Thursday, December 02, 2010

e-mel berantai


Bila bercakap tentang e-mel ni, Naimi teringat tentang sebuah kisah e-mel berantai yang Naimi dapat pada bulan April yang lepas. E-mel yang sangat2 mendukacitakan jugak sepanjang Naimi bekerja… huhuhu =(  Dunno how to start it… 

Questions: 
Do I have to put that e-mail in my blog? Can I afford that?
Answers
Yes! Why not… Of Course I can handle it because I am Naimi. Allah will not test me if I am not affordable and competent women.

Sebenarnya Naimi rasa nak berkongsi e-mel ni dengan semua pembaca yang sudi membaca blog Naimi. Pendedahan e-mel tu nanti bukan bertujuan nak memburukkan sesiapa, akan tetapi untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada sesiapa sahaja di luar sana termasuk Naimi sendiri kerana ini adalah sebuah reality kehidupan yg Naimi dah tempuh dan tak mustahil masih menanti di hadapan jalan Naimi. 

Pendedahan Eksklusif
sumenya gara2 e-mel ini yang dihantar oleh slh sorang member opis dan di reply oleh member2 yg lain termasuk Naimi:
7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )
Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ....

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....


Reply 1:
huk huk ....mcm ada yg terkena batang hidung sendiri ni, bab2 cincai dan comot nih. kena la minta ampun ngan suami. tapi bab cabar tu memang betul, jgn le buat. kalau tak caya tanya pojie ngan saidi....pantang besar tuh
Reply 2 [Naimi]:
Hehe…betul tu puan…. Saya sokong!!! Lebih2 lagi, mulut kite ni jangan lah celupar sangat kan…nanti bukan suami je y menyampah, orang sekeliling pun akan menyampah….hehehe
Reply 3:
nak pi opis, mekap punya la lawa...
dok kat umah, baju kelawar dah mcm sarang labah2...
hahaha...
cabar? pantang besar? takda la...give n take la dalam rumah tangga...
Reply 4:
Ye, setuju! Kawin ni bukan untuk sehari dua je, tapi untuk seumur hidup. Kenelah ada asam garamnya, pasang surutnya, dan macam2 rencah lagi.
Reply 5 [Naimi]:
BETUL TU SUME KAWAN2KU…. ITULAH PERENCAH ALAM RUMAHTANGGA…. HEHEHE…SEBAGAI ISTERI KENALAH SENTIASA MELAWA DEPAN SUAMI KITE…. TAPI, KEDUA2NYE KENALAH TERIMA SEADANYA KELEMAHAN DAN KELEBIHAN MASING2…MACAM SAIDI CAKAP TU…ITULAH KEMANISAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR…KAN2?
Reply 6:
Actually org lelaki skg pun kena jaga penampilan gak kat umah jangan kuar  umah jerk alaahai bukan  main wangi n ranggi kat umah pakai kain pelekat jerk ha2
Reply 7 [Naimi}:
Hahahah…..cantik ayat tu kak…hehe
Reply 8:
ke..nak pakai BAJU CINTA je kat umah...hehehe...
penah dengar cerita pasai BAJU CINTA ni?
takda la...mcm AZ & Na'imi cakap tu...semua ni rencah kehidupan..
Reply 9:
Baju cinta x tau pun kasi story ckt. maner tau baju tu ader saiz kena ukur dulu tuu wakakakaaa
Reply 10 [Naimi}:
Wakakakka…baju cinta tak payah ukur la akak…kikikiki
Reply 11:
"Kot ye pun nak pakai baju cinta tu, iron la skit.."
hahaha..hampeh punya laki dia...
Reply 12 [Naimi]:
Hahahaha…tau takpe…hampeh tui suami nenek tuh…
Reply 13[ Kemuncak Siri I]:
Huh.. baru buka emel ni banyak nya korang celoteh…baru semalam g meeting dah kena brainwash pasal macam2 .. Kalu nak cakap pasal benci ni… korang semua kene cermin diri dulu… guna cermin besar untuk cermin diri sendiri dulu ye….baru boleh cakap tentang hal2 lain..Setakat baru setahun dua hidup atau kahwin.. belum cukup untuk bercakap sesuka hati uwekkkk…….
Reply 14:
Setakat bercakap aje, tak salah rasanya. Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Ke kak aya yg dah LAMA KAHWIN nak bagi pendapat..sila2 kan..k la, jgn marah la supervisor.
Kita tutup email berantai ni eh..dah insaf dah nih..
Reply 15:
Nampak nye ada salah paham berlaku disini ni….apa crita ni!!!!!!!!!!!!!!!
Reply 16:
Waduh2 naper nie kita ber email nie kan sekadar untuk merealeased tension bkn menambah tension.  Silalah guna ayat yg belapik sikit x salah menasihat walaupun nasihat itu datang dari sesiapa pun. Mana yg baik patut diamik relaks arkkk. Betui x pojiee kui3 
