Friday, June 25, 2010

SEMINAR PENDEKATAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL





Tarikh:   29.6.2010
Tempat: Jabatan Peguam Negara, Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Aras 3, No. 45, Persiaran Perdana,  Presint 4, Putrajaya.
Anjuran : Seksyen Syariah, Bahagian Penasihat
Jam : 8am-5pm

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :
Puan Maarbalqish: 03-88855537@0133216895
Cik Nor Rosuhaimah: 03-88855321
Puan Siti Noraini:03-88855364@0123191657

Yuran:
Pelajar : RM50
Pekerja Kerajaan/Swasta: RM100



Thursday, June 24, 2010

HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, pada malam ni Naimi berkesempatan nak meng-update blog kesayangan Naimi ni. Actually..hari ni merupakan hari yang agak mendukacitakan hati nurani Naimi. Sedih la, macam2 terjadi dalam masa ONE DAY...

Pagi tadi masa di opis, Naimi memulakan rutin harian Naimi la....macam biasa. Sekarang ni Naimi dapat tugas untuk buat Laporan la lebih kurang tentang Statistik Masalah Gejala Sosial di Kalangan Remaja Sekarang.. Tuan Timbalan Naimi yang arahkan.. katanya untuk digunakan masa pembentangan kertas kerja dalam Seminar Pendekatan Undang2 Islam dalam Menangani Gejala Sosial anjuran opis Naimi 29hb nanti. 

Dalam sibuk2 wat graf untuk statistik yang dibantu oleh rakan sekerja yang sporting iaitu Suhaimah, tibe2 kuar mcm satu error yang arahkan Naimi utk save and close that Microsoft Office. Naimi pun tak pikir pe2, trus click butang save, then close it properly... Later then, bila nak buka balik semula...cannot dah. Pelik jugak!!! Dalam hati dh bdegup2 ni...ala, ape nak buat ni. Dahla seminar minggu depan, Laporan hampir siap dah, tibe2 tak leh open. Macam2 cara dah wat.... Termasuk panggil orang dari Bahagian Technician tengokkan ape masalahnye... She also can't do nothing =( Yang paling Naimi geram tu...dah tak reti takpelah...ada ke patut technician tu gatal2 tangan pi buka My Document Naimi. Tengok ada ape2....Pas tu suke2 hati die je send salah satu dari emel Naimi ke emel dia, through my emel. Tak puas hati betul...tak reti minta kebenaran ape??? Mentang2lah kite wat baik je ngan die selama ini....amik kesempatan pulak. Bukan nk tolong settlekan masalah pun. Dahla Naimi mmg tak wat copy back up langsung. Adduuuuh....

Saat2 paling teruknye....ada pulak yang suh Naimi wat itu ini...sedangkan dah memang diorang tahu problem Naimi waktu tu yang amat tak memungkinkan Naimi wat ape yang mereka nak.... Tak paham2!! Lagila tensen...

Last sekali dah hilang punca rasanya...sampai dah menangis2 dah.... Yelah, jenuh kalu nak buat balik semua, sedangkan due dah dekat sangat2.... Naimi kol hubby yang kebetulan off hari ni. Selepas cerita masalah yg dihadapi, Naimi send that Report to my hubby. Minta hubby tengokkan, Lagipun hubby Naimi memang terror bab2 macam ni (yang berkaitan komputer). Lama pastu die kol cakap memang tak leh open... Tapi tak tau pe masalahnye. Naimi memang kena terima seadanya la situasi tu.... Mujur Suhaimah sudi membantu Naimi wat Laporan baru... Selang bberapa minit lps tu, hubby kol lagi and cakap dh leh buka.... SYUKURnye...... Akhirnya, Naimi dapat balik report yang lama tu...huhuhu (My HUBBY memang HEBAT, he is MY HERO)

Petang balik je dari opis, kami pi singgah Warta kat Bangi sebab nak beli contact lens baru.... Dah lama jadik org rabun.... Nak pakai spek, power agak tinggi. Bukan ape, sejak pakai Permata Hijrah, mata Naimi makin kurang power... Alhamdulillah.... Tapi, masa dah lepas beli tu, ajak hubby g Watson.. Nak beli pregnancy test. Memanglah tak pregnant pun...Saje nak beli. Nak simpan dulu, walaupun period baru je lewat sehari...Pilih2....tak jumpe yg berkenan. Hubby kata tak yah beli lagi....Nanti frust.Naimi terus merajuk, letak balik n keluar dari Watson. "OK, tak yah beli....". Bukan Naimi tak tau, sebelum ni pernah 2,3 kali lewat dlm 5-6 hari period, dh yakin ni.... tapi last2 minit....period jugakkkk... Frust tak payah cerite lar....Entahla...sebagai perempuan, Naimi rasa kecewa dan sedih sangat & 4 me, tindakan dan kata2 hubby tak pyh beli lagi tadi tu tlalu sensitif. Sampai Naimi terfikir.... memang die tak faham dan tak rasa apa yang Naimi rasakan..... Even Naimi tau niat hubby baik, bukan nak bermaksud sebaliknye.....Namun, inilah rasa hati seorang wanita yang bergelar ISTERi.

