Monday, July 19, 2010

Akankah Sebuah Penantian Ini Bakal Berakhir ?

Assalamualaikum....

Pagi-pagi lagi Naimi dapat satu mesej dari emak di kampung [ Askum td mk bc berita harian. Pasangan 2 dr pulau pinang. 7 thn kawin x dpt anak. Tau2 dpt kmbr 4. Sabar la mungkin akan dpt kmbr juga nanti. He he he. Amin.... ]  
Naimi pun reply la..  [ Tu dia...sampai 4 ]

Herm... bukan main bersungguh-sungguh n excited mak Naimi tu... Tak sabar sangat dah agaknya nak menimang cucunya.. Walaupun dengan intonasi n nada gurauan yang Naimi balas, namun hati kecil Naimi tersentuh sangat... Ya Allah, bilakah aku bakal memperoleh cahaya mataku sendiri??? Naimi masih lagi menghitung detik2 yang belum pasti akan kedatangan waktu itu...

Keratan akhbar Metro hari ni:


JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.
Bagi pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, kelahiran bayi kembar empat itu memang tidak dijangka dan bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata sekali gus.
Mereka terharu dengan anugerah tidak ternilai itu kerana sudah lama berusaha mendapat zuriat sendiri.
Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata, mereka terkejut apabila doktor yang melakukan pemeriksaan ketika permulaan isterinya hamil memberitahu bakal mendapat kembar tiga.
“Kami sudah membuat persiapan menyambut ketiga-tiga cahaya mata termasuk membeli pakaian dan peralatan mereka.
“Bagaimanapun, kami terkejut apabila isteri bersalin pada 4 Mei lalu anak kembar empat, namun amat bersyukur dengan anugerah itu. 
“Keempat-empat bayi dilahirkan itu tidak cukup bulan menyebabkan mereka ditahan di HPP, tetapi isteri dibenarkan pulang pada 28 Jun lalu manakala semua anak kami dibenarkan keluar pada 1 Julai lalu.
“Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya. 
Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu, suri rumah sepenuh masa berkata, suaminya terpaksa membeli barangan dan keperluan untuk seorang lagi kerana sebelum ini hanya membuat persiapan untuk tiga bayi.
Katanya, mereka berdua puas berusaha mendapatkan zuriat sebelum ini termasuk menggunakan kaedah rawatan moden dan tradisional selain berdoa.
“Pada peringkat awal kehamilan, saya amat risau kerana mengalami alahan serius termasuk kerap muntah dan tiada selera makan.
“Namun, saya bersyukur keempat-empat bayi kami selamat dilahirkan dan sihat.
“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.


Seronoknyer ada anak ni kan? 
Herm...Itulah, berkat kesabaran, usaha dan doa yang tak henti2....
Izinkanlah aku Ya Allah untuk menjadi salah seorang insan bertuah yang akan bergelar ibu. Izinkanlah aku dan suamiku untuk merasai kenikmatan dan kebahagiaan hidup di samping zuriat kami yang soleh dan solehah.. 
InsyaAllah. Amin...
Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang... Semuanya adalah dengan izinMu,
Ya Rabbi...

P/S: Tahniah buat sahabat Naimi, Mayaddah Ismail yang sudah selamat melahirkan first baby girl (2.75 kg), jam 11 malam, 13 Julai 2010 yang lalu.

         Alisya Maisara


0 comments:

Post a Comment