Thursday, January 28, 2010

kesakitan itu pahit.. kesabaran itu manis..

28 Januari 2010

Alhamdulillah...hari ini naimi sudah kembali cerdas dan bersemangat untuk bekerja seperti biasa. Semalam naimi mc sebab demam panas. Sebelum tu naimi memang dah rasa tak sedap badan, sejak hubby demam baru-baru ini..Sepanjang hubby demam, hubby tak banyak cakap, tak mo senyum, tak mo buat kelakar...rasa sunyi sangat. Maklumlah, kalu tak sebelum ni, hubby lah orang yang paling kuat menyakat naimi..macam2..Hubby, kali ni merupakan kali kedua hubby demam sejak kita kahwin. Alhamdulillah, demam hubby kali ni tak lah seteruk demam mula2 selepas kita kawin dulu...kali ni hubby berselera je makan, dulu kalu makan je asik muntah je...kurus jadik nyer..

Semalam naimi pulak demam..berjangkit agaknya kan...masa naimi tak sihat kali ni ramai kawan duk tegur..."jangan2 tak sihat sebab berisi kot"..hihi..alangkah indahnya jika semua yang diorang sangkakan tu menjadi kenyataan kan, hubby..tapi mungkin betul jugak kata hubby dulu, rezeki masih belum memihak kepada kita..kita cuba lagi...

hubby, thanks sangat sebab hubby telah menjaga naimi dengan sebaiknya sepanjang naimi tak sihat ni..yelah, hubby pun baru je sembuh dari demam, terus nak jaga naimi pulak...makan minum naimi semuanya hubby jaga...naimi rasa terharu sangat sebab semalam hubby tolong ironkan tudung naimi memandangkan naimi tak larat nak bangun pun dari katil...tak tahu macamana naimi nak gambarkan perasaan naimi bila terpandangkan tudung oren yang hubby ironkan tu...mana taknya dah lama hubby tak pegang seterika tu,sejak kita kawin lagi...lepas kawin, hubby dah tak pandai nak gunakan seterika tu...thanks hubby!!!

nampaknya setakat ini dahulu yang mampu naimi coretkan...sebab otak naimi pun macam tak mau berfikir dah ni..hehehehe...badan pun tak sihat sepenuhnya lagi...

p/s:minggu ni naimi skip kelas hubungan etnik dan Malaysian Legal System