Reply 17 [KEMUNCAK Siri II]:
SALAM….
Hee..Hee..kasi gempak sikit….Untuk semua…terutama Naimi, Fauzi dan Saidi, ini bukan nasihat (x kuasa nak nasihat pada orang yang dah rasa cerdik dan hidup sempurna dan tip top ni ) Sekadar nak cerita, kita semua ni manusia.. x de yg sempurna.. sekuat mana kita berusaha.. belum tentu segalanya milik kita.. Kenalah ingat,kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Apa lagi mulut pempuan.. Kita selalu rasa kita lah yang terbaik..x campur hal orang.. sentiasa bersangka baik  ( yang sufi la..) yang lain2 mulut laser tapi.. hakikatnya… la..laa.. apa nak kata… hadis pun dah jelas kata… ¾ penghuni neraka  adalah wanita… so.. ….
Terlanjur dah kat sini.. mari kita renung beberapa scenario hidup yang mungkin buat kita berfikir apa kita dah cukup terrer ..dah cukup sempurna… Kalu nak jawab.. jawablah.. mungkin lari topic sikit tapi boleh buat berkongsi idea…Yelah nak tau suara hati seorang isteri dan seorang lelaki..
KEPADA PEREMPUAN : ( terutama yang dah kawin la … )
i.Dah kawin.. rasa semua macam dah ada kot.. rasa dah layan suami macam raja, dah pakai baju cinta ( nak tambat..bla..bla…?? Rasa dah tip top dan excellent service.. Tanya suami YE KE??? Kalu selamanya tip top tapi katalah ada satu yang belum ada…. Ok ke…Alam rumahtangga… ….kalu suami isteri.. kata ok ….yelah tak de zuriat mentua macam mana? Setahun dua boleh le .. masuk tahun ketiga tengok le lain senyum leretnya… apa lagi jiran tetangga dah ceria.. silap2 dia kata menantu pempuan %%%%% … tak kan dia nak kata salah anak lelaki dia … boleh ke kita kata hidup kita dah cukup terer dan juara??Apa2.. pempuan juga yang kena ….
ii. Suami rasa dia nak anak lelaki gek…tapi kita dah bagi dia anak pompuan je.. yele kalu ada sepasang rasa lengkap dah..kawan pun tak leh nak kata apa….apa jawab kite???Nak beranak lagi rasa tak daya….Soalan cepu mas…
iii. Kita dah ada pasangan.. tak kiralah suami atau tunang.. tak perlu ke kita jaga pergaulan dengan sapa2 lebih2 lagi jenis berbeza…
KEPADA LELAKI… yang dah anak mana2  tu sukelah …Berikan Pandangan Ikhlas Anda !!!
i. TERCABAR  KE bila kawan2 bertanya?? bila setahun /bertahun2 kawin tak de apa2… tak de rezeki setakat pemanis mulut… Rezeki kat tangan Tuhan kan??? Ada dulu kekawan senior Tanya… PASANGAN SEMPURNA.. SEMUA ADA..LENGKAP PAKEJ NYA..Buat anak pun susah ke??? INI terpulang kepada penerimanya..Kenapa ada yang senangnya… mana2.. dgn sapa2 pun jadi aje.. (ade yang terasa??? )
ii. Kalu yang dah ade tu pulak… kadang2 orang Melayu ni.. terutama lelaki.. egonya  hanya berpaksikan benda yang satu tu.. dapat anak pompuan saja…tak cukup terrer le..TERCABAR TAK?? Nak tambah anak ramai2… takut  bajet tergendala  .. yelah kita ni gaji x seberapa.. Dah maklum semua  setiap anak ada rezekinya .. tapi sape yang berani …tutup mata ??
iii. Apa yang anda mahukan dari seorang wanita/isteri… Kalu dapat isteri cantik gilek.. pakaian, layanan x leh cerita..  tapi otak ada sikit lower….. tak setaraf dengan anda…yang terrer.. nak bincang pasal hal biasa pun macam ayam cakap dgn itik… orait ke??? Boleh ke tahan selamanya…Orang kata pempuan ni setakat cantik je tapi otak x  seberapa.. nanti anak pun ikut sama.. omputih kata “dumb blonde” …wallahualam….
iv. Dah tu orang dah ada yang punye…kitapun dah ade… memanglah suka2.. tapi kalu ada komplikasinya nanti….sanggup ke nak tanggung??
Banyak lagi aku nak tanya sebenarnya.. nak tahu juga tapi cukup le dulu… nak buat keja.. nanti x halal lak gaji aku ari ni..tak kira yang lain2 (yelah duit gaji ni masuk perut kita..perut anak2 dan keluarga kan..jadi korang ni ramai yg tinggi agamanya..(sufilah katakana… tentu tau ) dahlah banyak yg x sempurna…aku x marah korang citer2 ni.. suka juge  tengok korang punya isi hati… tapi tulah.. kekadang kita ni selalu lupa… aku juga… bila berkata kita lupa apa maksud tersirat dan tersurat yang ade…
SALAM

