Monday, June 21, 2010

Demo Drift @ Karnival Hari Keluarga PETRONAS

Assalamualaikum....

Ok, kali ni Naimi nak upload beberapa snap scene semasa Demo Drift yang dijalankan baru2 ni kat Karnival Family Day anjuran Petronas.... So merrier!!!



Alhamdulillah...lebih kurang 1.00 tengah hari, game habis... Memang besssh lar. Tak sia2 join skali, even pagi tu baru balik dari keje... Neway, event yang Petronas anjurkan memang besar2an la...lebih kurang Jom Hebohhhh gitu (^^)

Balik tu...kami gi Warta. Beli CD citer Back Up Plan & My Name Is Khan. Lepas tu singgah pekena air nyiok kat area2 bangi tuh..... memang COOL..

Balik jer umah.... kami mandi2 and solat Zohor and thennnnnnnnnn...... zzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~~~~[tidow sepuas2nye....letih....]

Ok, sekian dulu utk entri kali ni... Sure pasni my hubby will update his drift segment. Ahakkks... Adiyossss!!!!!

Friday, June 18, 2010

Kisah Kita (my part 2)

Ohhhhhh..... patutlah selalu sangat si "Ahmad Faiz bin Muslim" tu amik buku dalam begnya..... Erm, rupe2nya dia asik2 ngusha anak Aziz yang sorang ni..

Masa tingkatan 2, barulah naimi kenal pemilik nama Ahmad Faiz ni. Tapi takdelah kenal sangat pun, sekadar tau di sekelas je... tak penah plak kitorang bercakap atau btegur sapa, even berselisih tepi jalan.Agaknya kalu tengah susah mintak tlg pun tak mau.hihihi =) Naimi ingat lagi, pemilik nama tu yang hanya naimi panggil faiz tu first time kim salam kat naimi, dengan cara sampaikan kat Syukor kawan baiknya. Si Syukor plak sampaikan kat best fren naimi, Farah Najwa.. menyampah sangat la naimi waktu tu. Geram pun ada..berani dia kim salam. dah tu penah satu kali tu, masa naimi duk kalut2 nak masuk kelas, dia tahan kaki...huh...nasib baik tak jatuh tersembam... adalah untung jugak jalan tgk bawah kan? hihii (^^)

Selain itu juga, naimi kan duk line 2 dari blakang dlm klas. Line dpn skali, budak laki2 duduk..antaranya Kamal Amir(KA). Faiz ni slalu sangat lepak kat situ kalu wkt rehat, wkt cikgu meeting dan tak masuk kelas or wktu tluang... Apa lagiiiiii, asik2 naimi jadi mangsa matanya. masa tu, kalu da kuasa, nak je dicabut matanya....tak malu tgk org!! Naimi dahla mmg jenis malu y amat2.... Eiiiiiiiiiiiiiii, yang paling berani, Faiz (hubby) pernah baling kapur papan hitam nk tarik perhatianku dr tempat  KA. Marah betulla naimi..tu yang si Farah trus sound Faiz.hihihi...(padan muka). Habis satu kelas perasan ngn pbuatan si Faiz ni. Adoyaiiii

Masa tingkatan 2, Naimi ni sekejap duk hostel, sekejap duk luar...hihi=) ngada2kan...sian kat mak n ayah... tiap2 pagi ayahla yang akan hantar naimi ke sekolah. Balik sekolah pulak kdg2 ayah jemput, kalu tak naik bus ler........ huhuhu.

Apa lagi nak cite ek masa form 2? Erm... banyak aksi2 mengurat je yang Faiz wat.. Opss, lupa nak citer, lepas kali ptama dia bjaya kim slm kat Naimi,lps dari tu, hari2 dia pass salam kat Naimi. Naimi pun jawabla salam... (tapi tak ingat lak balas ke tak salam tu balik...hihi)

Namun begitu, Faiz masih tak bjaya untuk mengurat Naimi sebnye......hihi....Naimi punya hati y agak keras la(konon2). Sebab bagi Naimi, sakitnya amat perit bila Naimi berikan kasih sayang utk seorang lelaki seandainya Naimi kehilangannya suatu hari nanti......

Tapikan...Naimi tak heranla ngn usikan yang Faiz buat tu. Naimi still dpt belajar ngn tenang seperti biasa wlpn kurang senang ngn gelagatnye dalam kelas. Tapi, bila dapat result Form 2, Naimi turun ke kelas B. Masa Form 3, Naimi masuk 3B. Wlpn sedey sangat dengan pencapaian naimi tu, naimi tetap bsyukur seb naimi dapat duk kelas asing dari Faiz yang kekal lagi di kelas Arif. harap2 dia tak kacau Naimi lagi.....

