Alhamdulillah, hari ini sudah pun masuk 13 Ramadhan 1431H. Di kesempatan ini, ingin sekali Naimi panjatkan rasa penuh kesyukuran di atas segala kurniaan dan nikmat yang sangat2 tak ternilai harganya yang Naimi serta semua Muslimin dan Muslimat peroleh di bulan mulia ini…. Semoga kita semua lebih khusyuk dan ikhlas dalam menunaikan ibadah kepada Yang Maha Pencipta.
InsyaAllah…. Kedatangan suatu malam yang ditunggu2 oleh kita semua iaitu Lailatul Qadar akan tiba tidak lama lagi. Oleh yang demikian, sama2 lah kita mencari, mengejar dan terus memburu malam itu nanti. Namun begitu, bukanlah bermakna di malam2 yang lainnya kita tidak harus mengejar pahala dariNya… (^^) Selamat Beramal…
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)
Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.
Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.
Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.
Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.
Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.
Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.
Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalianmengikutinya tidak mungkin akan tersesat.
Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.
....Untuk renungan bersama sebagai perkongsian ilmu di Bulan Ramadhan....
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w :
“ Mengapa aku melihat kau berubah wajah?” Jawabnya:‘'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'’
Lalu nabi s.a.w. bersabda:“Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.”
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.” Nabi s.a.w. bertanya:“Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya:“Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.”(NOTA KEFAHAMAN: IAITU YG LEBIH BAWAH LEBIH PANAS)
Tanya Rasulullah s.a.w.:“Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya:“Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar nabi saw bersabda:“Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”
Jawabnya:“Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.
(DIPETIK DARI KITAB 'PERINGATAN BAGI YG LALAI') Dari Hadith Qudsi:Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
- Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.... -
WHY DO WE READ QURAN, EVEN IF WE CAN'T UNDERSTAND A SINGLE ARABIC WORD???? This is a beautiful story
لماذا نقرأ القران, حتى لو لم نكن نفهم مفرداته العربية جيدا
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. عجوز امركي مسلم يعيش في مزرعة في جبال شرق كنتاكي مع حفيده الصغير
في كل صباح الجد يستيقظ باكرا ويجلس على طاولة المطبخ ويقرأ القران.
حفيده الصغير كان يريد ان يصبح مثل جده لهذا كان يحاول تقليدة بكل طريقة ممكنة
One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?" في أحد الايام سأل الحفيد جده قائلا (جدي! انا احاول ان اقرأ القران مثلك لكنني لم افهم كلماته,والذي افهمه انساه وسرعان ما اغلق الكتاب.ما هي الفائده المرجاة من قراءة القران.
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. الجد بهدوء وضع الفحم في المدفئة واجاب (خذ سلة الفحم الى النهر وأملئها بالماء)
The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. قام الولد بعمل ما طلبه منه جده,لكن كل الماء تسرب من السلة قبل ان يصل عائدا الى المنزل.ضحك الجد وقال(يجب عليك ان تكون اسرع في المرة القادمة)ثم بعثه مرة اخرى الى النهر مع السلة ليحاول مرة اخرى.في هذه المرة ركض الولد بشكل اسرع,ولكن مرة اخرى السلة فرغت قبل وصوله المنزل.كان يتنفس لاهثا.واخبر جده انه من المستحيل ان احمل الماء بهذه السلة,وذهب ليحضر دلواً بدلا من السلة.
The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just aganot trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try in. الرجل العجوز قال (انا لا اريد دلوا من الماء,بل اريد سلة من الماء.انت فقط لم تحاول بجهد كاف) ثم خرج ليشاهد الولد يحاول مرة اخرى
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." في هذه الاثناء.ادرك الولد انها مهمة مستحيلة,لكنه اراد ان يثبت لجده انه حتى لو ركض بأسرع ما يستطيع ,الماء سوف يتسرب قبل ان يصل عائدا الى المنزل .فقام الولد رمى بالسلة في النهر وركض بسرعة وبجهد.ولكنه عندما وصل الى البيت وجد ان السلة فارغة مرة ثالثة.
فقال وهو يلهث, انظر جدي ........انها غير مجدية
اذن انت تظن انها غير مجدية.؟ أجاب الجد
انظر الى السلة
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. نظر الولد الى السلة وللمرة الاولى ادرك ان السلة مختلفة.كانت سلة متسخة تنقل الفحم القديم والان اصبحت نظيفة من الداخل والخارج.
Son, that's what happens when you read the Qur'an . You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out when you read time by time . That is the work of Allah in our lives...." بني أجابه الجد : هذا ما يحصل عندما تقرأ القران.من الممكن أن لا تفهم شيئا او تتذكر اي شيء ولكن عندما تقرأه مره بعد مره بعد مره .سوف تتغير داخليا وخارجيا.هذا عمل الله في حياتنا .
BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ..........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain
Kamu juga yang akan MENYESAL....