Malam ni pulak...badan rasa macam tak berapa sedap. Entahla, tak tau kenapa.... Tak larat nak wat ape2, hatta masak sekalipun... No MOOD at all.. Sekarang tinggal kat umah sorang2, hubby g Drift. Ada hubby ajak, tapi Naimi malas, takde mood langsung.... Badan rasa tak BEST.. Namun, Naimi gagahkan diri utk bangun juga tulis sedikit perkara dalam blog nie.....(wlpn mcm bkn sikit pun)..


Hurmmmm, oklah dulu untuk kali ini. Sekian, wassalam... Daaaaaa =)



Wednesday, June 23, 2010

Umar Rifqi 5.2kg



Assalamualaikum.....

Hai... Selamat petang (^^)

Ini adalah gambar terbaru anak sedara Naimi yang diberi nama Umar Rifqi... Gambar ni kakak ipar Naimi yang hantar kat hp my Hubby... Tembam kan??? hihi... Actually umur Rifqi baru je sebulan...... Takpe2... yang penting anak sedara mak ngah & pak ngah ni sehaTTTT.... tak sabar nak jumpe Rifqi lagi nantiiiii....

Sekian.


Tuesday, June 22, 2010

KUSZA-UDM-UNISZA

UnisZA secara rasmi nama baru UDM

KUALA LUMPUR 21 Jun - Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti.

"Pertukaran nama UDM telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 April 2010 dan telah diwartakan pada 13 Mei 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, UnisZA menjadi harapan kepada rakyat Malaysia agar dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.

"Penubuhan UnisZA diharap dapat melahir dan membentuk pemimpin yang pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa selaras dengan visi UnisZA itu sendiri," ujarnya.
UDM telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan universiti awam yang ke-18 di negara ini.
Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.

Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.
_________________________________________________________________________________


Assalamualaikum wrt


Erm... betul juga ura-ura yang Naimi dengar sebelum ini iaitu UDM@KUSZA akan ditukar kepada uniSZA.. Hari ni tengok paper Utusan Malaysia, sahlah UDM dah tukar kepada uniSZA.. Banyak betul sejarah yang Naimi lalui di uniSZA ni... Masa tahun 2003, Naimi masuk ke sana amik Diploma in Law and masa tu atas nama KUSZA(Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Masa Naimi grad tahun 2007, Naimi grad di tempat yang sama atas nama UDM(universiti Darul Iman)... walaubagaimanapun, KUSZA dan UDM tetap di hati Naimi..Indah sangat saat2 belajar di sana. InsyaAllah, andai punya kesempatan, Naimi akan kongsikan sedikit pengalaman dan saat2 manis Naimi sepanjang pengajian di sana....

Wassalam.

Monday, June 21, 2010

Demo Drift @ Karnival Hari Keluarga PETRONAS

Assalamualaikum....

Ok, kali ni Naimi nak upload beberapa snap scene semasa Demo Drift yang dijalankan baru2 ni kat Karnival Family Day anjuran Petronas.... So merrier!!!



Alhamdulillah...lebih kurang 1.00 tengah hari, game habis... Memang besssh lar. Tak sia2 join skali, even pagi tu baru balik dari keje... Neway, event yang Petronas anjurkan memang besar2an la...lebih kurang Jom Hebohhhh gitu (^^)

Balik tu...kami gi Warta. Beli CD citer Back Up Plan & My Name Is Khan. Lepas tu singgah pekena air nyiok kat area2 bangi tuh..... memang COOL..

Balik jer umah.... kami mandi2 and solat Zohor and thennnnnnnnnn...... zzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~~~~[tidow sepuas2nye....letih....]

Ok, sekian dulu utk entri kali ni... Sure pasni my hubby will update his drift segment. Ahakkks... Adiyossss!!!!!

Friday, June 18, 2010

Kisah Kita (my part 2)

Ohhhhhh..... patutlah selalu sangat si "Ahmad Faiz bin Muslim" tu amik buku dalam begnya..... Erm, rupe2nya dia asik2 ngusha anak Aziz yang sorang ni..