( 2 B Continued... )

By Naimi

Part 1 = Bermula la kenakalan faiz waktu di form2 ni........scene "amik buku"


Mcmane nak start ek......ok yang mana sampai dulu faiz citer dulu.....KIRIM SALAM KAT NAIMI NA........kekekek biasa la cara lama nak mengorat suh membernya sampaikan salam,nak tarik perhatian la konon.....hari2 suh membernya sampaikan salam pada si cantik molek tu....mungkin sampai salamnya tu...tapi takkan mcm tu jer nak tarik perhatiaannya......pasti perlbagai cara akan digunakan....memang tak dinafikan bukan senang nak menarik perhatiannya.....

Huhuhuhu dalam satu kelas so tak susah nak amik perhatiannya.......tergelak kalu teringat kembali.....Teringat masa dlm kelas dulu....faiz ditempatkan betol2 dpn papan hitam, kira dok depan la, dok tengah2 lagi, naimi pula 2 barisan dari belakang sebelah kiri kelas...Beg pastinya ada dibelakang kan..... atas kerusi, selain dari bawah meja, setiap kali faiz nak ambil buku dalam beg setiap kali tulah faiz akan pandang naimi.....selalu tunggu sampai naimi pandang pada faiz baru faiz paling balik....kekekek,

Disebabkan papan hitam depan faiz jer so pasti si dia akan pandang gak kot mana pun.... bila amik buku, mata pandang kat belakang dulu, bila si dia pandang, negok pada buku cepat2 hahahaha.......nak tau tak kadang2 sebenarnya bukan nak amik buku aper pun, BUAT2 AMIK BUKU JE BYKNYA, nak pandang kebelakang jer tu................kekekek hari2 faiz buat mcm tu......sampai naik malu Si comel tu.....,sampai kene "SOUND" dgn kawan karibnya Farah Najwa.....'Naper hang dok usha2 kawan baik aku tau tak die malu jgn la hang kacau dia'.....hahahaha tak dpt respon baik ni tapi kene marah lak, tak menjadi ni....tak benti disitu........hehehehehe

Thursday, June 17, 2010


Assalamualaikum....

Haaaaa ni nak sambung cerita ni.....aper yang berlaku ek time form 2 ni...byk sgt perkara berlaku yang masih segar lagi diingatan....tapi aper2 pun meh nak cite cikit form satu faiz dulu.

Mama n Abah inginkan faiz masuk sekolah agama.....sbb niat dihati family nak jadikan faiz ni seorang pendidik,seorang ustaz.....abah berusaha keras naik turun pejabat pendidikan bertanyakan kekosongan untuk sekolah agama kat arau....dgn keputusan faiz memang layak mendapatnya...tetapi saingan terlalu byk untuk ditandingi.....niat nak masukkan faiz ke sekolah itu terhalang....harapan family kembali cerah selepas dihabarkan Sekolah Keb. Syed Hassan ada aliran agama......rezeki faiz disitu rupa rupanya.....

Tak dinafikan masa orentasi faiz tidak mengenali siapa itu Nurul Na'imi Bt Aziz......kenangan yang tak leh jupa masa orentasi waktu faiz jalan2 kat luar dewan....semasa itu mungkin waktu rehat, faiz terpandang seorang gadis cantik molek bertahi lalat,manis sgt.....selepas tu faiz mcm tak penah terserempak dgn gadis tu lagi....herankan....

Tahun bertukar tahun....faiz di tukarkan kelas.....mama n abah gembira,faiz dinaikkan kelas A pulak,2 Arif....di sinilah faiz mengenali Nurul Na'mi bt Aziz....

Disinilah bermula segalanya....faiz ni sebenarnya seorang yang pemalu....tapi bila mengenali Naimi, jadi tak tahu nak malu lak.....masa pertama kali faiz di masukkan ke kelas Arif bila faiz terpandang sorang gadis ni faiz teringat tahi lalat tu.....adakah ini gadis  pandang pertama ku dulu.....kekekeke, sah memang faiz cam tahi lalat tu.....

Part 1 = Bermula la kenakalan faiz waktu di form2 ni........(akan bersambung hehehe)

By Faiz

Monday, June 14, 2010

Result

Bismillahirrahmanirrahim.......

Syukur ku yang tak terhingga dipanjatkan ke hadrat Mu.. Ya Allah, di atas limpahan rezekiMu buatku di dunia ini yang sungguh tak terhitung olehku..