Salam Ramadhan yang ketiga.. Alhamdulillah, hari ni Naimi masih bsemangat lagi meneruskan berpuasa di bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ni… insyaAllah petang ni Naimi dan hubby serta adik ipar akan berangkat pulang ke kampong menaiki kereta kesayanganku.. Semoga perjalanan kami semua selamat dan sentiasa berada di bwh lindungan Yang Maha Esa hendaknya.
Pagi tadi Naimi terlajak pula tido…dlm 530 am baru tersedar dari tido. Jadinya tak sempat la Naimi nak masak untuk bersahur. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan juga pahal bersahur tu, kami tetap bangun dan makan 2 biji buah tamar berserta segelas air kosong. Letih betul Naimi ni kalu masuk puasa hari kedua. Hari pertama dan hari2 berikutnya okey la… hihihihihi (*_^)
Actually Naimi nak bercerita tentang mimpi… Semalam Naimi mimpikan tentang satu “HARI” ni, iaitu hari di mana bumi ini menjadi hancur, hari di mana ayat2 suci Al-Quran diangkat ke langit dan hari di mana segala penyesalan dan taubat tidak lagi diterima oleh Allah swt. Nauzubillahhiminzalik… Allah Maha Besar, Maha Esa, Maha Pengampun dan Maha segala-galanya… Hati ini benar2 tersentuh… Lebih2 lagi apabila melihat dan mengalami suasana seakan2 bumi ini secara perlahan2 hancur dan musnah… Ramai yang lari bertempiaran, ada yang sudah mati dlln.. Ya Allah, amalanku masih tidak cukup untuk menjadi bekalan semasa aku bertemu denganMu Ya Allah…
Allah izinkan Naimi mimpi sedemikian rupa, lebih2 lagi di malam bulan Ramadhan ni.. Mungkin hikmahnya patut Naimi sendiri cari… Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba2Nya yang beriman kepadaNya…
Antara tanda-tanda berlakunya kiamat kecil berdasarkan Hadith2 riwayat Bukhari dan Muslim serta at-Tirmizi ialah :
1.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3.Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4.Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
5.Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
6.Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
7.Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8.Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
9.Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
10."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
11.Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
12.Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
13.Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
14.Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
15.Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
16.Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
18."Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, dan timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
dan lain-lain lagi… Wallahua’lam.
Manakala antara tanda2 berlakunya kiamat besar ialah :
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.
Kemudian beliau menyebutkannya:
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Ya Allah Ya Tuhanku… Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat2ku serta dosa2 muslimin dan muslimat…. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pemurah….
Seperti yang kita semua sedia maklum, hari kiamat akan terjadi pada hari Jumaat. Dan dlm mimpi Naimi pun, kiamat terjadi pada hari Jumaat. Terasa amat sukar sekali Naimi ingin perincikan kejadian yang terjadi satu persatu dlm mimpi itu… Sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segala2 yang ada di muka bumi ini.
Di sini juga Naimi ingin attachkan sesuatu iaitu di mana Naimi sendiri dapat merasakan bahawa “HARI” itu sudah semakin tiba.. Dalam Al-Quran sendiri ada Allah berfirman bahawa hari kiamat itu jatuh pada hari Jumaat.
Ø18/12/09 - Thn Baru Hijrah
Ø25/12/09 - Thn Baru Krismas
Ø1/1/10 - Thn Baru
Ø26/2/10 - Maulidur Rasul
Ø2/4/10 - Good Friday
Ø28/5/10 - Wesak
Ø10/9/10 - Hari Raya Aidilfitri
Ø27/8/10 - Nuzul Quran
Ø5/11/10 - Deepavali
Adakah ia sekadar kebetulan…or sebaliknya?? Wallahua’lam…
Okeylah, Sekian dulu utk entry kali ni. And the conclusion is, hisablah diri sendiri b4 diri kita dihisab olehNya…
Naimi dan suami berasal dari Negeri Perlis dan sekarang kami menetap di Putrajaya.
Naimi adalah anak pertama daripada enam adik beradik.
Seorang isteri kpd Ahmad Faiz bin Muslim.
Seorang penjawat awam di Jbtn. Peguam Negara.
Seorang pelajar Undang-Undang di UITM Shah Alam.
Banyak mata yang terjaga. Banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau yang akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatkanmu hilang arah. Kelmarin Allah telah menolongmu. Percayalah esok pun Dia akan tetap menolongmu. (IMAM SYAFIE)
So In Love
Ahmad Faiz bin Muslim
Dilahirkan pada 18.03.1986. Satu2nya putera lelaki kpd Muslim bin Mustafa dan Noorhayati binti Hamid. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Nurul Na'imi binti Aziz
Dilahirkan pada 10.02.1986. Puteri pertama kpd Aziz bin Itam dan Rusnah binti Salleh. Berasal dari Perlis dan sekarang menetap di Putrajaya. Bekerja di Jabatan Peguam Negara Malaysia. Masih belajar dalam jurusan Undang-Undang di UITM Shah Alam.