Thursday, December 23, 2010

Blog Baru



**Assalamualaikum**

Selamat pagi (*^)

Erm, insyaAllah lagi seminggu kita semua akan meninggalkan Tahun 2010 yang penuh dengan pelbagai cerita suka mahupun duka dalam hidup ini.
Justeru itu juga, lagi seminggu, Naimi akan berhijrah ke blog baru Naimi yg masih dlm proses iaitu http://faiznaimi270502.blogspot.com

Sebenarnya bukan Naimi sengaja nak tukar blog baru, semuanya bersebab dan ada hikmahnya.. Naimi sayang sangat2 blog Naimi ni. Ape2 pun blog ini masih akan tetap aktif, insyaAllah.
Semuanya kerana kecuaian Naimi barangkali, ter sign up Picasa Web Album dlm account Google. Tanpa disedari, once Naimi sign up, Naimi dihadkan space untuk mengupload gambar2 dlm blog Naimi. Sedangkan Naimi memang suka sangat2 letak gambar2 dlm blog Naimi. Naimi dah try delete setting atau log off account Picasa tu, tapi still tak blh. If Naimi buang jugak, habis semua account Google Naimi terhapus, including my Blog. After discussed wif my Hubby, we have decided to make a new Blog wif same story, in relation to this blog. Mungkin betul cakap Hubby, takpe buat baru. Anggap je diary baru sebab once diary habis ditulis mesti nak kena guna diary baru. 

So, insyaAllah…my new blog will be fully operated on this coming 2011. To all my followers, follow Naimi in my new blog k.

**Wassalam**

Tuesday, December 21, 2010

Family Day JPN [Best Western Marina Island Resort]



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini Naimi telah kembali bertugas seperti biasa selepas bercuti dari hari Sabtu sampailah hari Isnin semalam. Pada Sabtu pagi yang lepas, Naimi and Hubby telah pergi Hari Keluarga Jabatan Peguam Negara di Best Western Marina Island Resort, Lumut Perak. Kami bertolak dari Putrajaya lebih kurang jam 10.00 am dan sampai di sana lebih kurang jam 13.30 pm.
Lepas aje pendaftaran, kami terus masuk bilik untuk rehat2kan badan. Erm, not bad la…biliknye besar, dlm tu ada lagi satu bilik. Actually tempat penginapan kami tu baru lagi, baru 4 bulan beroperasi. Tempat tu adalah salah satu rangkaian hotel terbesar di dunia.
 wif Hubby depan resort
 view from our room
 depan bilik kami


Friday, December 17, 2010

Nak pindah ke?



