Tuesday, November 02, 2010

Banjir d'Perlis 1.11.2010-2.11.2010


Kesemua enam pintu di Empangan Timah Tasoh, Perlis dibuka berikutan paras air yang tinggi melanda Negeri Perlisku….Ini bagi mengelakkan keadaan banjir bertambah buruk jika pintu empangan pecah sekiranya tidak dibuka.










Keadaan banjir d’ Arau, Perlis… Hari ini ramai yang tidak dapat pergi kerja sebab banjir semakin teruk gara-gara hujan yang masih berlarutan tanpa henti….


Banjir di sekitar Changlun

Beginilah keadaan banjir yang telah dan sedang melanda Negeri Perlis dan juga Kedah.. Boleh dikatakan teruk juga banjir kali ni. Perlis yg tak pernah2 banjir, telah dilanda banjir… Pada 28.10.10 yang lepas, satu taufan telah melanda Taman Bahagia, Arau Perlis di mana tlh mengakibatkan beberapa harta benda musnah termasuk sebuah van yg tercampak sejauh 1 meter, rumah ranap termasuk beberapa buah kedai yang agak rosak. Naimi difahamkan Tornado itu hanya lalu sahaja di kwsn itu, namun kesannya memang agak teruk…. Video serangan taufan yang dikenali Tornado ini blh dilihat dlm blog  “http://kekoh.blogspot.com”.

Pagi semalam, air telah pun naik di kwsn umah tok Naimi di Panggas, Perlis. Masa ayah dan mak Naimi gi umah tok untuk menyelamatkan barang-barang berharga, kereta hampir jatuh ked lm sawah bendang sebab jalan dah dibanjiri air… so tak dapat nak bezakan jalan sangat. Huhu.. Kata mak Naimi, sawah bendang Nampak macam kat laut je, dengan airnya yang deras mengalir.. hurm… tapi sempat lagi ayah Naimi turun menjala ngan kawan dia pagi semalam…banyak jugalah ikan puyu yang dia dapat. Hiihi…. Nanti balik raya haji blhla Naimi upload video keadaan banjir ni sebab mak ada ambil video pagi semalam. Tapi petang semalam, jalan nak ke Panggas dah tak blh lalu…Air terlalu tinggi, kenderaan pun tak leh nak lalu dah. Ramai saudara Naimi yang da kat sana terpaksa dipindahkan semalam…Adik Naimi pula yang kerja kat Jbtn Kebajikan Masyarakat Perlis terperangkap dlm banjir di Arau. Pada mulanya dia dan skuad2nya pergi mengedarkan bantuan2 untuk magsa2 banjir…. Akhirnya diorang sendiri terperangkap. Alhamdulillah, mlm semalam dapat juga mereka keluar dari kawasan tersebut.. Tapi, adik Naimi dan kawan2 dia terpaksa tidor kat opis je, mungkin sebab misi belum complete or bos diorang takut kalu diorang balik, esoknya belum tentu dapat gi keje balik.

Pagi ni, tadi Naimi sempat mesej dengan adik lelaki Naimi. Dia ngan adik Naimi yang paling kecik tu tak dapat gi sekolah sebab Sekolah Kebangsaan Santan pun dah dinaiki air… Ayah pun tak dapat gi bengkel… Mak je yang gi keje…

Sekian dulu laporan semasa untuk setakat jam ini.... (^^) da da....

0 comments:

Post a Comment