Thursday, June 03, 2010

Pencegah


Assalamualaikum wrt…
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan terhadapNya…. Selamat sudah sukarelawan2 Malaysia dari terus ditahan oleh ‘pengganas’ Israel yang maha kejam dan maha tidak berhati perut..
Sebenarnya hari ni naimi rasa celaru, takut dan cemas sekali. Hubby sekali lagi bingung dengan apa yang terjadi iaitu sama ada patut ikut kawan2 apply untuk Pencegah ataupun kekal dalam Unit Konsul Kastam shj. Memandangkan selepas ini JKDM nak cut cost, semua technician takkan ditempatkan di Unit Konsul lagi dan sepenuhnya Unit tersebut diuruskan oleh Pegawai Kastam. Pening la… Dulu hal ni kitorang penah berbincang and dapat kata putus. Tapi kali ni da perbezaan pulak bila dapat berita baru tu… Semua kawan2 hubby apply Pencegah sebab kalu tak selama2nya diorang kat Unit tu…lagi payah nak kuar selepas ini…. Stress nye hanya Allah yang tahu….
Semalam selepas timbulnye perkara ni, naimi dah suh hubby wat istikharah. Tapi pagi tadi semua dah wat keputusan dan dah pergi dapatkan tandatangan bos besar. Tinggal hubby je masih belum dpt keputusan. Tak mungkin dapat wat keputusan sepantas ni… kami buntu nak cari jalan penyelesaian.. Ya Allah, bantulah kami…
Macam2 naimi dengar fasal tugas seorang Pencegah ni. Sebagai seorang isteri, sudah tentu naimi risau dan macam2 naimi fikir… tapi sekarang naimi sedang berusaha untuk menanamkan fikiran positif atas semuanya… tak mahu fikir bukan2 lagi…lagipun kite tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Petang ni, hubby g opis… dan sekarang dia sedang mengisi boring untuk masuk menjadi Pencegah… Tak tahu naimi nak cerita perasaan naimi ketika ini… semua kerja yang dibuat tak menjadi. Pemikiran kat tempat lain… Ya Allah…. Berilah kami kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi rintangan yang mendatang….Balik kerja nanti, insyaAllah…tahulah apa yang terjadi.

Wassalam....

0 comments:

Post a Comment