Apa sebenarnya motif e-mel yang terakhir tu? Nak bagi pendapat or what? Penilaian masing2 berbeza bukan? But 4 me, macam BIG IMPACT yg banyak memberikan tekanan kpd emosi Naimi, bahkan sampai hari ini Naimi masih terasa bahangnya.

Mcamana Naimi mengatasi nya? 
Naimi akan ceritakan dalam entry seterusnya.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..sekadar ingin mengulas

Sebnarnya x phm pon the purpose of this email..it doesn't matter...

tapi nak komen skit ttg teori2 diberikan(esp dlm para highlight hijau)..

1) Apakah semua laki yang berkahwin/ semua laki2 rasa begitu di alam perkahwinan??
Pada saya - kalau kahwin kerana Allah..ikhlas nak menjalani separuh tiang agama..x akan timbul isu begini..lain org lain cabarannya lain ujiannya..setiap org tu x sama..

2) Soal anak..rezeki anak itu adalah kerja Tuhan..kdg2 ada yg kahwin dah 10 tahun baru dpt seorang anak..ada dah 4 tahun kahwin baru dpt anak pastu tahun2 berikut2nya asyik beranak je..mmg x mustahil..x boleh ukur dan simpulkan kalo org tu dah 2-3 tahun kahwin x beranak mmg selamanya x kan ada anak... benda ni x boleh nak kata..sbb kerja Tuhan..sometimes Allah nak uji..Allah lebih maha mengetahui..Paham org dah kahwin ingin sgt memiliki cahaya mata..tapi apapon kuasa Allah tiada sape yang boleh atasi-yg pntg kita sbng hamba hanya perlu usaha dan doa je..ada berlaku satu kisah benar..yg mana ada je suami isteri kahwin x de rezeki dikurniakan anak tapi alhamdulillah bahagia dan pjg je jodohnya sampai tua..suaminya x kisah apa pon..x de apa jadi pon..malah ada segelintir pasangan sebegini mengambil alternatif pelihara anak angkat....mmg ada wujud..ada gak suami isteri dikurniakan anak..tapi kehidupan mereka sgt stress sbb kewujudan anak2..mcm2..ada org tu dpt anak byk merungut pulak..erm mcm2..so perkara2 ni x leh nak cakap..