Masa tingkatan 2, barulah naimi kenal pemilik nama Ahmad Faiz ni. Tapi takdelah kenal sangat pun, sekadar tau di sekelas je... tak penah plak kitorang bercakap atau btegur sapa, even berselisih tepi jalan.Agaknya kalu tengah susah mintak tlg pun tak mau.hihihi =) Naimi ingat lagi, pemilik nama tu yang hanya naimi panggil faiz tu first time kim salam kat naimi, dengan cara sampaikan kat Syukor kawan baiknya. Si Syukor plak sampaikan kat best fren naimi, Farah Najwa.. menyampah sangat la naimi waktu tu. Geram pun ada..berani dia kim salam. dah tu penah satu kali tu, masa naimi duk kalut2 nak masuk kelas, dia tahan kaki...huh...nasib baik tak jatuh tersembam... adalah untung jugak jalan tgk bawah kan? hihii (^^)

Selain itu juga, naimi kan duk line 2 dari blakang dlm klas. Line dpn skali, budak laki2 duduk..antaranya Kamal Amir(KA). Faiz ni slalu sangat lepak kat situ kalu wkt rehat, wkt cikgu meeting dan tak masuk kelas or wktu tluang... Apa lagiiiiii, asik2 naimi jadi mangsa matanya. masa tu, kalu da kuasa, nak je dicabut matanya....tak malu tgk org!! Naimi dahla mmg jenis malu y amat2.... Eiiiiiiiiiiiiiii, yang paling berani, Faiz (hubby) pernah baling kapur papan hitam nk tarik perhatianku dr tempat  KA. Marah betulla naimi..tu yang si Farah trus sound Faiz.hihihi...(padan muka). Habis satu kelas perasan ngn pbuatan si Faiz ni. Adoyaiiii

Masa tingkatan 2, Naimi ni sekejap duk hostel, sekejap duk luar...hihi=) ngada2kan...sian kat mak n ayah... tiap2 pagi ayahla yang akan hantar naimi ke sekolah. Balik sekolah pulak kdg2 ayah jemput, kalu tak naik bus ler........ huhuhu.

Apa lagi nak cite ek masa form 2? Erm... banyak aksi2 mengurat je yang Faiz wat.. Opss, lupa nak citer, lepas kali ptama dia bjaya kim slm kat Naimi,lps dari tu, hari2 dia pass salam kat Naimi. Naimi pun jawabla salam... (tapi tak ingat lak balas ke tak salam tu balik...hihi)

Namun begitu, Faiz masih tak bjaya untuk mengurat Naimi sebnye......hihi....Naimi punya hati y agak keras la(konon2). Sebab bagi Naimi, sakitnya amat perit bila Naimi berikan kasih sayang utk seorang lelaki seandainya Naimi kehilangannya suatu hari nanti......

Tapikan...Naimi tak heranla ngn usikan yang Faiz buat tu. Naimi still dpt belajar ngn tenang seperti biasa wlpn kurang senang ngn gelagatnye dalam kelas. Tapi, bila dapat result Form 2, Naimi turun ke kelas B. Masa Form 3, Naimi masuk 3B. Wlpn sedey sangat dengan pencapaian naimi tu, naimi tetap bsyukur seb naimi dapat duk kelas asing dari Faiz yang kekal lagi di kelas Arif. harap2 dia tak kacau Naimi lagi.....

( 2 B Continued... )

By Naimi

Part 1 = Bermula la kenakalan faiz waktu di form2 ni........scene "amik buku"


Mcmane nak start ek......ok yang mana sampai dulu faiz citer dulu.....KIRIM SALAM KAT NAIMI NA........kekekek biasa la cara lama nak mengorat suh membernya sampaikan salam,nak tarik perhatian la konon.....hari2 suh membernya sampaikan salam pada si cantik molek tu....mungkin sampai salamnya tu...tapi takkan mcm tu jer nak tarik perhatiaannya......pasti perlbagai cara akan digunakan....memang tak dinafikan bukan senang nak menarik perhatiannya.....

Huhuhuhu dalam satu kelas so tak susah nak amik perhatiannya.......tergelak kalu teringat kembali.....Teringat masa dlm kelas dulu....faiz ditempatkan betol2 dpn papan hitam, kira dok depan la, dok tengah2 lagi, naimi pula 2 barisan dari belakang sebelah kiri kelas...Beg pastinya ada dibelakang kan..... atas kerusi, selain dari bawah meja, setiap kali faiz nak ambil buku dalam beg setiap kali tulah faiz akan pandang naimi.....selalu tunggu sampai naimi pandang pada faiz baru faiz paling balik....kekekek,

Disebabkan papan hitam depan faiz jer so pasti si dia akan pandang gak kot mana pun.... bila amik buku, mata pandang kat belakang dulu, bila si dia pandang, negok pada buku cepat2 hahahaha.......nak tau tak kadang2 sebenarnya bukan nak amik buku aper pun, BUAT2 AMIK BUKU JE BYKNYA, nak pandang kebelakang jer tu................kekekek hari2 faiz buat mcm tu......sampai naik malu Si comel tu.....,sampai kene "SOUND" dgn kawan karibnya Farah Najwa.....'Naper hang dok usha2 kawan baik aku tau tak die malu jgn la hang kacau dia'.....hahahaha tak dpt respon baik ni tapi kene marah lak, tak menjadi ni....tak benti disitu........hehehehehe