Alhamdulillah, Naimi dah berjaya check result setelah bertungkus-lumus selama 2 hari dan sampai tido lewat nak tunggu tengok result kuar. Entah kenapa untuk sem lepas, Naimi rasa tak sabar sgt2 nak tau keputusan yang bakal Naimi peroleh...Akhirnya pada hari kedua iaitu pagi 11 Jun 2010, Naimi dapat jugak tengok hasil usaha Naimi sepanjang semester 2 dalam pengajian di UITM. Alhamdulillah.....Allah bagi Naimi peluang untuk capai target yang Naimi harap2kan selama ini.

Thanks buat abang yang selalu berada di sisi time Naimi stress nak blajar, buat mak & ayah  yang tak putus2 berdoa utk kejayaanku dari jauh serta kawan2 di sisi yang sentiasa support Naimi sehingga ke saat ini.. Sesungguhnya Naimi merindui saat2 belajar di KUSZA dulu.... The memories that i will not 4get for the whole of my life (^_^)

Wassalam..

1 Rejab

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, arini dah 1 Rejab. Harini Naimi dan hubby same2 nak mengejar pahala sunat bpuasa pada Bulan Rejab yang Mulia ini...InsyaAllah

Pda 8/6/2010 yang lalu merupakan tarikh keramat bagi Suraini Abu Bakar(Sue), kawan sekolah menengah Naimi yang menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hatinya...

Erm, pagi 7/6/2010 iaitu hari Isnin Naimi kena gi Perhimpunan Bulanan kat JPM. Macam biasa, Naimi dan rakan2 dari JPN naik bus Jabatan kul 730 pagi dan sampai di dataran lebih kurang 740 pagi. Lebih kurang pukul 815, barulah perhimpunan start. Kalu nak ikutkan, Dato' Seri Najib yang bagi ucapan, tapi maybe dia ada hal, so that TPM yang gantikan beliau berucap. Naimi pitam kat situ..huhu=( malu betul..... sume orang nampak. Siap dapat layanan special lagi.... Yang Naimi tak leh nak lupa jugak, da orang bg air suh basuh muka, tapi Naimi basuh hidung je.... Adussssss, camanala rupeku ketika itu...hihihi (^^)


Wassalam

Thursday, June 03, 2010

Pencegah


Assalamualaikum wrt…
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan terhadapNya…. Selamat sudah sukarelawan2 Malaysia dari terus ditahan oleh ‘pengganas’ Israel yang maha kejam dan maha tidak berhati perut..
Sebenarnya hari ni naimi rasa celaru, takut dan cemas sekali. Hubby sekali lagi bingung dengan apa yang terjadi iaitu sama ada patut ikut kawan2 apply untuk Pencegah ataupun kekal dalam Unit Konsul Kastam shj. Memandangkan selepas ini JKDM nak cut cost, semua technician takkan ditempatkan di Unit Konsul lagi dan sepenuhnya Unit tersebut diuruskan oleh Pegawai Kastam. Pening la… Dulu hal ni kitorang penah berbincang and dapat kata putus. Tapi kali ni da perbezaan pulak bila dapat berita baru tu… Semua kawan2 hubby apply Pencegah sebab kalu tak selama2nya diorang kat Unit tu…lagi payah nak kuar selepas ini…. Stress nye hanya Allah yang tahu….
Semalam selepas timbulnye perkara ni, naimi dah suh hubby wat istikharah. Tapi pagi tadi semua dah wat keputusan dan dah pergi dapatkan tandatangan bos besar. Tinggal hubby je masih belum dpt keputusan. Tak mungkin dapat wat keputusan sepantas ni… kami buntu nak cari jalan penyelesaian.. Ya Allah, bantulah kami…
Macam2 naimi dengar fasal tugas seorang Pencegah ni. Sebagai seorang isteri, sudah tentu naimi risau dan macam2 naimi fikir… tapi sekarang naimi sedang berusaha untuk menanamkan fikiran positif atas semuanya… tak mahu fikir bukan2 lagi…lagipun kite tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Petang ni, hubby g opis… dan sekarang dia sedang mengisi boring untuk masuk menjadi Pencegah… Tak tahu naimi nak cerita perasaan naimi ketika ini… semua kerja yang dibuat tak menjadi. Pemikiran kat tempat lain… Ya Allah…. Berilah kami kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi rintangan yang mendatang….Balik kerja nanti, insyaAllah…tahulah apa yang terjadi.

Wassalam....