~Assalamualaikum~
Alhamdulillah… dah masuk pun hari Jumaat. Tak sabar betul Naimi nak tunggu kunjungan hari ini. Heheh..Bukan apa, nak rehatkan badan ni….Letih sangat dah rasanya… Dengan batuk tak henti2… Memang dugaan betul la….[Walaupun sebenarnya hati melonjak2 riang nak gi Family Day esok! Hihihi~~~]
Erm, masa baca Al-Quran pagi ni, adalah sedikit tazkirah mengenai kisah2 gangguan makhluk alam ghaib ni.. Macam2lah diperbahaskan…. Tapi akar perbahasannya ialah kita semua kena kembali kpd Allah Taala..Kerana sume yang berlaku itu adalah dengan izinNya dan Dia tidak akan menduga hamba2Nya di luar batas kemampuan mereka semua.
Bila ada perbahasan tentang perkara ini, Naimi teringat balik kejadian yang berlaku Jumaat lepas. Pagi tu, Naimi MC sebab kurang sihat. Jadi Naimi duklah tido dalam bilik lepas Hubby bawak gi jumpa doctor. Kebetulan masa tu, ada dua orang adik Naimi kat umah…pun masih tido. Lebih kurang jam 8.00 pagi lebih2 gitu, Naimi tersedar sebab terasa panas. Rupa2nya kipas tertutup. Persoalannya siapa yang tutup? Hubby dah gi keje tadi lagi. Erm…dek kerana malas nak fikir panjang2, dengan badan duk sakit lagi, Naimi terus bangun dan buka balik suis kipas.
Lepas tu, tido Naimi pun dah tak berapa lena sangat dah…. Tibe2 lepas tu, tak ingat masanya, Naimi terdengar macam suis kipas dipetik. “Ada orang tutup kipas lagi?” Serentak dengan itu, Naimi terus buka mata, tengok2 betul suis kipas tertutup. Kebetulan masa tu, pintu bilik Naimi terbuka.. Naimi ternampak adik lelaki Naimi baru kuar dari bilik dia. Naimi tanya dia, “Abang tutup suis kipas ke?” Adikku kata “Tak la, baru bangun. Ni baru nak gi tandas.” Pelik betul… Siapa yang tutup pulak… Seram je bulu tengkuk Naimi ni….Petang semalam Hubby cite, dia dengar bunyi org duk pulas2 tombol pintu dekat dlm bilik....huhuhu, bila dia tak ingat.. tapi lps kes tutup suis kipas tula.
Humm, sebenarnya banyak betul gangguan kat rumah Naimi ni. Macam2 kami dah ikhtiarkan. Tapi sekejap hilang… lepas tu muncul lagi. Siang2 hari pun boleh kacau jugak. Itu pun ada orang kat rumah tu. Bayangkan kalu malam2? Pastu tutup suis lampu ke…. Ei, mahu lari lintang pukang Naimi. Dahla Hubby keje shif, selalu malam2 duk sorang2… Hubby sendiri pun takut bila dengar Naimi cerita hal tu…
Kami ada fikir nak pindah rumah… Tapi, macam2 hal la kalu nak berpindah ni. Makan masa, tenaga dan juga wang ringgit.. Lagipun, kami dah sayang sangat dah kat umah tu. Itulah rumah pertama kami selepas kahwin.. Banyak dah kenangan dalam rumah tu. Kadang2 bila difikirkan balik, nak je Naimi berkeras tinggal kat situ. Kenapa perlu mengalah dan bagi kat “benda” tu??? Boleh ke Naimi melawan? Kuat ke Naimi? Ya Allah…Bantulah hamba-Mu ini. Aku tahu, aku mampu menghadapinya… Jika tidak, Engkau tidak akan mengujiku sebegini sekali..
Macam yang Naimi katakan dari awal lagi, semuanya kena berbalik kepadaNya jugak…. Ada bermacam2 hikmah di sebalik apa yang telah terjadi mahupun bakal terjadi. Kami akan terus berusaha… dan selebihnya kami akan berserah kepada ketentuanNya.


sumenya gambar2 kat area ruang tamu rumah Naimi... tapi sekarang dah berubah la, ini bulan 7 aritu punye..
dalam bilik study, amik gambar salah satu box dlm rak buku je..hihihi
ruang bilik study jugak
 ruang my Hubby

~Wassalam~

Thursday, December 16, 2010

Majlis Berkhatan My Lil Bro.. [Part 2]


Majlis berkhatan my lil brother [ Ahmad Yasir Asri bin Aziz] diadakan di Dewan 2020 pada hari Ahad, 12hb Disember 2010.
Enjoy da pics!!

Kami sampai lebih kurang jam 7.00 am…
 Naimi masih nak mengusik di saat2 terakhir
 Muka mcm cuak je...
 tengah menunggu giliran, adikku no 3

 5 orang dipanggil masuk ke dlm dulu
 dalam ni ada 20 katil, so 20 orang akan disunatkan dlm 1 masa
Seram sejuk je bau hospital..tak suke lah!!

 dah settle - orang ketika selesai
Ayah dipanggil masuk utk sedikit penerangan tentang penjagaan
yey...dah blh balik...


sampai umah da....
tak sakit katanya.....

Minat Dari Kecik Skrg baru dapat






"Kalau aku dah besar nanti aku nak beli tu......." hahahahah teringat balik kata2 masa kecik2 dulu.....inilah kereta remote control yang diidam idamkan masa kecil2 dulu....skrg dah dpt...melompat jugakla kekekekek...aper2 pun memang best leh redah mana saja......ari tu main lompat bonggol memang syok negok die lompat......buat kali pertama body tercalah sbb terbalik....lompat terlalu laju ...memang sayang kereta dah calar.....kalu tak calah tak lasak la maknanya.......memang tahan lasak kereta ni......aper2 pun.....memang puas ati......lepas ni kene taruk nama untuk truck ni...nama sedang dipikir pikirkan....tq.....