihi".. Adussss, berdesing je rase. Hampehh betul budak2 ni, berani cakap Naimi macam tu... (dalam hati, duk tahan gelak).. Kecik sangat ke Naimi? "Takla....." (jawab sendiri)

Walau ape pun, Naimi senang sangat dapat mengajar murid2 kat sana. Walaupun tak lama sangat bersama2 diorang, hati ni dah mula sayangkan murid2.. Agaknye itulah naluri seorang pendidik yang sebenar. Naimi bersyukur sangat sebab diberi peluang sebegitu yang Naimi rasa lepas ni Naimi payah nak dapat dah sebab Naimi memang bukan dalam field pendidik.. Bukan senang nak dapat pengalaman macam tu.. Tak sume orang bernasib baik.. Ape2 pun, hope sume student Naimi berjaya dalam hidup mereka Dunia dan Akhirat.. Moment yang agak mengharukan adalah bila Naimi gtau murid2 Naimi yang Naimi akan quit mengajar tak lama lagi and when that day appear, murid2 hadiahkan macam2 kat Naimi yang mana hadiah2 tu antaranya buku, pen, dlln...(still simpan lagi)


Wassalam...




Tuesday, June 22, 2010

KUSZA-UDM-UNISZA

UnisZA secara rasmi nama baru UDM

KUALA LUMPUR 21 Jun - Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti.

"Pertukaran nama UDM telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 April 2010 dan telah diwartakan pada 13 Mei 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, UnisZA menjadi harapan kepada rakyat Malaysia agar dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.

"Penubuhan UnisZA diharap dapat melahir dan membentuk pemimpin yang pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa selaras dengan visi UnisZA itu sendiri," ujarnya.
UDM telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan universiti awam yang ke-18 di negara ini.
Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.

Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.
_________________________________________________________________________________


Assalamualaikum wrt


Erm... betul juga ura-ura yang Naimi dengar sebelum ini iaitu UDM@KUSZA akan ditukar kepada uniSZA.. Hari ni tengok paper Utusan Malaysia, sahlah UDM dah tukar kepada uniSZA.. Banyak betul sejarah yang Naimi lalui di uniSZA ni... Masa tahun 2003, Naimi masuk ke sana amik Diploma in Law and masa tu atas nama KUSZA(Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Masa Naimi grad tahun 2007, Naimi grad di tempat yang sama atas nama UDM(universiti Darul Iman)... walaubagaimanapun, KUSZA dan UDM tetap di hati Naimi..Indah sangat saat2 belajar di sana. InsyaAllah, andai punya kesempatan, Naimi akan kongsikan sedikit pengalaman dan saat2 manis Naimi sepanjang pengajian di sana....

Wassalam.

Monday, June 14, 2010

Result

Bismillahirrahmanirrahim.......

Syukur ku yang tak terhingga dipanjatkan ke hadrat Mu.. Ya Allah, di atas limpahan rezekiMu buatku di dunia ini yang sungguh tak terhitung olehku..

Alhamdulillah, Naimi dah berjaya check result setelah bertungkus-lumus selama 2 hari dan sampai tido lewat nak tunggu tengok result kuar. Entah kenapa untuk sem lepas, Naimi rasa tak sabar sgt2 nak tau keputusan yang bakal Naimi peroleh...Akhirnya pada hari kedua iaitu pagi 11 Jun 2010, Naimi dapat jugak tengok hasil usaha Naimi sepanjang semester 2 dalam pengajian di UITM. Alhamdulillah.....Allah bagi Naimi peluang untuk capai target yang Naimi harap2kan selama ini.

Thanks buat abang yang selalu berada di sisi time Naimi stress nak blajar, buat mak & ayah  yang tak putus2 berdoa utk kejayaanku dari jauh serta kawan2 di sisi yang sentiasa support Naimi sehingga ke saat ini.. Sesungguhnya Naimi merindui saat2 belajar di KUSZA dulu.... The memories that i will not 4get for the whole of my life (^_^)

Wassalam..

Thursday, April 29, 2010

Alhamdulillah....

Syukur alhamdulillah.....

Akhirnya berakhir sudah final exam naimi untuk semester 2 tahun 2010.. Arini naimi baru je masuk keje setelah bercuti dari 23 smpai 28 April 2010...

Perasaan baru masuk bekerja selepas bercuti panjang ni...amat2lah terasa berat kaki ini nak melangkah ke opis. Namun kugagahi juga... Ape taknya, ini lah satu2 nya punca pendapatan naimi untuk hidup dan memboros kan... hihihi=) (tak boros pun.....)

Erm, alhamdulillah...kesyukuran juga naimi panjatkan kepadaNya sebab dengan pertolonganNya naimi dapat jawab exam kali ini dengan penuh keyakinan di hati... ihiks!!! Selain daripada itu terima kasih juga naimi nak ucapkan kepada suami tersayang yang selalu berada di sisi di saat2 naimi menghadapi exam tempoh hari.... Macam2 ragam ni(kite je tahu)....dah lah suke study last minute....hihi=)

Bulan 5 nanti, macam2 aktiviti yang naimi nak buat. Antaranya pada 12-27 Mei nanti, naimi kena g Induksi Umum kat ILKAP. Kak Na(kakak ipar) due nya 26 Mei 2010..InsyaAllah, baby boy... 27 Mei pulak tarikh keramat love story ni... hummmmmmmmmm (~menghitung hari~)

Okeylah....cukuplah dulu setakat ini. Bye2!!

Monday, April 19, 2010

Final Examination



Alhamdulillah.....
Berkat kesabaran dan juga kekuatan yang naimi dapat dari suami tersayang, kedua ibubapa dan mertua serta sahabat2 tercinta, naimi berjaya juga akhirnya sampai ke penghujung semester 2.. baiarpun banyak kali juga naimi rasa down je nak teruskan pelajaran ni... memang betul kata mdm Sham dulu, payah nak kerja sambil belajar ni... tapi semua yang berlaku ni banyak hikmah2 yang manis tanpa naimi sedari...

Kemanisan rumah tangga, alam pekerjaan dan juga ketika belajar...

InsyaAllah, naimi akan menduduki peperiksaan akhir kali ini untuk subjek Hubungan Etnik pada 22 April 2010, Contract II pada 25 April 2010 dan MLS II pada 28 April 2010. Alhamdulillah, Bahasa Arab nye Exam dah buat dah...

Erm, 21hb ni naimi dah start cuti panjang utk menghadapi exam2 yang bakal tiba.... Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya untuk naimi.... All the best juga diucapkan utk sahabat2 lain yang seperjuangan dengan naimi.... hope dapat menulis semula selepas habis exam nanti...