Tuesday, July 06, 2010

UsTaZaH

Assalamualaikum

Ermm, arini Naimi berpuasa lagi... Alhamdulillah, mujur hubby ikut puasa samer.. Meriah sikit nak berbuka nanti kan... hihi (^^)

N3 kali nie, Naimi teringat balik kenangan masa menjadi seorang guru (Ustazah) sementara Tahun 2007.. Kat Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Kangar Perlis. Masa tu Naimi tengah tunggu panggilan untuk masuk U, untuk further Degree. Daripada duk sesaje kat umah, Naimi try apply jadi guru... Tup2, rezeki, dapat. Sepatutnye 3 bulan Naimi gantikan ustazah kat sekolah tu, tapi disebabkan Naimi dapat panggilan U cepat sangat, setengah bulan je Naimi sempat mengajar...

Pengalaman sepanjang jadi Ustazah kat situ?? > Memang best sangat. Macam2 ragam budak2 yang Naimi ngajar. Nakal... Bising.. Manja... Mengusik2.. Macam2. Naimi mengajar Pendidikan Islam darjah 5 dan 6. Dah memang Naimi ditugaskan untuk mengajar di kelas paling baik, pertengahan and kelas last sekali. Memang banyak ragam la... Letih jugokla..

Yang paling Naimi ingat, first time Naimi sampai sekolah tu nak mendaftar, Naimi lalulah kat blok2 kelas. Terjumper ngn budak2 yang da blegar2 depan kelas, sebab masih awal kan.. Kebetulan hari Isnin pulok... sibukla nak ada assembly nanti. Naimi jalan la melepasi budak2 perempuan, agak2 darjah 1 @ 2 gitula.. Diorang tengok Naimi ramai2 sambil gelak2 & kata lebih kurang macam nila... : " Ei.... cikgu ke tu? Pendeknye cikgu...hihihihi".. Adussss, berdesing je rase. Hampehh betul budak2 ni, berani cakap Naimi macam tu... (dalam hati, duk tahan gelak).. Kecik sangat ke Naimi? "Takla....." (jawab sendiri)

Walau ape pun, Naimi senang sangat dapat mengajar murid2 kat sana. Walaupun tak lama sangat bersama2 diorang, hati ni dah mula sayangkan murid2.. Agaknye itulah naluri seorang pendidik yang sebenar. Naimi bersyukur sangat sebab diberi peluang sebegitu yang Naimi rasa lepas ni Naimi payah nak dapat dah sebab Naimi memang bukan dalam field pendidik.. Bukan senang nak dapat pengalaman macam tu.. Tak sume orang bernasib baik.. Ape2 pun, hope sume student Naimi berjaya dalam hidup mereka Dunia dan Akhirat.. Moment yang agak mengharukan adalah bila Naimi gtau murid2 Naimi yang Naimi akan quit mengajar tak lama lagi and when that day appear, murid2 hadiahkan macam2 kat Naimi yang mana hadiah2 tu antaranya buku, pen, dlln...(still simpan lagi)


Wassalam...




0 comments:

Post a Comment