Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 15 Ramadhan 1431H. Bestnya tak lama dah lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini merupakan tahun kedua Naimi beraya sebagai isteri orang…. Dan tahun pertama Naimi dapat menyambut hari raya bersama suami plus ngan family… Maklumlah last year Naimi dan suami beraya di Putrajaya coz tugas dan tanggungjawab kepada Negara. Hihihihi=)
Erm, sejak bergelar isteri Naimi banyak sangat belajar perkara2 baru dalam hidup… Antaranya Naimi banyak belajar tentang erti pengorbanan, tolak ansur dlln. Indah sangat2 sebenarnya bila kita dapat megecapi erti sebenar kerukunan sesebuah rumah tangga… Macam raya tahun lepas, walaupun Naimi dapat cuti lama, tapi Naimi menghabiskan 3 hari cuti Naimi di sini, bukan di kampung. Suami terpaksa bekerja di hari raya, mustahil Naimi nak balik sorang2 kan? Memanglah jauh di sudut hati Naimi, terasa amat sedih dan sayu sekali bila mendengar takbir raya, lagu2 raya….dan masa tu Naimi dah confirm tak dpt balik beraya bersama keluarga tercinta…
Namun begitu, Naimi bersyukur sangat2… kenape ek? Sebab sebenarnya walaupun Naimi beraya di sini tanpa kehadiran ibu bapa, adik2 dan family yang lain, Naimi dapat beraya dengan suami Naimi, iaitu MY FAMILY. So, who said that I’m celebrating Eidul Fitri alone?? Heheh (^^) Di sebalik kesayuan itu, terselit rasa cinta dan kesyukuran yang amat sangat…As a muslim, Naimi percaya ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Syukur Ya Allah, Kau telah kurniakan aku seorang kekasih yang amat2 mengasihi dan menyayangi diriku…. Kekalkan lah dia di hatiku, dekatkan lah hatinya kepadaku… Semoga kasih kami diberkati dan sentiasa berada di bawah payung rahmatMu, Ya Allah…
Erm…. InsyaAllah, tahun ni Naimi akan beraya di kampung….bestnya…….. Tak sabar betul nak balik ke kampung halaman… Kami akan bertolak balik ke kampung pada malam raya, hari Khamis malam Jumaat… dan akan pulang semula ke Putrajaya pada 15/16 September 2010…
Usai Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Putra, Putrajaya
Hanya kami
my hubby
me (^^)
Otw nak gi beraya umah nenek Anis di Semenyih. Hihi=)
First time dapat beraya ngn sahabat tersayang!!! Lepas tu, terus gi Port Klang, opis suami
Salam ramadhan 14... Wah2, dah hampir separuh Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Sangat singkat rasanya.... Itu pun bila nampak bulan kat langit tu dah hampir2 purnama.....
Hari Jumaat, 13hb yang lepas Naimi dan hubby telah pulang ke kampung untuk sama2 menyambut kedatangan bulan Ramadhan bersama family tercinta. Kami pulang hanya beberapa hari sahaja, Ahad petang selepas zohor kami dah berangkat pulang ke sini.. Tapi, masa kat kampung hari tu, masa terasa berlalu dengan panjangnya. Alhamdulillah....memang puas hati lah walaupun balik sekejap sangat. Dapat same2 berbuka puasa, bertarawih di masjid same2...
Keadaan jalan raya petang Jumaat dari KL
Patuhi had laju???? Dah banyak saman ni. Lambat gila rasa perjalanan kali ni.. Tapi masa balik ke Putrajaya, hubby dah belasah je... kalu tak, alamatnya pagilah kami sampai... hihihi =)
betul ke ada diskaun kpd pemandu yang mengikut had laju musim perayaan ni?? jeng..jeng..jeng...
bersantai2 di pagi hari Sabtu
my Dearest Lil' Sis
- Jadi camera girl -
Rumah mertuaku
Abah yang gigih dan syiok kaut rambutan utk kami
Si "COMEL" yang sedang beraksi
another 'sporting' kittens beraksi
Juadah yang sudah Naimi cuba... memang best!!
otw pulang Putrajaya
- akhirnya 'kuar' jugak my pic.... ngan hubby kat R&R Sungai Perak, after berbuka, otw to perform solat -
Okeylah dulu utk N3 kali ini... Banyak yang Naimi terlepas and tak sempat2 nak share kat blog nie... InsyaAllah.... jumpa lagi.
Alhamdulillah, hari ini sudah pun masuk 13 Ramadhan 1431H. Di kesempatan ini, ingin sekali Naimi panjatkan rasa penuh kesyukuran di atas segala kurniaan dan nikmat yang sangat2 tak ternilai harganya yang Naimi serta semua Muslimin dan Muslimat peroleh di bulan mulia ini…. Semoga kita semua lebih khusyuk dan ikhlas dalam menunaikan ibadah kepada Yang Maha Pencipta.
InsyaAllah…. Kedatangan suatu malam yang ditunggu2 oleh kita semua iaitu Lailatul Qadar akan tiba tidak lama lagi. Oleh yang demikian, sama2 lah kita mencari, mengejar dan terus memburu malam itu nanti. Namun begitu, bukanlah bermakna di malam2 yang lainnya kita tidak harus mengejar pahala dariNya… (^^) Selamat Beramal…
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)
Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.
Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.
Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.
Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.
Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.
Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.
Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalianmengikutinya tidak mungkin akan tersesat.
Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.
....Untuk renungan bersama sebagai perkongsian ilmu di Bulan Ramadhan....
Naimi dan suami berasal dari Negeri Perlis dan sekarang kami menetap di Putrajaya.
Naimi adalah anak pertama daripada enam adik beradik.
Seorang isteri kpd Ahmad Faiz bin Muslim.
Seorang penjawat awam di Jbtn. Peguam Negara.
Seorang pelajar Undang-Undang di UITM Shah Alam.
Banyak mata yang terjaga. Banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau yang akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatkanmu hilang arah. Kelmarin Allah telah menolongmu. Percayalah esok pun Dia akan tetap menolongmu. (IMAM SYAFIE)
So In Love
Ahmad Faiz bin Muslim
Dilahirkan pada 18.03.1986. Satu2nya putera lelaki kpd Muslim bin Mustafa dan Noorhayati binti Hamid. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Nurul Na'imi binti Aziz
Dilahirkan pada 10.02.1986. Puteri pertama kpd Aziz bin Itam dan Rusnah binti Salleh. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Peguam Negara Malaysia. Masih belajar dalam jurusan Undang-Undang di UITM Shah Alam.