3)"Orang kata pempuan ni setakat cantik je tapi otak x seberapa.. nanti anak pun ikut sama.. omputih kata “dumb blonde” …wallahualam…."

Statement mmg x leh blah...boleh ke jadi mcm tu..??? kalau perempuan tu bodoh sekalipon tapi leh didik anak dgn sempurna..anak itu diberi ilmu dan pelajaran..pasti anak itu menjadi manusia yang terbaik dan lebih baik lagi..habis tu nenek2 moyang kita dulu2 x pergi sekolah x masuk universiti..cakap omputih pon x tahu..boleh kata bodoh jugakkan??tapi kenapa anak2 generasi2 seterusnya boleh berjaya boleh masuk universiti??Allah x akan ubah seseorg selagi seseorg tu x ubah dirinya.-general rule-..so kalau kita seorg bodoh kita masih boleh berubah- apa yg pntg usaha..genetik2 ni sekadar menyumbang sikit percent aje..kdg2 x effect apapon..

4) "Suami rasa dia nak anak lelaki gek…tapi kita dah bagi dia anak pompuan je.. yele kalu ada sepasang rasa lengkap dah..kawan pun tak leh nak kata apa….apa jawab kite???Nak beranak lagi rasa tak daya….Soalan cepu mas…"

Jika wujud lelaki sebegini melambangkan suami tu x bersyukur dan memperlekehkan kurniaan Tuhan..sedangkan x tahu ke betapa besarnya pahala meraikan anak2 perempuan( ada hadis)..menyayangi anak2 perempuan..sbb Islam lah martabat / maruah perempuan terpelihara dan dijulang tinggi..

Yg penting didikan..supaya anak itu berbakti dan berdoa pada ibubapanya..bukan masalah jantina..semua sama je..kalau anak itu laki sekalipon kalo x dididik betul2 bakal mengundang bencana di hari tua..bahagiakah anda kalo begini?? Senang ke dapat anak dan jaga anak ni??

Kalau suami tu soleh dan memahami dan paham agama ..x akan timbul isu sebegini..

3)Kadang2 kita ni manusia dah mcm Tuhankan? Perasan cam agung sgt.. suka sgt menilai org itu ini..apa org ckp sikit suka nak diambil kira dan nak difikirkan dan nak dinilaikan..seterusnya buat la teori mcm2..sepatutnya kita patut memberi pendapat/pandangan utk memajukan org dan meleraikan masalah..

Kepada pemilik blog..maafkan saya..kalo teruk sgt komen ini..ini komen sy secara spontan..x de niat apa2 cuma rasa sikit x senang dgn statement yg dipaparkan dlm para highlight hijau tuh..byk ke arah negatif je..mungkin la ia betul atau sebaliknya..sbb x percaya semua org kahwin pikir mcm tu..

Kesimpulannya..lain org lain keadaan rumahtangganya..lain takdir dan nasibnya..x sama.. so org2 luar x berhak nak campur dan nak komen bukan2..

Wasalam -silent reader-

faiz_naimi said...

Waalaikumsalam.

Terima kasih banyak2 atas pandangan saudara/saudari.. I really appreciate that. Memang Naimi pun kalu boleh nak je balas balik "emel" tetibe tu, tapi disebabkan tak mahu keruhkan lagi keadaan,Naimi diamkan shj. Lgpn, siapalah Naimi, masih baru dlm servis jika nk dbandingkan dgn dia y sdh bpuluh2 tahun tu...

Sekarang, Naimi tanamkan dlm diri yang sehebat apapun perancangan kita sbg manusia, perancangan Allah itu lbh hebat dan tiada tandingannya. Kerna Dia lbh tahu apa yg tbaik buat hambaNya... (^^)

Wslm

Post a Comment